Resepi Rendang Daging Mudah Dan Sedap


Selamat Hari Raya. Tak sah sambutan hari raya jika tak menikmati hidangan tradisi Rendang Daging. Di Malaysia, ada pelbagai versi rendang yang boleh dicuba, antaranya Rendang Pedas, Rendang Tok, Rendang Minang dan beberapa lagi resepi rendang.

Walaupun ada pelbagai cara serta resepi menyediakan rendang ini, semuanya sedap-sedap belaka, dan bahan-bahan untuk menyediakannya tidak banyak bezanya. Post kali ini saya kongsikan satu resepi mudah dan sedap menyediakan Rendang Pedas Daging.
Resepi Rendang Pedas Daging Sedap dan Mudah
Resepi Rendang Pedas Daging yang akan saya kongsikan ini adalah tidak jauh bezanya dengan Resepi Rendang Ayam yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Cuma, dari segi penyediaan, anda mungkin perlu memastikan yang daging adalah empuk agar mudah untuk dijamah.

Jom, kita mula memasak Rendang Daging ni .. in Sha Allah, ia satu resepi yang mudah dan senang untuk disediakan.
Bahan-Bahan1 kg daging yang telah dihiris kasar.3 - 5 biji bawang besar.4 ulas bawang putih.Halia sebesar ibu jari. Kunyit hidup sebesar ibu jari. Sedikit lengkuas3 - 5 batang serai. Cili kering kerinting (pedas) yang telah dikisar lebih kurang 3 senduk. 500 gram santan segar. 200 gram kerisik.Seketul gula merah atau gula melaka saiz sederhana.1 - 2 helai daun kunyit.2 keping asam keping.3 - 4 helai daun limau purut.

Cara MemasakRebus daging anda terlebih dahulu, paling kurang dalam sejam setengah. Kalau ada periuk tekanan, boleh direbus dalam 30 hingga 40 minit. Kisar separa halus bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup.Tumis bahan-bahan dikisar dengan sedikit minyak (kurang 2 sudu besar).Apabila tumisan dah naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar.Masukkan pula gula merah/gula melaka dan kacau semuanya sampai sebati. Seterusnya, masukkan daging. Biarkan ia masak seketika dengan api yang sederhana.Masukkan santan dan teruskan untuk kacau sehingga pecah minyak.Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan juga asam keping.Gaul semuanya sehingga sebati, gunakan api yang kecil sahaja. Masak lama sikit tak apa sebab ia akan melembutkan daging. Akhir sekali, jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Jangan main tabur je ... rasa dulu ... itu sebab namanya secukup rasa.
Dah siap selesai.

Terus boleh dihidangkan untuk menjamu selera di Hari Raya. 
Tips Menyediakan Rendang Pedas Daging
Ok. Sedikit tips dan ubahsuai jika perlu.

Potong atau hiris daging melawan/melintang urat, agar ia mudah untuk dimakan. Jika tak ada gula melaka, boleh gunakan gula kabung atau kalau tak ada juga, boleh gunakan gula pasir biasa. Tapi serius, kalau nak sedap, elakkan guna gula biasa tu.Boleh gunakan santan kotak, gunakan 500ml atau gantikan dengan 1 tin besar susu cair.Jika guna susu cair, kena banyakkan kerisik. Ia akan memekatkan kuah serta rasa lemak rendang anda.Ketika nak hiris daun kunyit, asingkan tulang tengah daun kunyit tu ya. Ada yang main hiris je.Bila guna bawang besar tu, cari yang warnanya agak merah gelap. Ada kata ia lebih sedap.Jika nak kuahnya banyak dan rasa sedap, maka bahan-bahan tumisan perlu dilebihkan.Boleh juga tambah sedikit cili api dalam bahan-bahan dikisar untuk menambahkan lagi rasa pedas.Ada yang meletakkan biji jintan putih, jintan manis dan serbuk ketumbar ke dalam bahan tumisan. Ini akan menjadikan rendang pedas anda sedikit rasa berempah. Boleh ditambah dalam resepi di atas, cuma sukatannya dalam 1-2 sudu sahaja. Anda boleh kisar bersama bahan tumisan atau masukkan terus ke dalam masakan.
Amacam? Agak-agak boleh buat ke tak? In Sha Allah, tak susah mana pun. Suami-suami di rumah pun boleh masak resepi Rendang Pedas Daging ni.

Pasti sedap terangkat dan pedas sesuai dijamah dengan lemang, nasi impit, dan juga ketupat.

p.s: Memang ada pelbagai jenis rendang, dan cara memasak juga ada beberapa cara. Namun, asasnya sama sahaja seperti di atas. Bahan-bahan pula ada yang ringkas dan ada pula dipelbagaikan untuk menaikkan rasa rendang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hasrulhassan.com/2020/05/rendang-pedas-daging-sedap-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Panggang Madu Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Panggang Madu Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 346 hits
Resepi Ayam Panggang Madu Ayam memang menjadi bahan utama dalam pelbagai masakan Kadang kala kita tak perlu susah payah mencari resepi ayam apa yang sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga Teringat bila pergi ke pasar beli ayam panggang ma...
Resepi Ayam Masak Kurma Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Masak Kurma Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 289 hits
Resepi Ayam Masak Kurma memang tidak asing lagi menjadi masakan di setiap kenduri kendara dan juga majlis majlis lain Masakan ini juga sedap dihidangkan untuk berbuka puasa Saya suka masaknya sebab bahan bahan yang disediakan mudah di cari ...
Resepi Ikan Bakar Sedap Dengan Bahan Mudah

Resepi Ikan Bakar Sedap Dengan Bahan Mudah

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum Baru puasa ke 3 SA dah takde idea nak masak apa untuk berbuka jalan jalan kat FB tadi ternampak rezepi ni plak selalu buat ikan bakar kosong aje kan why not cuba buat ikan bakar cara ni plak aduhai tengok gambar ikan bakar n...
Sedap Dan Mudah Lasagna Daging Cheese Tertarik Ini Memang Padu

Sedap Dan Mudah Lasagna Daging Cheese Tertarik Ini Memang Padu

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 428 hits
Lasagna daging cheese ini memang layan habis Padu cheese tariknya Daging cincangnya berjus tak kering Mozzarella cheese dan kepingan cheddar cheese buat rasanya lebih mantap Penggemar lasagna pasti sukakan resipi mudah ini Ikuti resipi lasa...
Kway Teow Sup Untuk Anak Yang Jemu Nasi Resepi Campak Campak Mudah Sedap Sangat

Kway Teow Sup Untuk Anak Yang Jemu Nasi Resepi Campak Campak Mudah Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 294 hits
Anak kadang kadang bosan juga makan nasi bila dah bosan mula lah anak tak nak makan Ada je macam macam menu yang boleh di buat selain nasi iaitu antaranya kway teow sup Cara nak buat sangat mudah seperti perkongsian daripada bapa kepada 3 c...
Resepi Chicken Chop Sedap Dan Mudah

Resepi Chicken Chop Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 280 hits
Resepi Chicken Chop Setiap hujung minggu kami sekeluarga memang suka pergi ke pelbagai restoran untuk cuba merasai masakan yang berbeza beza Setiap kali saya pergi ke restoran jumpa je orang makan chicken chop Saya sebenar memang suka juga ...
Resepi Bebola Ayam Cheese Sedap Dan Mudah

Resepi Bebola Ayam Cheese Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 348 hits
Resepi Bebola Ayam Cheese Memang sudah lama teringin buat bebola ayam sendiri di rumah Sebenar makanan ni menjadi hidangan promosi KFC yang bila di belah dalamnya memang tampak mengujakan Jika di beli sendiri kat pasar pasti ia tak mahal ha...
Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 362 hits
Resepi Nasi Ayam Hainan Sebahagian anda mungkin belum mengenal nasi ayam hainan sebelumnya Nasi ini adalah masakan khas Tionghoa yang juga terkenal di beberapa wilayah di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Singapura Masakan olahan ayam hai...
Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 245 hits
Resepi Nasi Ayam Penyet bukanlah seperti yang kebanyakan kita kira ayam yang di penyek penyek Penyet berasal dari bahasa jawa yang artinya lumat Maksudnya bahan yang dipakai untuk masak di lumatkan Ayam penyet dihidangkan bersama sambal yan...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan