Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin Hampir 3 Ribu Share Anak Anak Confirm Suka
Ayam masak merah biasanya menjadi kegemaraan anak-anak kerana rasanya yang manis-manis masam dan sedikit pedas. Bagi anak yang kurang menggemari rasa pedas, mama boleh menggunakan lada kering yang tidak pedas dan tambahkan sos tomato serta sos cili untuk mengimbangi rasa ayam masak merah tersebut.
Baca: Resepi Biskut Kurma Gebu, Cair Dalam Mulut. Sesuai Untuk Bayi Baru Tumbuh Gigi. Snek Sihat Untuk Si Kecil Mama
Jom ikuti resipi yang dikongsi untuk juadah tengah hari mahupun malam. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara:
-Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
-Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
-Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
-Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
-Siap!
Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato
Kredit: Salimah Olie
TIP ANAK PICKY EATER
Susah hati ibu kalau anak jenis cerewet makan. Macam-macam makanan dihidang tetapi anak tetap tak hairan atau teringin nak merasai makanan tersebut.
Menurut penyelidik, bayi akan hanya makan makanan yang biasa pada mereka sehingga mereka mula menerima dan menyukai makanan baru. Sebagai ibu bapa, bagaimana anda boleh mengendalikan situasi ini apabila anak anda hanya makan satu atau dua jenis makanan atau cerewet makan? Mungkin anda boleh mencuba mempelbagaikan resepi ayam dan makanan lain untuk menarik minat makan anak anda
Berikut adalah cara dan tip untuk membantu anda mengatasi masalah anak memilih makanan.
-Cuba untuk bersabar dan tenang. Masa makan seharusnya sesuatu yang seronok dan menyelesakan.
-Sentiasa cuba memperkenalkan hidangan baru setiap kali waktu makan.
-Biarkan anak anda makan sayuran yang digemari. Jika anak anda hanya menyukai dua atau tiga jenis sayuran, biarkan mereka makan seperti biasa dan tambahkan sayuran baru untuk anak anda cuba.
-Jadilah tukang masak yang kreatif. Anda boleh potong roti dalam bentuk yang menarik atau potong buahan dalam bentuk bola kecil. Belikan mangkuk dan pinggan dengan warna yang menarik, ceria dan terang.
-Jadi contoh yang terbaik kepada anak anda. Ketika waktu makan bersama keluarga, tunjukkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Ia akan menggalakkan anak anda untuk membina tabiat makanan yang baik.
-Tetapkan waktu makan; 3 hidangan utama dan 2 snek sihat sehari. Ada yang mengatakan anda perlu membiarkan anak anda berasa lapar dan menghindari makanan ringan. Paling penting, sebelum waktu makan, jangan benarkan anak anda makan sebarang snek atau gula-gula.
-Jangan paksa anak anda makan sesuatu yang tidak digemarinya. Tetapi, anda boleh memberi galakan secara perlahan-lahan untuk mencuba sesuatu yang baru.
-Elakkan daripada meninggikan suara apabila anak anda enggan makan sesuatu. Cuba untuk memberi suapan lagi.
-Pastikan anak anda tidak makan makanan ringan atau snek sebelum waktu makan utama. Apabila lapar, anak anda akan cenderung untuk mencuba sesuatu hidangan yang baru.
-Gunakan pendekatan motivasi positif. Beritahu kepada anak anda betapa hebat dan bagusnya mencuba makanan baru dan sihat atau berapa cantik dan besar dia akan jadi jika mencuba makanan baru.
-Cara yang paling terbaik adalah untuk mempelbagaikan pilihan makanan yang sihat. Persekitaran yang positif adalah penting untuk menjadikan waktu makan menyeronokkan dan makanan menjadi menyelerakan.
The post Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin Hampir 3 Ribu ‘Share’! Anak-Anak Confirm Suka! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-ayam-masak-merah-ala-kenduri-kahwin-anak-anak-confirm-suka/