Resepi Yeo S Yeogurt Smootie Buah Naga 60 Saat
Assalamulaikum & hai korang,
Waktu tengahari memang seronok dapat tengok rancangan kegemaran sambil berehat kat ruang tamu. Dapat pulak minum segelas smootie sejuk terasa bahagia je basahkan anak tekak. Boleh tak bayangkan tak.
Sebut smootie ni, BBL nak kongsi satu resepi simple, senang dan cepat untuk anda cuba. Bahan yang nak guna senang nak dapat dan rasanya favourite setiap orang iaitu buah-buahan tempatan.
Nak lagi sedap dan berkhasiat saya tambah yogurt. Seperti kita tahu, yogurt memang banyak khasiat. BBL guna Yeo’s Yeogurt diperkayakan dengan susu dan asid laktik di mana ia baik untuk sistem penghadaman badan kita. Boleh beli kat mana-mana kedai runcit, kedai serbaneka atau pasaraya berhampiran. Ada 6 perisa iaitu Asli, Anggur, Oren, Mangga, Laici & Epal Hijau. Sesuai untuk kanak-kanak atau anda yang tak suka rasa masam yogurt kerana Yeo’s Yeogurt dirumus khas untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat.
Yang bestnya Yeo's Yeogurt tidak perlu disejukkan dan kekal segar walaupun berada di suhu bilik. Tak payah risau kalu nak bekalkan anak sekotak Yeo's Yeogurt ke sekolah untuk minum waktu rehat.
Okay dah tak sabar nak share resepi Yeo’s Yeogurt Smootie Buah Naga 60 Saat. Biasa la resepi orang bujang memang tahu nak senang dan cepat je. Jom kita start!
Bahan-bahan:Yeo's Yeogurt perisa Asli - 1 kotak1 biji buah pisang - dipotong1 biji pisang - dipotong1 gelas ais1/2 biji buah naga putih - dipotong dadu untuk hiasan
Cara penyediaan:
Masukkkan semua bahan-bahan dalam mesin pengisar. Kemudian kisar serentak hingga semuanya hancur. Tuang dalam gelas, hias dengan isi buah naga putih dan boleh minum.
Cukup untuk hidangan 2-3 orang atau satu jug.
Boleh tonton video bawah. Ha dah terliur tengok hasilnya?
Incase korang tak nak guna ais, boleh potong buah pisang dan buah naga kemudian bekukan dalam peti sejuk seharian. Cuma tambah sedikit air untuk make sure senang blend.
Campuran Yeo’s Yeogurt bersama buah-buahan tempatan yang kaya dengan khasiat membuatkan smootie ini bagus dimimun dan baik untuk badan kita. Lagi pun semua ini home-made jadi dapat menjamin 100% kebaikan buah tropika seperti vitamin, kalsium dan nutrisi.
Tak sampai 1 minit anda dah boleh sediakan satu minuman penuh khasiat buat seisi keluarga. Boleh ajar anak-anak cara buat smootie selain mengeratkan hubungan. Feeling macam rancangan masak-masak gituh. Hahaha selamat mencuba semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2018/11/resepi-yeos-yeogurt-smootie-buah-naga.html