Goreng Pisang Rangup Krup Krap



Seperti biasa, jangan lupa untuk klik follow blog dan klik iklan di blog saya kerana tak ramai yang berbuat demikian. Tak pasti kenapa samada mereka tak tahu atau ada sebab sebab lain. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih. 
Hati menjadi sangat sedih bila mengenangkan ujian yang menimpa mangsa mangsa banjir di Shah Alam. Terutama sekali bila melihat gambar seorang atuk yang terbaring di katil di ruang tamu yang telah mula dibasahi dengan air banjir bersama cucu cucu. 
Bukan sahaja kesejukan terbaring di tilam yang dibasahi air tapi apa perasaan menunggu bantuan yang tidak pasti bila akan tiba. Apa apa pun semoga mereka semua diberikan ganjaran yang besar dari Allah dengan ujian ini. 
Pagi ini saya menumpang besan saya mengedarkan makanan yang telah siap dimasak seperti nasi goreng dan nasi ayam penyet. Ya lah macam mana nak memasak pun jika mereka masih berada di tempat penempatan atau jika rumah mereka masih dinaiki air. Dalam kesejukan ini dapat lah mengalas perut yang mudah terasa lapar.
Berada dalam cuaca seperti ini, perut mudah terasa lapar.  Itu yang pagi pagi dah minta Hubby mencari pisang untuk digoreng. Kebetulan Boy dan Mia pun ada di rumah, jadi bolehlah makan beramai ramai. 
Kebelakangan ini, memang saya kurang berselera makan, hanya terasa nak makan makanan simple yang sekadar untuk kenyang sahaja. Saya makan pisang goreng ini, kenyangnya sampai ke malam. 

Saya belajar bab cara penyediaan air kapur dari seorang peniaga goreng pisang. Kalau biasa saya masukkan beberapa sudu air kapur jernih dan sedikit garam terus ke dalam bancuhan tepung sebelum dikacau rata. 
Tapi bila dah dapat ilmu cara orang lain menyediakan bancuhan tepung goreng pisang, terus saya mencubanya. Alhamdulillah sangat rangup dan sangat sedap. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Goreng Pisang RangupOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 sikat pisang - 16 biji 2 cawan tepung beras2 sudu besar tepung jagung2 sudu besar kelapa parut putih - ramas ramas2 sudu besar bijan - sangai1 biji kuning telur1 sudu kecil serbuk kunyit275 ml air kapur - rujuk di bawah
Cara cara:Satukan semua bahan dan tuang air kapur sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang disukai. Jika menjadi air kapurnya, bancuhan tepung akan menjadi warna oren sedikit, bukan warna kuning. 

Tuang air kapur sedikit demi sedikit untuk adunan mencapai kepekatan yang disukai. Celup jari ke dalam bancuhan, kalau bersalut di jari, tandanya kepekatan dah sesuai.

Panaskan minyak dan masukkan pisang yang dibelah 3. Biarkan sehingga tepung masak melekat di pisang, baru dileraikan dan dikacau.


Setelah keperangan, dibalik balikkan. Goreng sehingga sedikit keperangan supaya nampak lebih menarik. Angkat dan tos.
Air kapur:2 sudu besar kapur makan3 cawan air1 sudu besar garam kasar
Cara cara:Pukul kapur makan menggunakan whisk dengan sedikit air sehingga kapur hancur. Masukkan semua air dan garam kasar. Kacau sebanyak 3 kali sahaja. 
Biarkan semalaman. Guna bahagian atas yang jernih. Tuang perlahan lahan supaya air kapur tidak berkeladak. 
Nota:Masukkan pisang yang hendak digoreng sahaja dalam bancuhan tepung. Jangan dibiarkan pisang lama di dalamnya supaya ianya tidak patah.
Jika bancuhan menjadi pekat, tambahkan air kapur sedikit lagi. Jangan guna air biasa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/12/goreng-pisang-rangup-krup-krap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rangup Di Luar Empuk Berlemak Ubi Rebus Goreng Berempah

Rangup Di Luar Empuk Berlemak Ubi Rebus Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 215 hits
Pernah cuba ubi rebus yang diperap rempah dan kemudiannya digoreng Rasa sangat sedap tau Sambil santai santai di laman rumah sambil minum kopi atau teh panas memang sedap makan ubi rebus goreng berempah ini Jom kita cuba resipi oleh Kamarul...
Resipi Sardin Goreng Celup Tepung Bahan Simple Tapi Rangup Sedap

Resipi Sardin Goreng Celup Tepung Bahan Simple Tapi Rangup Sedap

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 212 hits
Resipi sardin goreng rangup memang sentiasa jadi kegemaran kita Bosan dengan bancuhan tepung biasa apa kata kali ini kita cari kelainan dengan celup tepung goreng bestari pula Memang sedap Resipi perkongsian ini memang sedap Jom cuba Ada ke...
Dah Bosan Goreng Rangup Biasa Cuba Fries Ala Mcshaker Sedap Sungguh

Dah Bosan Goreng Rangup Biasa Cuba Fries Ala Mcshaker Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 234 hits
Kentang goreng memang menjadi kesukaan anak anak kita Pun begitu mak ayah pun sama tidak terkecuali merasai kerangupan kentang goreng ini bersama anak anak Apa kata kali ini mak ayah layan kentang pedas berapi yang pastinya buat mak ayah la...
Banjir Cecah Paras Leher Peniaga Pisang Goreng Sanggup Cari Dan Cuci Semula Bekalan Dihanyut Arus Deras

Banjir Cecah Paras Leher Peniaga Pisang Goreng Sanggup Cari Dan Cuci Semula Bekalan Dihanyut Arus Deras

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 295 hits
DEMI kelangsungan hidup rakyat yang terjejas tervk akib4t banjir sanggup melakukan apa saja Dalam situasi banjir mencecah paras dada seorang bapa bersungguh sungguh membersihkan beberapa tandan pisang yang dihanyutkan arus deras Tandan pisa...
Cara Goreng Ikan Ataupun Keropok Lekor Supaya Minyak Tak Meletup Wajib Cuba

Cara Goreng Ikan Ataupun Keropok Lekor Supaya Minyak Tak Meletup Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 937 hits
Tentu ramai di antara kita yang takut takut nak menggoreng ikan ataupun keropok lekor Bimbang masa menggoreng tu minyak akan meletup letup Kalau bernasib baik kena tangan jer Kalau kena muka alahai Tak dinafikan sis pun tak berapa suka bab ...
Dinner Sotong Goreng Tepung Dan Siakap Tiga Rasa Memang Terbaik

Dinner Sotong Goreng Tepung Dan Siakap Tiga Rasa Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 261 hits
Dinner Sotong Goreng Tepung Dan Siakap Tiga Rasa Makan malam kat luar hari ni sebab anak bongsu baru balik dari asrama cuti sekolah 3 minggu gayanya so kita orang belanja dinner di luar Biasalah dia ni mesti nak siakap 3 rasa dan sotong gor...
Pedas Tapi Sedap Resipi Nasi Goreng Sotong Paling Best Memang Patut Cuba

Pedas Tapi Sedap Resipi Nasi Goreng Sotong Paling Best Memang Patut Cuba

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 319 hits
Nasi Goreng Sotong perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan Bahan bahannnya cukup mudah Bagi anda yang suka sangat makan nasi goreng resipi ni adalah salah satu yang perlu anda cuba Memang membuka selera Ta...
Resepi Jemput Jemput Pisang Yang Comel

Resepi Jemput Jemput Pisang Yang Comel

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 208 hits
Resepi Jemput Jemput Pisang Yang Comel Buat comel comel senang nak makan sekali satu terus ngap Cekodok pisang jemput jemput pisang memang popular dan faveret kebanyakan orang Kalau ada kesempatan pasti nak buat jugak walau ada stok pisang ...
Lunch Nasi Goreng Pattaya Simple Tapi Sedap

Lunch Nasi Goreng Pattaya Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 823 hits
Lunch Nasi Goreng Pattaya simple tapi sedap Bila hari hari kerja sampai tak tau nak makan apa di ofis ni lumrah kehidupan kalau soal makan mesti blur kena fikir 10 kali dulu baru boleh hadam soalan tu hehe harini beli nasi goreng pattaya di...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy