Resepi Peria Goreng Anti Pahit




Resepi Peria Goreng Anti Pahit. Macam mana tu? Hahhaa… sila baca sampai habis, dan cuba tau resepi nie!
Siapa suka makan peria dan pernah cuba resepi peria goreng? Angkat tangan

Siapa yang langsung tak suka makan peria, sila angkat tangan!

Dan, siapa yang baru nak berjinak-jinak makan peria. Angkat tangan! Okay, kita ‘sep’ sikit!

Sebenarnya ramai yang tak suka menikmati sayur peria nie, termasuklah sis sendiri. Hahaa… Rasa pahitnya tu cukup menyeramkan anak tekak! Huhuu…huhh….

Namun, ada juga yang ketagihan dengan rasa pahitnya memandangkan khasiat peria yang tersendiri. Apa yang sis tahu, mempunyai kandungan antioksidan tinggi dan elok untuk kesihatan tubuh. Khasiat peria dipercayai mampu meredakan masalah sembelit, diabetis dan juga masalah pernafasan

Sis tak berapa tahan dengan rasa pahitnya tu, tapi kalau digayakan dengan tepat, memang hilang rasa pahit menyengatnya tu. Biasanya sis follow petua yang emak sis buat untuk menghilangkan kepahitan peria tu.


Petua Buang Pahit Peria

Salah satu cara yang emak sis ajar ialah dengan mencuci, meramas dan merendam peria dengan garam kasar. Rendam dalam air garam selama 30 minit, lepas tu bilaslah peria dengan air bersih


Kalau tak de garam kasar, garam halus pun boleh ya
Ada banyak masakan yang boleh kita gayakan dengan sayur peria, ikut selera masing-masing. Boleh masak tumis peria, letak udang, tempe dan sebagainya.

Kalau tanya sis, kebiasannya sis masak peria goreng pecah telur, menu favourite emak sis di kampung. Disebabkan PKP, dah lama benar tak dapat balik kampung, rindupun membuak-buak jadi sis share la dengan korang semua Resepi Peria Goreng yang digandingkan bersama telur hancur.

Resepi Peria Goreng Anti Pahit

Macam sis cakap tadilah, sebelum nak masak peria, kenalah buang rasa pahitnya tu. Korang kena ikut petua, atau cara nak hilangkan kepahitan terlebih dahulu ok.


Bahan yang diperlukan:

1 biji peria (bersaiz sederhana), potong nipis

2 biji telur (dipukul – sis guna garpu jer)

1 biji bawang merah (kecil)- dihiris halus

2 ulas bawang putih – dihiris halus

* (kalau nak letak cili padi, cili besar pun boleh – potong serong ke.. tumbuk pun boleh. Time nie, cili dah tak berapa hado huhuhuu)

Garam dan Maggi Cukup Rasa (secukupnya)

Sedikit kicap manis

Cara Memasak:

1. Belah dua peria, dan buang bijinya dan hiris nipis. (Cuci bersih dan gaul dengan garam kasar. Kemudian rendam sebaiknya selama 30 minit – kalau malas tak yah tunggu sampai 30 minit laaa… Lepas tu bilas sikit dan tapis )

2. Telur yang dah dipukul tadi, tambah sedikit garam (tak bubuh pun tak pe)
3. Tumis bawang merah dan bawang putih serta cili.

4. Kacau-kacau, bila dah mengharum, masukkan telur dan carik-carikkannya. (kalau nak angkat telur carik nie dulu, masukkan nanti pun boleh. ikut suka sendiri ok)

5. Kemudian masukkan peria tadi. Kacau-kacau kasi rata dengan bahan-bahan lain tadi.

6. Kalau kering sangat, tambahlah sedikit air masak. Masukkan garam ataupun Maggi Cukup Rasa, kicap manis secukupnya.

7. Kacau sampai peria tadi masak, kalau rasanya dah ok. Bolehlah tutup api

8. Okay, dah siap!!

Itulah Resepi Peria Goreng Anti Pahit yang boleh korang cuba. Actually, sajer jer sis letak nama tu, sebab sis anti dengan kepahitan rasa peria tu.

Tapi, setelah mempratikan cara yang emak sis ajar tu, okeylah tekak nie dah boleh menerima masakan peria. Walaupun bukan favourite, tapi mengenangkan makan peria nie bagus untuk kesihatan, ku telah jua! Ah! Gitewww… pahit-pahit sedap. Huuu..huu.


Kena pula ulam dengan cili padi tu. Lagilah 'terangkat' kaw-kaw sedapnya :))
Okaylah selamat mencuba Resepi Peria Goreng Anti Pahit cara sis ok. Sampai ketemu lagi.

Tata.

Lurve,
Sis Anie Mohamed



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2021/02/resepi-peria-goreng-anti-pahit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kupang Goreng Kunyit Berlada

Resepi Kupang Goreng Kunyit Berlada

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 605 hits
Rezeki dapat beli kupang lagi tapi kupang dalam pek Yang dah siap siap dibuang cengkerang dia Sebenarnya kurang gemar beli kupang jenis dalam pek sebab rasa dia macam kurang sikit Mungkin sebab keaslian rasa tu hilang bila cengkerang dia da...
Resepi Makaroni Goreng Daging

Resepi Makaroni Goreng Daging

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 697 hits
RESEPI MAKARONI GORENG DAGINGBAHAN BAHAN400 gram makaroni400 gram daging kisar ramly5 pcs Sosej di potong bulat2 biji bawang holand didadu4 ulas bawang putih ditumbuk halus5 6 sudu besar cili kisar blh tambah jika suka pedas1 2 cawan sos to...
Resipi Nasi Goreng Tumbuk Cili Kering Gaya Blogger Julia Johari

Resipi Nasi Goreng Tumbuk Cili Kering Gaya Blogger Julia Johari

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 346 hits
Teringat suatu tika dulu juju anak sulong selalu la kena kerah tolong ibu didapur Alah tolong kacau masakan didapur je Masa tu Darjah 5 6 Darjah 3 dan 4 aku selalu kena potong sayur dengan bawang Lepas dah buat kena vaccum satu rumah Kalau ...
Telur Goreng Kicap Pedas

Telur Goreng Kicap Pedas

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 429 hits
Telur Goreng Kicap Pedas Assalamualaikum Dah lama tak kongsi koleksi masakan daripada dapurcikash dekat blog ini Bab memasak dah rutin harian Cik Ash dekat dapur kadang tu kalau masak rajin mesti ambil gambar kalau malas tak adanya gambar h...
Padu Selamba Gadis Kebaya Ini Goreng Gitar Ramai Terpegun Padu Siaa Dia Goreng

Padu Selamba Gadis Kebaya Ini Goreng Gitar Ramai Terpegun Padu Siaa Dia Goreng

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 376 hits
Baru baru ini video seorang gadis bermain gitar telah mencuri perhatian ramai Melihat pada rakaman itu gadis berkenaan bukan calang calang bermain gitar dia siap goreng lagi Selain dari itu gaya selamba gadis tersebut yang berkebaya nampak ...
Album Belagu Bagai Goreng Pisang Panas

Album Belagu Bagai Goreng Pisang Panas

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 244 hits
Dua jam dilancarkan di pelantar digital album terbaru Dayang Nurfaizah berjudul Belagu berjaya menduduki carta nombor satu di iTunes sekali gus menjadikannya album penyanyi tempatan paling laris dijual Terharu dengan sokongan diberikan ke a...
Sebak Tengok Nenek Ini Masih Gigih Menjual Goreng Pisang Undang

Sebak Tengok Nenek Ini Masih Gigih Menjual Goreng Pisang Undang

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 249 hits
Kegigihan seorang nenek berniaga dikongsikan oleh pengguna Tiktok menggunakan nama sebagai Mat Haikal mendapat perhatian warganet apabila perkara itu juga mengundang sebak mereka Ini kerana nenek terbabit dilihat masih kuat untuk mencari re...
Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Warisan Leader Wants Macc To Probe Arifin Following New Expos

Legal Letter Warns Malaysiakini Of Contempt Proceedings Over Sabah Article

Siti Kasim History Never Lies Pas Is A Born Hypocrite Non Muslims Will Remain Kafir In Their Eyes

Senarai Nama Panglima Atm

Infaq Kasih X Usim Living Lab Perkasa Program Csr Wtckl

Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025