Resipi Apple Fritter Pie Bersama Kismis Hitam
Resipi California Raisin Apple Fritter Pie ini terasa cukup dekat dengan apa yang kita hadapi sekarang. Sempena tahun baru yang akan tiba, ianya sudah semestinya menjadi satu resipi yang akan memberi seribu makna buat kita semua
Dengan tekstur luaran yang kasar dan rangup, sesiapa pun mesti terpegun sebaik-baik gigitan pertama sebab tekstur inti dalamnya yang sangat lembut ditambah pula dengan gandingan mantap rasa masam epal, manis kismis dan haruman kayu manis, kenikmatannya ibarat magis
Begitulah dekatnya dengan situasi yang kita hadapi kini. Walau tersurat cabaran yang menduga, di sebaliknya tersirat hikmah dan sinar yang pasti akan tiba.
Resipi California Raisin Apple Fritter Pie
Bahan-Bahan:
2 sudu makan kismis dipotong dua (California Raisins)
10 keping roti (dibuang tepi & di leperkan guna rolling pin)
2 buah epal (dipotong dadu kecil)
2 sudu makan gula perang
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh perasa vanila
2 sudu makan tepung jagung (dicairkan dengan sedikit air)
3 biji telur (dipukul)
Serbuk roti (breadcrumb)
Cara Memasak:
1. Satukan dalam kuali : epal, gula perang, serbuk kulit kayu manis dan perasa vanila. Kacau rata kemudian dimasak guna api kecil hingga epal sedikit masak.
2. Masukkan kismis & gaul sebati.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau laju-laju hingga adunan pekat. Tutup api. Biarkan sejuk seketika.
4. Sediakan roti. Leperkan roti satu per satu menggunakan "rolling pin" atau gelas kaca, supaya ianya tidak menyerap minyak semasa proses menggoreng.
5. Ambil satu roti, letakkan inti di bahagian tengahnya. Kemudian letak roti kedua di atas menjadi seakan seperti burger.
6. Ambil acuan bulat (gelas atau sebagainya) dan tekan pada roti tersebut dengan kuat sehingga kedua-dua roti bersatu dan terpotong cantik membentuk acuan tersebut.
7. Celup roti bersama inti (pie) yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul sekata, kemudian salut dengan serbuk roti.
8. Ulang proses 4-7 sehingga habis.
9. Simpan pie dalam peti sejuk selama 30 minit (min) supaya salutan serbuk roti betul-betul lekat.
10. Panaskan minyak guna api sederhana, kemudian kecilkan api sebelum mula proses menggoreng.
11.Goreng pie seketika (jangan terlalu lama). Angkat dan toskan atas tisu dapur dengan posisi miring supaya minyak tidak bertakung di bahagian bawah pie.
12. California raisins Apple Fritter Pie sedia di hidang.
Peluang dapat RM100
Jangan lupa untuk Vote resipi saya di Facebook Page California Raisins Asean . Caranya sangat mudah dengan hanya perlu menekan butang LIKE pada gambar "Resipi 8"
Anda juga berpeluang untuk menjadi pengundi bertuah yang bakal menang RM100 dari california raisins kalau anda Like FB page dan kongsi resipi ini di Facebook korang. Thanks in advance
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2020/12/resipi-apple-fritter-pie-bersama-kismis.html