Resepi Vietnam Roll
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Vietnam Roll pula dengan korang. Sebenarnya bukan Kak Sue yang cuba pun resepi Vietnam Roll nie, tapi Kakak satu-satunya anak dara Kak Sue tu. Kalau korang ada follow Instagram Kak Sue mesti korang akan perasan Kak Sue selalu update resepi air tangan Kakak. Rajin betul Kakak cuba resepi musim PKP nie tau..
Vietnam RollResepi Vietnam RollSebelum Kakak cuba resepi Vietnam Roll nie, kami dah pernah rasa dah Vietnam Roll air tangan kawan-kawan. Alhamdullilah.. sedap aja semua. Cuma kali nie rasa macam nak cuba buat sendiri pula. Kalau buat sendiri dapat buat lebih sikit dan puas lah makan kan
Vietnam Roll airtangan Kakak nie kami guna udang segar dengan sayur-sayuran aja. Tak ada tambah crab stik ke apa, korang kalau nak letak silakan tau. Sos pun Kakak buat ikut resepi Sambal Thai yang Kakak buat sebelum nie. Tapi macam kena pula bila makan dengan Vietnam Roll tu. Ustaz Kecik pun suka sangat, menambah-nambah beliau makan tau. Lain kali harus kena buat lagi.. hehehe.. Jom lah kita tengok resepinya jom.
Vietnam RollBahan-bahan :Udang - dibuang kulitRice paper *Salad *Timun *Carrot *Bihun atau suun *Bahan yang bertanda * nie, korang agak-agak je berapa banyak korang nak buat ya
Cara-cara :Celur atau goreng udang tadi, Kakak goreng aja
Kemudian celur bihun atau suun tadi
Kemudian hiris nipis timun dan carrot tadiUntuk membalut pula, rendam rice paper dalam 1 hingga 2 saat sahaja. Jangan lama sangat, sebab nanti cepat terkoyak kulit dia bila kita nak balut nanti
Seterusnya, susun semua bahan tadi ditengah-tengah kulit, pastikan udang sebelah bawah tau dan balut dengan kemas
Ulang langkah kat atas ikut berapa banyak yang korang nakSiap untuk dihidangkan dengan Sambal Thai
Korang boleh baca Resepi Sambal Ala Thai kat sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2020/12/resepi-vietnam-roll.html