Resepi Serimuka Jagung Pokok Jagung Tanam Sendiri
Antara kuih kegemaran aku adalah kuih seri muka. Kuih yang di atasnya tepung yang manis dan di bawahnya adalah pulut yang berlemak dan sedikit masin. Kali ni aku buat serimuka jagung. Pokok jagung di kebun tepi rumah telah mengeluarkan hasil. Dah buat rebus dan bakar jagung ni, kali ni buatlah seri muka jagung pula.
Resepi Serimuka Jagung, Pokok Jagung Tanam Sendiri...
Tak susah nak buat serimuka jagung ni. Cuma memerlukan sedikit kerajinan jugalah. Pastinya nak buat serimuka jagung ini memerlukan santan. Tak kisahlah, yang dalam kotak ataupun santan segar. Apapun ynag segar lebih baik. tapi kalau dah tak ada, yang dalam kotak pun bolehlah. Jadi juga serimuka jagung aku mi.. hehe
Kebetulan jagung di laman kebun berlebihan, bolehlah di buat untuk pelbagaikan juadah. Harap membeli, tak sempat nak di buat itu ini. Hanya sekadar di rebus sahajalah. Jom lah kita semak resepi serimuka jagung untuk rujukan di kemudian hari apabila nak buah juadah ni lagi.
Resepi Serimuka Jagung, Pokok Jagung Tanam Sendiri...
Bahan-bahan:Lapisan Bawah - Pulut (A)1 cawan pulut1/2 cawan jagung hiris1 cawan santan kotak 1 cawan air1 sudu teh garam halus
Lapisan Atas - Pati Jagung (B)1 cawan santan kotak1 cawan hirisan jagung1/2 cawan gula pasir1/2 cawan tepung gandum1/4 cawan tepung kastard1 biji telur1 sudu teh garam halusSedikit pewarna kuning
Cara membuat lapisan bawah (A) serimuka jagung: Basuh dan rendam pulut selama sekurang-kurangnya 2 jam. Setelah itu toskan pulut. Gaul bersama hirisan jagung.
Di dalam loyang, masukkan pulut bercampur jagung dan masukkan juga santan, air dan garam. Gaul sebati. Kukus sehingga masak.
Di dalam loyang yang lain, sapukan sedikit minyak atau lapik plastik ke dalam loyang.
Tekan pulut dan jagung yang sudah di masak tadi. Biar betul-betul padat. Kukus kembali dan tuangkan adunan bahagian atas.
Cara membuat lapisan atas (B) serimuka jagung Santan pekat di kisar bersama hirisan jagung. Tapis dan perah bahan kisar untuk mendapatkan pati jagung yang pekat.
Seterusnya gaul sebati dengan gula dan telur. Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam. Gaul rata agar tepung tidak berketul.
Kacau di dalam periuk sekadar naik wap sahaja. Tuang ke atas pulut yang telah di cakar sedikit permukaannya dengan garfu.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.
Cantik dan elok kejadiannya serimuka jagung yang aku buat ni tapi seperti biasa aku gagal dalam bab memotong kuih serimuka jagung ni. Tak berapa cantik bentuk potongan aku ni. Tak apalah asal kejadian kuih serimuka jagung nya sedap dan lazat.
Pada sesiapa yang nak mendapatkan pelbagai resepi sedap ini, boleh layari blog di SINI
p/s: Puashati dapat merasa tanaman jagung sendiri dengan membuat kuih serimuka jagung yang sedap ini. Lepas musim jagung yang ni, nak tanam lagi dan lagi...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2021/07/resepi-serimuka-jagung-pokok-jagung-tanam-sendiri.html