Sedap Tak Buah Donut Peach Yang Viral Tu
Assalamualaikum,Selamat Pagi
SEDAP TAK BUAH DONUT PEACH YANG VIRAL TU? | Baru-baru ni, viral mengenai sejenis buah... Iaitu buah donut peach yang menjadi buruan ramai. Apa yang menarik sangat mengenai buah peach donut tu sehingga tular di pelbagai platform media sosial
Dalam hati Fiza, terdetik jugak... Di mana hendak cari donut peach near me? Hurmmm... Setahu Fiza, di area Betong ni susah nak dapat benda-benda viral ni. Kecuali di bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu dan sebagainya. In Shaa Allah, ada..
Teringin jugak nak merasa sebenarnya, tapi Fiza simpan jela dulu hasrat tu. Walaubagaimana pun... Nak dijadikan cerita, rezeki Fiza. Hari Sabtu... Adik yang tinggal di Samarahan balik kampung. Dia ada belikan buah donut peach. 5 biji RM29. Murah ke mahal? Korang nilailah sendiri ye. Hehehe..
Dia beli di Aiman Mall, Samarahan. Tak beli banyak... takut ada yang tak suka makan. Nanti membazir pulak. Kan
Asal Usul Buah Peach Donut ViralBuah pic ini sebenarnya berasal dari negara China
Selain dikenali dengan nama pic donut atau flat peach, ia juga disebut sebagai Saturn peach
Nama ‘Saturn’ diberikan kerana bentuk buah ini yang pipih, hampir mirip dengan cincin planet Zuhal atau Saturn
Walaupun buah ni mungkin kelihatan asing di Malaysia, namun ia telah lama menjadi sebahagian daripada diet orang ramai di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah. Ini kerana ia banyak ditanam di negara-negara tersebut
Fakta nutrisi buah pic donutAlang-alang dah bercerita pasal buah donut peach. Ia adalah sumber yang baik bagi kita untuk mendapatkan vitamin A dan C, selain kaya dengan serat pemakanan
Selain itu, ia juga mengandungi potasium yang penting untuk kesihatan jantung
Ia turut mengandungi niasin dan vitamin E, yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit dan sistem imun
Dengan hanya sekitar 50 kalori bagi setiap biji pic donut, ia adalah pilihan yang sihat untuk dijadikan sebagai snek setiap hari
Kandungan serat yang tinggi dalam buah ini dapat membantu proses pencernaan
Vitamin C yang terkandung di dalamnya pula berfungsi sebagai antioksidan dan membantu dalam pembentukan kolagen untuk kesihatan kulit
Selain itu, vitamin A dalam buah ini juga penting untuk kesihatan mata dan peningkatan sistem imun
Kesan sampingan jika makan terlalu banyak buah pic donutWalaupun pic donut adalah sumber nutrisi yang baik, namun ia masih boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan jika ianya diambil secara berlebihan
Sebagai contoh, makan terlalu banyak buah yang kaya dengan serat ini boleh menyebabkan sembelit, terutamanya jika kurang minum air
Selain itu, buah ini juga mengandungi cukup banyak kandungan gula semula jadi. Oleh itu, ia mungkin tidak sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis atau diabetes
Buah ini juga mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan kepada mereka yang alah terhadap buah pic
Pendapat Peribadi Tentang Buah Pic DonutPada Fiza, first impression memang ingat sedap sangat dan kemudian mesti nak repeat beli
Bila dah makan, Fiza tak berapa suka dengan kulit buah ni... Sebab berbaldu.
Then, dari segi rasa pulak... Biasa-biasa je. Rasa macam buah pear pun ada jugak. Takdelah seperti kita makan buah durian. Rasa nak makan dan nak makan lagi.
Kalau nak repeat beli, tak kot... Sebab tak berapa minat dengan rasanya.
That it's pendapat Fiza tentang buah ni. Korang dah try makan buah peach donut ni?
KesimpulanWalaupun buah ini sedang viral di Malaysia, penting untuk kita mengetahui manfaat, nutrisi dan had pemakanannya agar tidak memberikan kesan sampingan lain kepada tubuh
Alhamdulillah, atas rezeki akhirnya dapat jugak merasa buah yang viral ni. Jangan sik ekot hal orang... Bak kata orang Sarawak. 🤭
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2023/08/sedap-tak-buah-donut-peach-yang-viral-tu.html