Resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese
Resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese ni aku reka lepas ketandusan idea nak makan apa pada waktu lunch untuk jamu anak-anak. Oleh sebab dah ambil heavy breakfast kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak telur rebus dan bukan telur mata untuk jaga kesihatan maka perut masih kenyang sehingga jam satu petang. Tak kan dengan jarak yang singkat nak makan nasi juga kan? Jemu la hai.
Nak masak untuk anak-anak pun kena ikut piawaian diaorang. Tak boleh pedas, tidak terlalu masam (baca tomyam) kena ada sup (baca ber air) dan kena sedap. Wow payahnya. Memang mencabar jadi mak. Siapa kata mudah meh aku luku kepala kau.
Resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese
Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese
Memang dah jadi kewajipan kena ada stok pasta dekat rumah. Tak kisah Spaghetti, angel hair, atau bentuk yang orang selalu buat Mac & Cheese tu. Paling kurang mendapat sambutan pasta bentuk Spiral tu. Tak boleh telan nok. Masa shopping groceries kebetulan ada sale Pasta Prego Buddies ni jadi beli la juga dengan sos Bolognese dalam botol tu.
Ada banyak shape Pasta Prego Buddies ni, ada bentuk Space, sport dengan animal tak silap aku. kalau silap abaikan je lah ye. Sos blognese dah lama habis maka timbul lah idea nak buat kuah Carbonara. Ala kuah putih pekat lemak tu. Jadi jom tengok resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese.
Kalau tak nak guna ni nak guna pasta lain ok juga
Resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese
Kalau ikut resepi Carbonara Cheese bahan perlu ada ialah susu segar dan sos carbonara dah siap dalam tin dan botol. Oleh kerana dua-dua benda penting ni tiada maka aku gigih nak buat dia terasa ala-ala carbonara juga tapi gantikan dengan keju. Ye keju keping tu. Menjadi jugak.
Makan semangkuk kecil ni pun dah kenyang
Sebelum aku teruskan kongsi cara-cara serta bahan-bahan diperlukan jadi baca tips di bawah ni supaya korang tak terlepas bahagian penting.
*masa rebus pasta sila simpan air rebusan pasta untuk kita nak pekatkan kuah pasta tu nanti. *boleh masukan cendawan, ayam, sosej atau apa sahaja bahan anda suka. lagi sedap. *makan semasa kuah panas untuk dapatkan kesedapan tertinggi.
Dah la tu jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuat Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese.
Dua genggam Pasta Prego Buddies atau sebanyak mana korang suka. Satu biji bawang merah, guna bawang Holand dikatakan lebih manis dan sedap. 2 ketul bawang putihSatu ketul Egg TofuSatu biji tomato Tiga keping keju jenama terpulang anda sukaSerbuk pati ayam
Cara-caranya ialah:
Rebuskan pasta sehingga el dente. Perghh sehingga lembut yang korang suka. dan asingkan dalam 3 seduk besar air rebusan. Kalau nak banyak kuah lagi banyak senduk la korang simpan.
Dalam kuali lain panaskan sedikit minyak dan tumis bawang yang dicincang sehingga garing dan jangan sampai hangit nanti pahit tak sedap. Ganggu rasa dia.
Masukan tomato yang juga di cincang. Tumis sehingga dia layu. Kemudian masukkan Egg Tofu dan hancur-hancur kan dalam kuali.
Lepas beberapa ketika masukkan air rebusan pasta tadi dan kacau sehingga mendidih. Masukan serbuk pati ayam secukup rasa. Dah mendidih masukan pula kepingan cheese tadi biarkan dia cair.
Semakin banyak keju dimasukan semakin lemak berkrim la kuah korang. Baru masukan garam sebab cheese aku guna ada rasa masin dan bau salai.
Biarkan mendidih dan kemudian siap. Boleh dihidang untuk anak-anak. Selamat mencuba.
Dalam kehidupan aku yang tak tentu arah waktu bekerja. Sambil siapkan entri blog sambil jaga anak dan kemas rumah dan memasak dan sapu sampah dan basuh kain. Aku akan pastikan anak-anak agar tetap kenyang perut. Ikut hati yang malas memang aku tapau je atau pun suh akak Café bawah rumah buat delivery. Setel. Apa pun menjadi mak adalah tentang menjaga keluarga dan memastikan mereka gembira. Chewah. Ok bye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/04/resepi-pasta-prego-buddies-Carbonara-Cheese.html