Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos Mudah Tapi Sedap


Resipi biskut choc chip ala Famous Amos. Simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and bakar! Senang kan..Boleh ajak anak-anak buat sama-sama.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Baizura Muhammad ini ye. 
Resipi Biskut choc Chip Ala Famous Amos Bahan-bahan:
250 gram mentega – boleh beli online di sini
1 1/4 cawan gula perang – boleh beli online di sini 2 1/2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu kecil esen vanilla – boleh beli online di sini
Setengah cawan tepung jagung – boleh beli online di sini
1 biji telur
2 cawan coklat cip – boleh beli online di sini
1 sudu kecil baking powder – boleh beli online di sini
6 sudu besar minyak masak – boleh beli online di sini
1 sudu kecil soda bikarbonat
Almond nips / almond flakes (jika suka)
Cara Memasak Resipi Biskut choc Chip Ala Famous Amos: Masukkan mentega, gula perang, esen vanilla dan telur. Kacau pelan-pelan untuk bagi sebati. Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh.
Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau pelan-pelan. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup.

Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, baking powder dan minyak masak. Kacau lagi bagi sebati.
Ingat! Kacau pelan-pelan sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus berhenti. Buat step seterusnya.

Bila semua dah sebati, masukkan choc chip.

Kacau lagi dengan perlahan-lahan hingga sebati dan sampai semua mesra.

Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke atau Nestum ke, boleh.

Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Seeloknya tutup, nanti bercampur bau makanan lain yang ada dalam peti ais tu pula.
Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Pastikan adunan tu jadi keras sikit masa ni.

Sapu dulang dengan mentega. Cubit sikit dan susun jarak-jarak dalam dulang. Cubit sikit-sikit adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyek.
Nanti bila bakar ia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yang sama.

Sebelum tu, panaskan oven suhu 150C, guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit.
Tengok betul-betul rupa adunan ini sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. 

Ia dah mula mengembang. Jangan gatal tangan nak buka oven kejap-kejap nanti bantat jadinya.

Tadaa! Siap! Biskut choc chip ala Famous Amos yang super sedap. Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru ia crunchy. 
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Biskut Chocolate Almond Cluster Viral, Guna Tiga Bahan

Mufin Oren Gebu Dan Sedap

Kek Batik Coklat Keju Super Sedap, Anak-anak Gerenti Suka

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
 
 
 
The post Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/05/resipi-biskut-choc-chip-ala-famous-amos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Aiskrim Kon Sedap Ala Cornetto Guna Resipi Homemade Ni

Buat Sendiri Aiskrim Kon Sedap Ala Cornetto Guna Resipi Homemade Ni

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 365 hits
Jom buat aiskrim kon ala Cornetto secara homemade Biasanya kalau aiskrim homemade ni kita buat dalam bekas sahaja Kali ni kita buat aiskrim secara DIY tetapi dalam versi seakan aiskrim yang dibeli di kedai Nampak sedap dan macam yang dibeli...
Zie Kongsi Resipi Sambal Sotong Ringkas Je Rencahnya Tapi Sedap

Zie Kongsi Resipi Sambal Sotong Ringkas Je Rencahnya Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 210 hits
Sambal Sotong yang mudah sedap dan ringkas cara memasaknya tentunya sangat digemari ramai Sesuai dinikmati pada bila bila masa mengikut selera Terdapat pelbagai resipi Sambal Sotong yang boleh dicuba dimana penggunaan bahan bahannya juga te...
Sedap Berlemak Resipi Mudah Bubur Sumsum Buah Naga Ni Patut Cuba Bagus Bantu Elak Bayi Sembelit

Sedap Berlemak Resipi Mudah Bubur Sumsum Buah Naga Ni Patut Cuba Bagus Bantu Elak Bayi Sembelit

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 243 hits
Siapa kata pencuci mulut hanya untuk orang dewasa sahaja Pencuci mulut juga ada untuk si kecil juga tau Bayi dan kanak kanak juga memerlukan suatu hidangan yang manis dan boleh membuatkan tubuh mereka berasa segar Lebih lebih lagi pada musi...
Resipi Baked Potato Sedap Mengenyangkan Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah Mudah Sangat

Resipi Baked Potato Sedap Mengenyangkan Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 210 hits
Bila dah lama anak anak bercuti ni kita pula yang buntu nak sediakan bekal mereka ke sekolah Tak tahu nak masak apa untuk anak risau pula mereka tak ada selera Kadang kadang di sekolah anak lebih suka menu yang ringkas sebab tak perlu nak r...
Inti Sedap Kulit Rangup Kak Ros Kongsi Resipi Karipap Daging Paling Best

Inti Sedap Kulit Rangup Kak Ros Kongsi Resipi Karipap Daging Paling Best

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 352 hits
Karipap Daging dan beberapa lagi variasi inti adalah antara kegemaran rakyat Malaysia Kuih ini sesuai dinikmati pada bila masa dan jadi kegemaran ramai tanpa mengira usia Bermurah hati berkongsi resipi Karipap Daging jualannya saudari Rosni...
Garing Luar Lembut Di Dalam Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven

Garing Luar Lembut Di Dalam Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 168 hits
Bosan juga kalau asyik makan mi atau bihun goreng untuk minum petang Nak buat sandwic pun tak terasa nak makan Kadang kadang kalau makan kuih tradisional pun sedap Kuih talam atau bingka memang menyelerakan Modal nak menghasilkannya pun tak...
Resipi Mudah Roti Sardin Gebu Dan Gerenti Menjadi

Resipi Mudah Roti Sardin Gebu Dan Gerenti Menjadi

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 230 hits
Kadang kadang rasa macam nak buat roti sendiri di rumah tapi takut tak menjadi pula dah memabazir bahan tu Tapi jangan risau dah Kalau ikut resipi yang dikongsikan oleh Eniza M Salim ni pasti menjadi Resipi Roti Bun Sardin ni sangat mudah j...
Resepi Spaghetti Aglio Olio Udang Sedap Mudah Dan Ringkas

Resepi Spaghetti Aglio Olio Udang Sedap Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 336 hits
Kalau korang nak tahu Spaghetti Aglio Olio merupakan hidangan tradisi yang berasal daripada Itali Nama asal bagi spaghetti ini adalah Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino Dan sangat terkenal dengan rasanya yang sedap walaupun menggunakan baha...
6 Resipi Yang Ringkas Sangat Mudah Disediakan Di Rumah

6 Resipi Yang Ringkas Sangat Mudah Disediakan Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 191 hits
Selalu hujung minggu cuti masak kan Jadi saya nak kongsikan 5 resipi yang ringkas untuk hari Isnin sehingga Jumaat Resipi yang akan saya kongsikan ini berasaskan Ayam Daging dan Tempe Ada satu lauk ni je sehari pun takpe Nak fikir lauk apa ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat