Resepi Udang Galah Masak Sos Simple


Resepi Udang Galah Masak Sos Simple

Kisahnya semalam kami makan Udang Galah sebagai juadah berbuka jadi aku nak kongsikan pula dengan kau orang resepi mudah berasaskan udang. Aku memang peminat udang sejak dulu lagi.

Paling suka makan udang masak lemak cili api. Suka Juga Udang Masak Masak Lemak Ala Maharaja

Oleh sebab semalam suami teringin nak makan Udang Galah masak sos jadi kita layankan saja. Segala bahan memang dah ada tinggal nak masak je.

Perkara paling mencabar nak sediakan menu berasaskan udang ni adalah ketika kita nak siang dan bersihkan udang. Eh ada ke siang udang? Ahaks.

Setiap kali cuci udang memang aku pastikan yang usus udang dicuci bersih. Pernah aku makan di restoran dan tukang masak tak cuci dengan sempurna, akibatnya kulit aku gatal-gatal.

Keluar bintat / tompokan merah. Seksa kau menggaru.

 




Udang Galah Masak Sos Simple

Udang Galah ni suami beli di pasar mini berdekatan rumah. Satu peket kecil berharga RM20, anggaran udang yang ada dalam 10 ekor.

Isi Udang Galah masih fresh dan manis, saiz pun tidak lah terlalu kecil. Sedang elok.

Resepi asal udang masak sos simple aku rujuk dari Youtube tapi aku olah ikut selera aku masak. Bahan-bahan dan cara memasak Udang Galah masak sos adalah seperti berikut:

3 biji bawang merah (tumbuk)

3 biji bawang putih (tumbuk)

2 inci halia (hiris)

1 batang serai (ketuk)

Minyak masak

Sos Cili

Sos Tomato

Sos Tiram

Kicap manis

Daun limau purut

1 biji Tomato

1 biji telur

Sedikit air

Udang 20 ekor

 

Resepi Simple Udang Goreng kunyit



Cara masak:

Panaskan minyak dan masukkan serai dan halia, kemudian tumiskan bawang yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau.

Kacau sekejap kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan juga sos tiram anggaran 2 sudu setiap sos. Nak kuah lebih letak lebih sos. Terpulang.

Biarkan menggelegak.

Kacau dan kemudian masukkan sedikit air. Pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan dua sudu kecil kicap manis.

Kacau lagi sehingga sebati. Masukkan udang dan gaul supaya sos menyaluti udang. Tambah air jika perlu.

Masukkan daun limau purut. Kacau lagi sehingga udang masak.

Siap. Makan dengan nasi putih panas tak payah lauk lain dah.

 






Cara Betul Siang Udang Galah

Aku nak kongsi juga cara bersihkan Udang Galah. Aku terjumpa video di Youtube which is aku rasa sangat-sangat membantu.

Cara siang Udang Galah mudah oleh HM KUKISS Resepi channel. Simple je sebenarnya sebab beberapa benda penting dan wajib kena buat.


Potong misai dan kaki Udang Galah. Jangan lupa potong bahagian sisi pipi dia. Sikit je. Cungkil gigi dia, dah lah besar macam gigi geraham seram aku. Jangan lupa buang kantung najis dia di bahagian kepala. Last sekali potong bahagian ekor untuk keluarkan usus Udang Galah  tu.







Tengok video bawah untuk lebih faham. Harap membantu.

p/s: kalau tak buang kantung najis, usus semua tu bahaya tau. Risiko kena penyakit, alahan dan seangkatan dengannya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/04/resepi-udang-galah-masak-sos-simple.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Goreng Masak Asam Simple Resipi Turun Temurun Dari 4rw4h Nenek Sungguh Menyelerakan

Telur Goreng Masak Asam Simple Resipi Turun Temurun Dari 4rw4h Nenek Sungguh Menyelerakan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 331 hits
Wanita ini kongsikan cara buat telur goreng masak asam yang sangat sedap Resipi turun temurun dari 4rw4h opah yang dipelajari oleh ibunya dan kini diwarisi oleh beliau pula Jom cuba Resipi Telur Goreng Masak Asam Bahan bahan Telur goreng Ba...
Resepi Udang Goreng Lada Bersama Ubi Kentang

Resepi Udang Goreng Lada Bersama Ubi Kentang

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 314 hits
Udang goreng lada bersama ubi kentangBahan bahan Udang setengah kilo2 biji ubi kentang lada hitam 1 sudu besarhalia 1 inciBawang kecik 3 biji gaul dengan udang masukkan sedikit serbuk kunyit sedikit garam dengan gulaSeketul pati ayam knorrS...
Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Bayam Brazil Di Puasa Kedua

Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Bayam Brazil Di Puasa Kedua

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 522 hits
Assalamualaikum SATU SATUNYA lauk yang dimasak dan dihidang untuk berbuka puasa hari kedua Ramadhan 1442H Oh lupa sebenarnya ada dua lauk yang dihidangkan Satu Udang dengan bayam brazil macam dalam gambar ni la satu lagi lauk udang yang tak...
Sedapnya Resepi Ayam Masak Kurma Serta Tiramisu Air Tangan Fikry Ibrahim Shatorah Ni

Sedapnya Resepi Ayam Masak Kurma Serta Tiramisu Air Tangan Fikry Ibrahim Shatorah Ni

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 461 hits
Episod 12 Rasa Nostalgia Ramadan dimeriahkan dengan kehadiran Fikry Ibrahim bersama sepupunya Shatorah Pelawak otai Imuda juga ada sebagai cameo pada hari ini Mencipta nama menerusi program Lawak Solo nama Fikry Ibrahim semakin mendapat tem...
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 556 hits
Bahan bahannya 1 kg daging salai15 biji belimbing buluh atau pucuk ubi kayu4 batang serai dititikSemangkuk santan segar3 keping asam gelugorBahan bahan kisar 4 ulas bawang merahSegenggam cili padi kampung 1 inci halia2 inci kunyit hidup3 se...
10 Koleksi Resepi Masakan Thai Simple Dan Sedap

10 Koleksi Resepi Masakan Thai Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 967 hits
10 Koleksi Resepi Masakan Thai Simple dan Sedap Nak sampai ke 30 hari sampai buntu tak tau nak masak apa kan Kadang kadang lauk yang sama je dalam satu minggu Umi kongsikan 10 koleksi resepi masakan thai simple dan sedap supaya lepas ni kal...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bersama Peria Kambas

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bersama Peria Kambas

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 596 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Salam 3 Ramadhan ada tak dekat sini peminat Peria tak kisahlah peria apa Peria Katak Peria Kambas semua Bonde Suka he he he pahit tu adalah penawar This is a content summary only Visit my website for full li...
Resepi Telur Bungkus Simple Suria Amanda

Resepi Telur Bungkus Simple Suria Amanda

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 271 hits
Assalamualaikum Hi korang Sebenarnya ada beberapa orang duk tanya macam mana nak buat telur bungkus eh eh malunya sebab first try kan Ahad lepas atas permintaan Dania Ada ke patut dia request yang sama macam kat kedai tomyam allahu pening m...
Dapur Fiezasani Resipi Udang Masak Kam Heong

Dapur Fiezasani Resipi Udang Masak Kam Heong

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 444 hits
Dalam entry sebelum ni k fiezz ada cerita pergi ke pasar sebab nak top up udang Ni lah menu yang k fiezz masak haritu Mulanya cadang nak masak menu lain menggunakan udang Lepas tu mr hubby yang bagi cadangan suh masak resipi udang masak kam...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya