Resepi Lamb Chop Dan Sos Blackpepper Homemade Sangat Mudah
Bercerita tentang lamb pastinya ramai yang meminati dengan makan jenis ini. Pastinya pelbagai menu boleh disajikan dengan menggunakan lamb. Yelah dengan lamb grill, lamb chop, bbq senang kata dari hidangan melayu sehingga western
Kali ni Nora nak share dekat korang resepi Lamb Chop dengan home made Sos Black Pepper yang sedap pekat dan mudah disediakan juga disertakan sekali dengan baked potato. Maklumlah nak makan dekat kedai almost harga dalam rm20 dan ke atas
Bila dah cuba resepi ni pasti tak menyesal dan better buat sendiri dekat rumah dari makan di luar. Heheheh yang bestnya suami dan anak-anak pun menggemarinya
Bahan-Bahan Perapan Lamb :
3-4 slice lambSeulas bawang putihSesudu gula (better gula perang)Sedikit perahan lemon/cukaSecubit garamBlack pepperRosmery
Cara-cara :Tumbuk bawang putih dan lada hitam. Lumur pada lamb beserta gula, garam dan lemon. Perap seketika. Lagi lama lagi sedap
Baca juga resepi : Ayam Penyet dan Sambal Pedas
Sementara menunggu lamb diperap, bolehlah sediakan bahan-bahan untuk membuat sos black pepper. Ya, Lamb Chop memang sedap di makan dengan sos black pepper namun ada juga yang suka brown sos sahaja. Ok jom tengok cara Nora sediakan Sos Black Pepper homemade yang mudah dan sedap
Bahan-bahan Sos Black Pepper :
Bawang holland di potong daduSos black pepper any brandBlack pepper kasarBlack pepper halus2 sudu buttercupGula2 cawan susu segar / airGaramSedikit tepung jagung untuk pekatkan kuahSedikit kicap pekat untuk warna yang gelap
Cara-cara :
Cairkan butter dan tumis bawang holand sehingga layu. Masukkan susu dan blend sehingga lumat. Kemudian masukkan semula dalam periuk masak dengan api yang sederhana. Masukkan bahan sos black pepper, black pepper kasar, black pepper halus, kicap pekat, gula dan perasankan dengan garam. Kacau sebati. Bancuhkan sedikit tepung jagung dan masukkan ke dalam sos tadi. Siap! Boleh dihidangkan bersama lamb chop
Di samping itu, korang juga boleh lengkapkan set lamb chop dengan hidangan Baked Potato yang simple dan sedap
BAKED POTATO
Bahan-Bahan Baked Potato :
2-3 biji kentangDaging cincangBawang merah (potong dadu)Bawang putih (potong dadu)Mix vegi @ carrotCheddar cheeseMozarella (optinal)
Cara-cara :Rebus kentang separuh masak. Tumiskan bawang masukkan daging cincang kacau sebati dan masukkan mix vegi dan perasakan
Kentang yang telah di rebus, diambil isinya dibahagian tengah dan campur ke dalam daging tadi
Cedok daging yang dah siap masukkan ke dalam kentang dan letakkan cheddar cheese dan mozarella di atas
Bakar sehingga masak
Baca juga resepi : Ikan Baung Masak Lemak Cili Padi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ummizarra.com/2020/05/resepi-lamb-chop-dan-sos-blackpepper.html