Resepi Urap Daun Kaduk Simple Dan Sedap


Ramai yang tidak berapa kenal daun kaduk kan atau ramai yang tersalah anggap antara daun kaduk dengan daun sireh.  Ala jangan risau la sebab saya dulu pun hanya kenal daun sireh sebab mak hanya guna daun kaduk sewaktu membuat nasi ulam di bulan puasa.  Pernah dengar dan tak pernah kenal dengan lebih arif perihal daun kaduk ni sebab memasak bukan my forte hehee.  Tapi sejak berkahwin dan selepas bertahun baru la saya mengenali daun kaduk ni...

Ok daun kaduk ni memang cukup sinonim pada orang Thailand sebab Miang Kam tanpa daun kaduk bukan bernama miang kam kalau guna daun sireh..haha

Resepi Urap Daun Kaduk Simple Dan Sedap

Urap Daun Kaduk - versi 1

Bahan-bahan:
15 helai daun kaduk, dibasuh dan ditoskan
2 helai daun cekur (kalau tak letak pun tak apa)
3 biji limau kasturi

Bahan untuk ditumbuk
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili api (kalau tak letak pun tak apa)
5 ulas bawang merah
½ biji kelapa parut, ambil bahagian yang putih


Cara membuatnya :
Daun kaduk yang telah ditos kering dihiris halus-halusTumbuk cili kering hingga halus dan kemudian bawang merah.  Bila sudah lumat, masukkan kelapa parut ditumbukMasukkan bahan yang ditumbuk ke dalam bekas serta daun kaduk, perahan limau kasturi dan digaul hingga rata dengan garam secukup rasa. 
Kalau suka boleh taburkan beras tumbuk (yang telah disangai) bagi memberi rasa yang lebih umpph!


Urap Daun Kaduk - versi 2

Bahan-bahan:

10 - 15 helai daun kaduk
1 cawan kelapa parut putih
1 gengam ikan bilis, digoreng
Garam secukup rasa

Bahan untuk ditumbuk
5 tangkai cili api
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan dibakar
1 camca udang kering, dibasuh dan ditoskan


Cara membuatnya

Daun kaduk dicuci bersih dan ditoskan sampai kering kemudian dihiris halus (ikut kesukaan pun boleh).Gaul bahan yang ditumbuk halus dengan kelapa parut hingga rata.  Masukkan garam secukup rasa dan kemudian masukkan daun kadut yang telah dipotong halus. Masukkan ke dalam kuali dan digoreng sangai (tanpa minyak) selama lebih kurang 2 minit.  Tutup apiMasukkan ke dalam bekas dan tabur ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat Mencuba!

Kenali Daun Kaduk
Daun Kaduk atau wild betel leaf, wild pepper lead ni seakan daun sirih sebab tu ada yang panggil sirih tanh, sirih duduk dan banyak lagi.  Selain daun, bahagian batang, kulit dan bijinya pun ada kegunaan dan ianya berasal dari Malaysia, Borneo & Indonesia

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asia. Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan (terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda, berjantina berasingan (dioecious). Daun kaduk biasa berselang-seli, lembut  dan bentuk jantung (cordate), berwarrna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun sirih tetapi agak berbeza.  Daun bahagian rendah kebiasanya berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daun agak melonjung bujur atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujur hampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus (petiol) berukuran  2.5-5 cm panjang
Pokok kaduk mudah dibezakan melalui cabang  ranting buah yang merentasi tanah tanpa akar yang besar, gempal, berbuah manis bila matang. Buah berry-nya berbentuk bujur dan rasanya manis. Rasa manis dari buah ini sama seperti dengan buah masak berduri Elaeocarpus (Elaeocarpus serrate) . Rasa daun kaduk lebih lembut di banding daun sirih walaupun baunya masih sedikit tajam
Lazimnya, ia dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan masyarakat kita malah ramai yang tidak sedar pokok kaduk berfungsi lebih bukan sekadar hiasan atau sebagai ulaman. Ianya mudah dibiak melalui anak benih atau keratan batang. 
Air rebusan dari akar pokok ini dapat melawaskan kencing dan mujarab untuk merawat demam malaria dan bagi melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Bagi penggemar makanan Thai pasti cukup mengenali daun kaduk yang dijadikan daun balutan untuk miang-kham, sejenis makanan ringan tradisional, ia juga merupakan salah satu daripada bahan untuk kari Kaeng-khae dari Thailand Utara. Bagi masyarakat Laos (Laotian cuisine), ia adalah sebahagian daripada ramuan salad. Dalam masakan Melayu (Malay cuisine), ia diracik untuk dimakan sebagai ulaman, jenis salad orang Melayu dan bagi orang Utara daun kaduk antara ulaman didalam nasi ulam yang dibuat setiap bulan puasa. 
PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatan tradisional di Asia. Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Amides dari buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan anti-plasmodial. Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C. Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.

PATI POKOK KADUK DAPAT MENCEGAH KEGEMUKAN Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan. Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan. “Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, ia itu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri," Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti,” Prof Dr Zhari berkata, berbeza produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan ia itu pembentukan sel lemak dalam badan

kredit pada  http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/12/khasiat-daun-kaduk_14.html


Khasiat Daun Kaduk: 
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat; sembelit, sakitgigi, demam malaria, lemah dan sakit dalam tulang Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza

Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.

Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:
Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya. Bersihkan keseluruhan pokok tersebut. Rebus kesemua sehingga mendidih.Biarkan air rebusan tadi menjadi suam. Air rebusan diminum perlahan-lahan.

Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.
Ambil beberapa helai daun kaduk segar. Ramas-ramaskan daun tersebut.Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air. Akhirsekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.

Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air. 
Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air. Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.

Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.       
Ambil beberapa helai daun kaduk. Tumbuk sampai lumat. Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.
Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2019/11/resepi-urap-daun-kaduk-simple-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Batik Simple Yang Cepat Dan Sedap

Resepi Kek Batik Simple Yang Cepat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 783 hits
Resepi Kek Batik Simple Yang Cepat Dan Sedap Hari ni tetiba plak rasa teringin nak makan kek batik Tetiba saja terbayang kek batik dengan rasanya yang lemak manis sesedap rasa Nikmat rasanya kalau dapat makan kek batik untuk menu petang ber...
Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 666 hits
RESEPI SCONE KISMIS GEBU SIMPLE SEDAP Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Terima kasih atas sokongan anda semua Al kisah semalam petang hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam Cuaca sejuk te...
Makanan Paling Simple Tetapi Sedap Betul

Makanan Paling Simple Tetapi Sedap Betul

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 512 hits
Saya makan begini sewaktu di universiti dulu Tetapi semasa tu saya dan roomate menggunakan sayur kubis panjang Aduhai setiap kali teringat memang terliur dibuatnya Hanya menggunakan multicooker kami goreng nugget dan hanya rebuskan sayur sa...
Resepi Semperit Dahlia Cukatan Cawan Sedap

Resepi Semperit Dahlia Cukatan Cawan Sedap

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 1541 hits
RESEPI SEMPERIT DAHLIA CUKATAN CAWAN SEDAPBAHAN BAHAN1 cawan mentega butter1 cawan gula kisar2 biji kuning telur2 cawan tepung jagung tepung kastad1 cawan tepung gandum1 cawan tepung ubi2 sudu teh pewarna kuning 1 sudu teh esen vanilahirisa...
Resepi Rendang Kerang Cili Padi Sedap

Resepi Rendang Kerang Cili Padi Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 440 hits
Resepi Rendgan Kerang Cili Padi Sedap Kerang ni adalah antara hasil membeli di Pasar Sungai Dorani tempohhari sewaktu menghantar Cik Meya balik ke Sabak Bernam Ni sebenarnya lebih pada balas dendam la kot sebab dalam 3 minggu sudah pergi ke...
Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Mudah Dan Sedap

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1087 hits
RESEPI KETAM MASAK PEDAS ALA THAI MUDAH DAN SEDAP Sebut sahaja menu ketam pasti ramai suka Al maklum ketam adalah salah satu menu popular dalam kalangan kita Tak gitu Tentu ada antara readers juga penggemar tegar ketam Tak kiralah ketam mas...
Resepi Nasi Ayam Super Simple

Resepi Nasi Ayam Super Simple

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 841 hits
AssalamualaikumBismillahHai guys hari ini mari kita belajar masak masak Terutama kepada anak perempuan bujang macam aku ni Resepi ini aku dapat dari Group Facebook Resepi sepenuhnya daripada Bahan Bahan Beras 3 pot sukat air ikut korang bia...
Resepi Ayam Goreng Sambal Masam Manis Yang Mantap Sedap

Resepi Ayam Goreng Sambal Masam Manis Yang Mantap Sedap

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 513 hits
Masak lauk ayam goreng yang tidak menjemukan langsung Tapi asyik ayam goreng sahaja tak boleh jadi juga nampak macam aku ini sejenis yang pemalas lah pula Jadi aku masak stail ayam goreng sambal masam manis pula Ala redah mana yang boleh un...
Simple Je Cara Ibu Ini Buat Alhamdulillah Akhirnya Anak Sembuh Influenza

Simple Je Cara Ibu Ini Buat Alhamdulillah Akhirnya Anak Sembuh Influenza

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 431 hits
Sekarang musim Influenza sudah banyak kes yang menyerang bayi kanak kanak bahkan orang dewasa Kes smakin meningkat dan paling menyedihkan turut melibatkan penghidapnya meninggal dunia Di dalam perkongsian ibu anak 5 ini melalui akaun Facebo...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof