Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tanam 610 Pokok Nadir Di Kawasan Ceroboh Batu Talam


 

RAUB - Pejabat Pembangunan Hutan (PPH) Pahang Barat menanam 610 pokok nadir spesies tampoi dan sentul di kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam yang sebelum ini dijadikan kebun durian Musang King secara haram.
Penolong Pengarah PPH Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Wan Ghazali Wan Ali, berkata selain dua spesies berkenaan pihaknya akan menanam pokok ara yang turut sesuai ditanam di kawasan berkenaan.
Katanya, pokok ara akan ditanam di kawasan lembah serta tepi sumber air kerana ia memerlukan lebih air untuk membesar dan subur.
Usaha mendapatkan benih pokok terbabit sedang dilakukan pihaknya.
Menurutnya, sebanyak 200 pokok sentul dan 410 pokok tampoi berumur enam bulan hingga setahun sudah ditanam secara selerak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam yang mempunyai bentuk muka bumi berbukit.
"Saya yakin dua spesies pokok nadir berkenaan mampu hidup subur di kawasan hutan simpan terbabit yang persekitarannya agak sejuk dan berangin serta yang tanah subur.
"Difahamkan dalam masa antara 12 hingga 15 tahun akan datang, ia akan mengeluarkan hasil," katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, pokok nadir ditanam dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam sebagai usaha menjadikan kawasan terbabit sebagai hutan semula jadi.
Katanya, sebelum ini pihaknya turut menanam pelbagai spesies pokok nadir dalam kawasan bekas lesen pembalakan serta kawasan ceroboh di Pahang.
Sementara itu beliau berkata, sehingga semalam pihaknya sudah menanam 12,295 daripada sasaran 20,000 pokok pelbagai spesies termasuk Merawan, Meranti, Balau dan Keruing dalam hutan simpan berkenaan.
"Kita hanya cuti sehari sahaja untuk menyambut Aidiladha hari ini, kerja menanam akan disambung semula esok membabitkan penyertaan antara 60 hingga 75 kakitangan JPNP daripada beberapa Pejabat Hutan Daerah.
Hutan Simpan Kekal Batu Talam seluas 101 hektar menjadi lokasi Operasi Pamah bermula 3 Julai lalu selepas ia diceroboh untuk dijadikan kebun durian Musang King, membabitkan lebih 15,000 pokok.
Hutan Simpan Batu Talam adalah kawasan tadahan air yang diwartakan pada 2002 dan jika pencemaran berlaku ia akan menjejaskan sumber air penduduk daerah ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/jabatan-perhutanan-pahang-tanam-pokok.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 12 295 Pelbagai Spesis Pokok Hutan Kini Sudah Di Tanam Di Hutan Simpan Batu Talam

Lebih 12 295 Pelbagai Spesis Pokok Hutan Kini Sudah Di Tanam Di Hutan Simpan Batu Talam

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 275 hits
RAUB Lebih 12 295 pelbagai spesies pokok hutan ditanam sehingga 19 Julai lalu di kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini yang dijadikan kebun durian musang king secara haram Kawasan ceroboh seluas lebih 101 hektar itu akan ditanam den...
Isu Durian Musang King Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Sedia Di Siasat Pihak Sprm

Isu Durian Musang King Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Sedia Di Siasat Pihak Sprm

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 430 hits
KUANTAN Semua kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sedia disiasat jika ada dakwaan mereka terlibat dengan rasuah berhubung isu pencerobohan tanah Hutan Simpan Kekal Batu Talam Raub untuk penanaman durian Pengarah JPNP Datuk Mohd Hiza...
Pekebun Kecam Sikap Angkuh Kerajaan Pahang Tebang 15 000 Pokok Durian

Pekebun Kecam Sikap Angkuh Kerajaan Pahang Tebang 15 000 Pokok Durian

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 420 hits
nbsp Sekumpulan pekebun durian mengecam tindakan kerajaan negeri Pahang yang disifatkan angkuh apabila menebang 15 000 pokok durian Musang King yang menjadi pertikaian dalam tempoh sembilan hari lalu di Raub Presiden Save Musang King Allian...
Pekebun Durian Raub Pertimbang Untuk Saman Pihak Berkuasa Negeri Pahang

Pekebun Durian Raub Pertimbang Untuk Saman Pihak Berkuasa Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 249 hits
nbsp Seramai 204 pekebun durian Mus4ng King di Raub Pahang yang mendapat pen4ngguhan interim daripada Mahk4mah R4yuan awal tahun ini untuk terus mengusahakan tan4h mereka kini mempertimbangkan tind4kan und4ng und4ng terhadap pihak berku4sa ...
Tebang Pokok Durian Samka Dakwa Kerajaan Pahang Ingkar Perintah Mahkamah

Tebang Pokok Durian Samka Dakwa Kerajaan Pahang Ingkar Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 256 hits
Minta kerajaan negeri henti operasi pembersihan adakan dialog dengan pekebun Pengerusi Samka menunjukkan Hutan Simpanan Batu Talam terletak bawah Mukim Tras RAUB Save Musang King Alliance mendakwa tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang m...
Kawalan Pga Lancar Operasi Tebang Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub

Kawalan Pga Lancar Operasi Tebang Musnah Ladang Durian Hutan Simpan Batu Talam Raub

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 378 hits
RAUB Operasi tebang dan musnah ladang durian haram dalam Hutan Simpan Batu Talam di sini berjalan lancar hari ini susulan kehadiran anggota polis daripada Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Sebelum ini provokasi melampau pekebun yang mencer...
15 000 Pokok Musang King Selesai Di Tebang 500 Anak Pokok Hutan Telah Mula Di Tanam

15 000 Pokok Musang King Selesai Di Tebang 500 Anak Pokok Hutan Telah Mula Di Tanam

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 391 hits
nbsp RAUB Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya memusnahkan kesemua kira kira 15 000 batang pokok Musang King di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini Pengarah JPNP Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yassin berkata penebangan pokok durian
Kes Meningkat Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua Ppn

Kes Meningkat Kerajaan Memutuskan Negeri Pulau Pinang Dan Pahang Kekal Fasa Dua Ppn

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan negeri dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara termasuk Pahang dan Pulau Pinang kekal berada dalam Fasa Dua dan tidak akan kembali ke Fasa Satu walaupun kes jangkitan baharu COVID 19 meningkat Menteri Kesihata...
Cara Tanam Pokok Selom Dalam Kotak Polisterin Sebulan Saja Dah Merimbun Hasilnya

Cara Tanam Pokok Selom Dalam Kotak Polisterin Sebulan Saja Dah Merimbun Hasilnya

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 684 hits
Kalau dalam famili ramai yang suka makan ulam selom eloklah belajar tanam sendiri
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia