Resepi Siakap Asam Pedas Dengan Rempah Kari
Resepi Siakap Asam Pedas Dengan Rempah Kari. Pernah ke korang masak asam pedas letak rempah kari? Tak pernah. Tak pe, kali ni cuba letak. Pasti sedap kuah asam pedas anda tu. Asam pedas tu akan ada rasa dan bau kari la.. lagi harum kuah asam pedas anda. Tapi jangan lupa letak daun kesum untuk naikkan harum asam pedas tu..
Kali ni kami nak bagi resepi asam pedas ikan siakap. Oleh kerana ikan siakap mempunyai isi yang lembut, maka kita tidak akan memasak terlalu lama. Okay.. 👌👌
Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Dicampur Serbuk Kari Yang Sedap
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap saiz besar - kerat 3 bahagian3 sudu makan cili boh - kisar1 biji bawang besar - kisar2 ulas bawang putih - kisar2 inci halia - kisar2 tangkai serai - ketuk1 mangkuk kecil air asam jawa2 sudu makan rempah kari - dibancuh dengan airSegenggam daun kesum2 biji tomato - belah 2Garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan asam pedas siakap
1. Tumis kari dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata dan tumis hingga masak @ naik minyak
2. Masukkan air asam jawa. Tambahkan air sehingga jadi kuah asam pedas yang anda sukai, pekat atau sedikit cair
3. Masukkan ikan siakap dan kacau sebati
4. Masukkan daun kesum dan tomato. Perisakan dengan garam dan gula
5. Bila dah masak, boleh dihidangkan dengan nasi panas
Selamat mencuba resepi yang di kongsikan di atas. Semoga usaha dan penat kita memasak dihargai oleh orang-orang yang tersayang.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan
Baca : DIA TAK PERNAH MENINGGALKANMU WALAUPUN SESAAT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kisahresepi.com/2022/09/resepi-siakap-asam-pedas-dengan-rempah.html