Resepi Sagu Gula Melaka Buat Anda Tak Jadi Diet


Nak berdiet bukanlah mudah. Anda mesti mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk menghalang diri anda daripada kalah dengan godaan nafsu makan anda. Kami tahu betapa susahnya untuk rakyat Malaysia buat begini kerana kita ada begitu banyak pilihan sajian, daripada pembuka selera hinggalah ke pencuci mulut yang cukup enak.
Jika anda masih boleh teruskan diet anda dalam keadaan ini, anda memang kuat. Teruskan usaha anda. Bagi golongan yang tak pernah ada istilah ‘diet’ dalam hidup mereka seperti kami, tahun 2020 akan menjadi tahun kita sama-sama menemui resepi-resepi warisan baru untuk dicuba. Tahun ini, semua akan mengenali kita sebagai pakar masakan tradisional Malaysia. Satu azam yang menarik, bukan?
Jadi, sekarang, apa yang kita nak mula masak? Tak perlu penat-penat fikir sebab kami ada jawapan untuk anda.
Sagu Gula Melaka Mudah, Ringkas dan Lazat! Secara amnya, kuih-muih tradisional Malaysia menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati, murah dan paling penting sekali, tak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Malang sekali, cukup susah untuk kita temui kuih-muih tradisional kegemaran kita sekarang kerana ramai orang mempunyai anggapan yang salah bahawa masakan tradisional adalah rumit dan memerlukan bahan yang sukar untuk ditemui.
Sebagai contoh, sagu gula melaka. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, pencuci mulut klasik ini dijual di kafe-kafe mewah pada harga yang lebih mahal dari yang disangka. Bayangkan, setiap kali anda nak makan kuih atau pencuci mulut tradisional, anda perlu keluarkan lebih dari yang sepatutnya.

Cara nak berjimat memang ada; buatlah sendiri dan hasilnya lebih memuaskan hati, poket dan tekak anda.
Siapa sangka bahan-bahan ringkas ini hasilkan pencuci mulut yang enak? Bahan-Bahan:

a) Biji Sagu
250g (2 cawan) biji sagu 1.5l (6 cawan) air2 helai daun pandan, disimpul b) Santan
250ml (1 cawan) santan 2 helai daun pandan, disimpul1/2 sudu teh garam c) Sirap Gula Melaka

250g gula melaka, dicincang, 1/2 cawan air 3 helai daun pandan, disimpul Cara-Cara:
1.Dalam periuk sederhana besar, panaskan air dengan daun pandan. Apabila sudah mendidih, keluarkan daun pandan dan masukkan biji sagu.
2. Didihkan selama 18-20 minit. Tapis dan bilas dengan air. Letakkan biji sagu ke dalam bekas hidangan. Biarkan biji sagu disejukkan dan kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk.
3. Untuk menyediakan sirap gula melaka, panaskan 1/2 cawan air, daun pandan dan gula melaka hingga gula terlarut. Keluarkan daun pandan dan ketepikan sirap.
4. Panaskan santan atas api kecil dalam periuk bersama 1/4 sudu teh garam dan daun pandan. Pastikan anda perhatian santan ini dengan teliti agar tak pecah minyak. Keluarkan daun pandan dan ketepikan.
5. Untuk menghidang, tuang santan yang suam di atas biji sagu dan tuang sirap gula melaka di atas.
25 Minit Saja Dah Siap! Tengoklah betapa mudahnya nak sediakan sagu gula melaka ini. Tak perlu nak kena tunggu, buat persiapan awal. Sambil tengok drama di TV pun dah cukup. Apapun, perkara paling penting ialah rasa sagu gula melaka ini dan sememangnya resepi ini tak mengecewakan.
Tambahan pula, anda dapat mengubah suai sukatan sirap gula melaka dan santan anda nak letakkan pada sagu anda agar diet anda tak terganggu. Jadi, apa lagi yang menghalang anda daripada mencuba resepi sagu gula melaka ini? Jom jadikan pencuci mulut ini projek hujung minggu anda!


The post Resepi Sagu Gula Melaka Buat Anda Tak Jadi Diet appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-sagu-gula-melaka-buat-anda-tak-jadi-diet

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

Resepi Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 443 hits
Resepi Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap Untuk Dicuba Cuaca panas bila dapat pekena menu ssagu gula melaka yang sedap memang sangat asyik Lagi lagi bila resepi sagu gula melaka tu nampak mengiurkan dengan campuran warna yang cantik Makin bes...
Nuha Food Journey Sagu Gula Melaka

Nuha Food Journey Sagu Gula Melaka

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 753 hits
BismillahHah Nuha makan sagu gula melaka Gula Sugar Eh tak tak tak Jangan la gelabah sangat k Aku lama tak menulis so bagi can la buat gempaq sikit Btw aku memang memasak je tapi aku sangat busy dengan hal kerja di awal tahun sampaikan tak ...
Resepi Kerabu Telur Dadar Sesuai Untuk Diet Atkins

Resepi Kerabu Telur Dadar Sesuai Untuk Diet Atkins

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 831 hits
Resepi kerabu telur dadar Kalau dah namanya wanita mesti tak lari dari menulis tentang resepi cakap tentang makanan dan sibuk pasal diet Ada satu resepi yang nak saya kongsi di bawah ini amat ringkas dan sesuai untuk orang yang sedang berdi...
Resepi Chocolate Mousse

Resepi Chocolate Mousse

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 709 hits
RESEPI CHOCOLATE MOUSSE SENANG DAN SEDAP No Oven No Mixer Bahan Bahan 100gr Milk Chocolate 15gr gelatin 250ml susu full cream200ml Uht Dairy Whipping Cream15gr serbuk koko 2 tbsp air panas 30gr gula pasir50gr Susu pekat manis Sy guna acuan ...
Resepi Mudah Membuat Pau Gebu

Resepi Mudah Membuat Pau Gebu

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 839 hits
Resepi mudah membuat pau gebuSemangat untuk membuat pau gebu berkobar kobar di saat Emak sudah siap sedia membeli tepung blue key yang memang sesuai sekali untuk dijadikan bahan utama untuk menghasilkan pau gebu Bahan bahan untuk membuat pa...
Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 756 hits
RESEPI SCONE KISMIS GEBU SIMPLE SEDAP Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Terima kasih atas sokongan anda semua Al kisah semalam petang hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam Cuaca sejuk te...
Resepi Urap Daun Kaduk Simple Dan Sedap

Resepi Urap Daun Kaduk Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 526 hits
Ramai yang tidak berapa kenal daun kaduk kan atau ramai yang tersalah anggap antara daun kaduk dengan daun sireh Ala jangan risau la sebab saya dulu pun hanya kenal daun sireh sebab mak hanya guna daun kaduk sewaktu membuat nasi ulam di bul...
Resepi Ayam Bakar Sihat Guna Air Fryer

Resepi Ayam Bakar Sihat Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 2558 hits
RESEPI AYAM BAKAR SIHAT GUNA AIR FRYER Hai korang Semangat ni semangat nak share resepi ayam bakar versi sihat Yang mana rasa nak diet tu sangatlah disarankan untuk follow Siapa cakap makanan macam ni tak sedap Sumpah sedap Korang wajib try...
Resepi Rendang Kerang Cili Padi Sedap

Resepi Rendang Kerang Cili Padi Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 523 hits
Resepi Rendgan Kerang Cili Padi Sedap Kerang ni adalah antara hasil membeli di Pasar Sungai Dorani tempohhari sewaktu menghantar Cik Meya balik ke Sabak Bernam Ni sebenarnya lebih pada balas dendam la kot sebab dalam 3 minggu sudah pergi ke...
Leona Sakat Rees Tentang Ciri Ciri Kekasih Hati Ramai Wanita Tak Keruan Asslamualaikum Adik Ipar

Another Knock For Zii Jia In Opener Defeat To Jun Hao

Over 190 People Evacuated From Flooding In Beaufort

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Dia Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai

Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun

Is Cooking With Ghee Healthy Or Unhealthy

How Businesses Can Stay Competitive


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Finger Sandwich Egg Mayo

Suasana Baru Bara Stulang Jb Port Mancing Sambil Makan Seafood

Notebook Diary Custom Printing Hadiah Korporat Eksklusif Untuk Pelanggan Staff

Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

Dalang Di Sebalik Dakwaan Sd Gesa Muhyiddin Undur Telah Dikenal Pasti

Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan