Resepi Tapai Ubi Kayu Cubaan Pertama Kali Tak Sangka Banyak Pantang Larangnya


Resepi Tapai Ubi Kayu Cubaan Pertama Kali, Tak Sangka Banyak Pantang Larangnya | Membuat tapai ni sebenarnya agak kompleks dan silap sikit jer tapai tidak akan menjadi seperti yang kita inginkan. Ingat beli saja tapai yang dijual di kedai, tapi lagi hampa bila tapai tersebut bukan hanya tidak manis tapi punya rasa yang pelik.

Begitulah yang terjadi pada umi, bila Cik Meya teringin tapai ubi kayu, jadi umi belikat Pasar Datuk Keramat tapi dahlah tak manis, tapi bila dimakan tu ada rasa macam kita makan belon tiup dengan straw kecil tu. Memang tak boleh hadam langsung, malah bagi kat kekanda umi yang pakar buat tapai pulut pun dia cakap yang sama.


Resepi Tapai Ubi Kayu Cubaan Pertama Kali, Tak Sangka Banyak Ada Pantang Larangnya


Waktu sarapan di Shah Alam, DH belikan tapai ubik kayu untuk cik Meya tapi rasanya pun sama jugak. Dah jadi serik nak beli dan terfikir, nak buat sendiri, boleh buat banyak dan makan banyak kan. 


Maka, umi pun belilah ubi kayu tak sampai sekilo kat pasar dan buat tapai ubi kayu sendiri. Kalau tak jadi tu, boleh cuba lagi sebab paling penting nak tahu tekniknya kan.


RESEPI TAPAI UBI

Bahan-bahan:1/2 kg ubi kayu
1 keping ragi (dihaluskan jadi serbuk- gesek dgn pengayak tpg pun boleh)
secukup daun pisang (utk membungkus tapai)


Cara Penyediaan :1. Potong ubi kayu (4 - 5 cm) Kupas kulit ubi kayu, basuh dan bersihkan. Rebus hingga separuh masak, toskan dan biarkan sejuk.





2. Susun ubi kayu dalam bekas, taburkan ragi yang ditumbuk halus keatas keatas ubi kayu dengan menggunakan penapis. Kalau banyak, susun lagi selapis dan tabur lagi ragi rata-rata. Tutup bekas rapat-rapat. Ada juga tip yang mana setiap ubi kayu disapukan dengan serbuk ragi.
3. Ambil sehelai kain putih atau kain apa-apa pun untuk membungkus bekas yang menyimpan ubi kayu dan perap selama 3 hingga 4 hari. Simpan di tempat yang tertutup dan gelap seperti dalam kabinet atau almari.
4. Bila tapai dah menjadi, baunya akan naik seakan bergas dan mengeluarkan sedikit air yang manis. Siap dan boleh dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.


Nota : 

Kalau rajin, boleh bungkus tapai dengan daun pisang 


Tapai yang sudah elok terjadi, sebaiknya disimpan dalam peti ais bagi mengelakkan gasnya yang terlebih. 
RESULT TAPAI UBI KAYU HOMEMADE

Tidak berapa menjadi sebab lupa nak letakkan di tempat gelap walau ditutup dan kemungkinan sebab cuaca yang kerap hujan membantutkan penapaian ragi. Atau mungkin juga ragi terlalu banyak pada ubi kayu dan tidak ditabur dengan lebih rata.


Apa pun umi boleh cuba sekali lagi sebab kos membuat tapai ni tidak mahal dan bahan-bahan pun mudah didapati.


ADA PANTANG LARANG MEMBUAT TAPAI :Apa pun umi nak kongsi jer pantang larang yang pernah didengari dalam membuat tapai ni. Ada yang boleh diterima pakai dan ada yang pasti mengundang kemusykilan.


1. Jangan peram dalam bekas besi atau aluminium tapi guna daun-daun atau bekas plastik.
2. Jangan letak bekas peraman tapi di atas lantai
3. Jangan diintai/dibuka bekas tapai sebelum masanya, khuatir tapai tidak akan menjadi
4. Simpan ditempat gelap dan tersembunyi dan jangan hebahkan kepada orang lain
5. Kena pastikan tidak dalam keadaan bulan, makan sireh atau mengunakan perkakas berwarna merah, kerana ini akan menyebabkan tapai berwarna merah. Juga tidak boleh makan benda masam, kelak tapai juga akan menjadi masam.
6. Pembuat tapai tidak boleh dalam keadaan marah, harus tenang
7. Kalau buat tapai pulut, pulut yang hendak dibuat tapi tidak boleh dicuit untuk dibuat makan
8. Jangan bercakap perkara yang tidak elok
Apa pun tidak dapat dipastikan kebenarannya setiap yang dilarang kerana orang dulu-dulu ni punya tertib dan cukup mengambil berat dalam membuat sesuatu dan pastinya pantang larang ini dijadikan guideline supaya tapai yang dibuat menjadi dengan sempurna. 


Apa pun umi ada terbaca sebab dan penyebab kenapa tapai tidak menjadi dari segi pandangan sains. 


KENAPA TAPAI TIDAK MENJADI Pembuatan tapai adalah hanya menggunakan sumber karbohidrat seperti beras, pulut, ubi dan mikroorganisma dari ragi yang akan menapai karbohidrat tersebut.


Ia memerlukan keadaan optimum: gelap, lembap dan bersih dari cemaran organisma lain. Pernah dengar antara petua nenek moyang? Bila buat tapai tak boleh bercakap banyak. Tak boleh bercerita dengan orang.


Sebenarnya kaedah itu mengurangkan cemaran dan ‘jangkitan’ bakteria dan fungus yang tidak diingini dari manusia dan persekitaran.


Ada keadaan bila tapai masam. Mungkin keadaan tapaian tidak sesuai untuk fungus, suhu karbohidrat terlalu panas bila mengadun ragi dengan pulut atau ubi. Menyebabkan spora fungus terbantut dan bakteria menguasai.


Kadang-kala tumbuh kulat hitam. Mungkin tercemar dengan kulat Rhizopus atau Aspergillus dari tempe, tepung, roti, bekas dan persekitaran yang tidak bersih.


Kalau tapai bertukar merah, bukan sebab buat tapai waktu datang haid. Mungkin terdapat cemaran kulat seperti Neurospora (N. crassa) yang mempunyai spora kemerahan.


sumber : https://www.facebook.com/inisainsbeb/photos/tapaitapai-adalah-salah-satu-kemestian-dalam-pelbagai-keraian-di-malaysia-tidak-/1154560488236538/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/02/resepi-tapai-ubi-kayu-cubaan-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubi Kayu Hasil Tanaman Belakang Rumah

Ubi Kayu Hasil Tanaman Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 151 hits
Assalamualaikum dan selamat petang semua Pernah makan ubi kayu tak Kalau masa kecil memang selalu sangat makan ubi kayu Sekarang ini susah sikit nak dapat kerana khinzir suka kacau pokok ubi kayu yang ditanam Tak sempat kita nak makan dia y...
Cuba Pertama Kali Buttercream Latte Antara Menu Popular Gigi Coffee Sedap

Cuba Pertama Kali Buttercream Latte Antara Menu Popular Gigi Coffee Sedap

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 346 hits
Rasanya sejak artikel ni diterbitkan aku hanya pernah beli dan rasa menu daripada Gigi Coffee sebanyak 2 kali sahaja sebab Temerloh tiada cawangan lagi Pertama kali cuba Caramel Macciato dan terbaru aku cuba Buttercream Latte Pertama kali c...
Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Bingka Ubi Kayu Paling Sedap Lembut Moist Sangat

Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Bingka Ubi Kayu Paling Sedap Lembut Moist Sangat

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 229 hits
Bingka ubi kayu antara makanan tradisional yang menjadi kegemaran ramai Rasanya yang lembut di dalam dan rangup di luar ditambah dengan rasa ubi kayu yang kuat memang membangkitkan selera Jom ikuti resepi yang dikongsi RESEPI BINGKA UBI KAY...
Hiburan Tengok Banyak Kali Nak Tergelak Geram Tengok Video Ali Puteh Wanita Dayak Kongsi Cara Santet Yang Real

Hiburan Tengok Banyak Kali Nak Tergelak Geram Tengok Video Ali Puteh Wanita Dayak Kongsi Cara Santet Yang Real

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 332 hits
Tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu mengenai kisah antara pelawak Ali Puteh dan balu arwah abang kandungnya iaitu Abam Bocey mengenai isu tuntutan saman dan juga kekecohan di rumah kelamin milik Hidayah dan suaminya itu Sema...
Baru Berkahwin Song Joongki Katy Louis Saunders Pertama Kali Dating Di Khalayak Umum

Baru Berkahwin Song Joongki Katy Louis Saunders Pertama Kali Dating Di Khalayak Umum

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 146 hits
Selepas berkahwin nampaknya Song Joong ki dan Katy Louise Saunders lebih selesa untuk menayangkan hubungan romantik mereka ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pasangan pengantin baru tersebut dilihat menghabiskan masa bersama di panggung Megabox COEX...
Genap 3 Tahun Abam Bocey Dah Tiada Dan Ini Kali Pertama Hidayah Pulang Tapi Dia Tak Boleh Masuk

Genap 3 Tahun Abam Bocey Dah Tiada Dan Ini Kali Pertama Hidayah Pulang Tapi Dia Tak Boleh Masuk

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 164 hits
GENAP tiga tahun selepas pelawak Allahyarham Abam meninggal dunia balunya iaitu Norhidayah Mohd Ali mengambil keputusan berkunjung ke kediaman yang pernah mereka tinggal di Gombak pada Jumaat
Babak Shah Rukh Dan Salman Khan Dalam Pathaan Dirombak Banyak Kali Sebab Ini

Babak Shah Rukh Dan Salman Khan Dalam Pathaan Dirombak Banyak Kali Sebab Ini

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 442 hits
Pathaan berjaya mencatatkan fenomenanya sendiri apabila memecahkan pelbagai rekod dari segi kutipan Malah filem tersebut juga membuat kejutan apabila menampilkan Salman Khan dalam satu babak aksi filem berkenaan Menerusi Hindustan Times pen...
Kisah Curang Kian Berbelit Red Balloon Pertama Kali Lepasi Rating 10

Kisah Curang Kian Berbelit Red Balloon Pertama Kali Lepasi Rating 10

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 152 hits
Tak sah lah Korea kalau tak hasilkan drama yang bertemakan kecurangan kan Sebab itu drama TV Chosun iaitu Red Balloon menjadi ikutan ramai kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru drama itu berjaya mencapai rating dua angka buat pertama kali sepanjan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025