Resepi Rendang Daging Ala Chef Wan Serta Mengikut Citarasa Tersendiri
Hari yang ditunggu dan dinanti oleh seluruh umat islam akan muncul lagi jika dipanjangkan usia kita.
Setiap tahun seperti sedia maklum, kita akan menyambut Hari Raya Qurban bagi umat islam yang berkemampuan akan semestinya melakukan ibadah korban.
Manakala ada juga yang pening apakah hidangan sedap untuk sajian daging jadi diantaranya adalah Rendang daging tok atau Rendang daging chef wan mahupun sup daging. Ikutlah mana-mana resepi yang penting kena dengan tekak kita dan tetamu.
Persediaan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha seperti sedia maklum menu utama bagi hari raya korban adalah daging lembu. Jadi selain daripada rendang ayam, daging lembu juga sesuai untuk dijadikan rendang daging. Dibawah ini kami sediakan resipi Rendang Daging ala Chef Wan.
Bahan-Bahan
750 gram daging
1 sudu besar serbuk cili
200 ml santan
40 gram kerisik
Garam dan meggi cukup rasa
2 keping asam gelugor
1 sudu kecil Lada Hitam (tumbuk letak masa tumis)
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cwn minyak utk menumis
Gula melaka / Nise keret
sedikit air jika perlu
Ketupat Palas
Bahan Kisar
15 biji bawang merah (boleh tambah jika nak lebih)
5 ulas bawang putih
5 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup (jika tiada boleh pakai serbuk)
1 inci lengkuas
Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula atau nise keret satu keeping, garam dan meggi cukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat serta masukkan daun kunyit. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Ketupat Palas
Kalau boleh masak lama untuk jadikan daging lebih empuk dan lembut. Akhir sekali sudah boleh dihidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, ketupat atau pun lemang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sekejung.com/2020/07/resepi-rendang-daging-ala-chef-wan.html