Resepi Mee Rebus Paling Menyelerakan Dan Ringkas


Resepi Mee Rebus Paling Menyelerakan dan Ringkas 8 Adakah anda sukakan resepi mee rebus? Jika anda penggemar mee, pasti anda pernah mencuba mee rebus. Terdapat pelbagai resepi mee rebus, bagaimanapun ada resepi mee rebus yang memuaskan selera anda dan ada yang tidak. Pastinya anda tercari-cari resepi yang mudah, sedap dan yang kena dengan selera masing-masing. Salah satu resipi mee rebus yang wajib dicuba adalah resepi mee rebus daging dan resepi mee rebus Haji Wahid dengan kuah likat dan sedap. Artikel kali ini menerangkan cara masak resepi mee rebus paling menyelerakan.
Resepi Mee Rebus Daging Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi mee rebus daging:
1/2 kg daging – direbus empuk & hiris nipis. Boleh ganti dengan ayam, kerang atau udang 1kg ubi keledek oren – direbus, tos & kisar dengan air. Boleh lebihkan jangan kurang. Nanti kuah tak pekat. Mee kuning secukupnya 5 sudu makan rempah kari daging – dibancuh dengan sedikit air 1 paket kecil serbuk cili – dibancuh dengan sedikit air 5 sudu makan gula – jika suka manis, boleh tambah 1 sudu makan garam 3 sudu makan sos cili Sedikit bahan perasa Air untuk kuah – ikut kepekatan yang disukai. Agak-agak sahaja jangan cair. 2 senduk minyak masak untuk menumis 2 biji bawang besar 3-4 ulas bawang putih 5 sudu makan udang geragau 1 paket kecil taucu Sawi – celur Tauge Telur rebus Cili besar & cili padi Bawang goreng Tauhu – goreng dan hiris nipis Cucur Resepi Mee Rebus Paling Menyelerakan dan Ringkas 9 Cara penyediaan dan masakan:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga agak garing. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan sos cili, daging (boleh juga masukkan ayam, kerang, udang), keledek kisar dan juga air (air masukkan sedikit demi sedikit. Tak nak cair nanti tak sedap.) Masak kuah hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Angkat kuah, hidangkan bersama mi dan bahan sampingan. Cara buat cucur undang untuk mee rebus:
2 cawan tepung gandum 2 cawan air 1 sudu teh yis Sedikit serbuk kunyit Sedikit daun kucai 1 sudu teh gula Sedikit garam Cara penyediaan dan masakan:
Satukan semua bahan dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak cair dan tidak pekat. Peram adunan selama 30 minit hingga 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak. Kredit: Mariana Zainal
Resepi Mee Rebus Haji Wahid Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi mee rebus Haji Wahid:
2 kilo mee kuning, dicelur 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel 4 biji keledek, direbus dan dikisar 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar 3 ulas bawang putih, dikisar 3 biji bawang merah, dikisar 1 inci halia, dikisar 1/2 cawan udang kering, dikisar 3 batang serai, dititik 1 inci lengkuas, dititik 5 sudu makan rempah kari daging Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya, minyak untuk menumis 1/2 cawan udang kering, dikisar 80g tepung gandum ¼ sudu serbuk kunyit garam air secukupnya minyak untuk menggoreng tauhu yang digoreng, dipotong kecil daun sup, dimayang bawang goreng telur rebus, dibelah dua lada hijau, dipotong bulat taugeh, dicelur limau kasturi, dibelah dua Resepi Mee Rebus Paling Menyelerakan dan Ringkas 10 Cara penyediaan dan masakan:
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering. Kredit: Haji Wahid
Soalan FAQs Berkenaan Resepi Mee Rebus Apakah rempah yang digunakan dalam kedua-dua resepi mee rebus? Rempah kari.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/resepi-mee-rebus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resepi Puding Paling Top 2024

10 Resepi Puding Paling Top 2024

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 373 hits
1 Puding Roti MarbleBahan Bahan 6 cawan air1 tin susu sejat1 tin susu pekat2 sb tepung kastard 2 pek serbuk agar agar tanpa warna 6 keping roti1 biji telursecubit garam2 sb butterCara cara Potong roti kecil kecil dan blend bersama 1 biji te...
Resepi Mee Champa

Resepi Mee Champa

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum Hi korang SA adalah penggemar menu yang berasaskan mee mee goreng mee kari mee sup mee celup dan resepi kat bawah ni adalah Mee Champa SA x tau la Mee Champa tu mee apa tapi SA perasan rupa parasnya macam mee celup SA masih ...
Himpunan Resepi Sardin Telur Pecah Resepi Sahur Mudah Dan Ringkas

Himpunan Resepi Sardin Telur Pecah Resepi Sahur Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 267 hits
Resepi sardin telur pecah Menyambut bulan puasa ramai yang mencari idea juadah sahur yang mudah cepat dan mengenyangkan untuk memulakan hari dengan tenaga berlebihan Himpunan ini menawarkan pilihan sajian ringkas yang pasti memuaskan selera...
Resepi Ikan Selayang Rebus Goreng Sambal

Resepi Ikan Selayang Rebus Goreng Sambal

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 221 hits
Resepi Ikan Selayang Rebus Goreng Sambal Assalamualaikum Hai Rasanya dah lama Cik Ash tak kongsi resepi masakan dekat blog ni kalau tak silap last bulan januari aritu Ikan selayang rebus goreng sambal merupakan hidangan yang lazat dan mudah...
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri

4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 378 hits
4 Resepi Ketupat Yang Menyelerakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 43 Suasana hari raya Aidilfitri pada tahun ini adalah tidak lengkap jika tiada makanan yang enak dan lazat untuk dijamu bersama sama keluarga dan tetamu yang datang Antara rese...
Resepi Mee Jawa

Resepi Mee Jawa

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni dah 2 April 7 hari lagi kita nak raya kan apapun hari ni SA nak share resepi mee jawa yang SA ambil dari group masakan FB dan cuba sendiri hari tu adik SA masakkan ikut resepi alhamdulillah sedap dan menjad...
30 Rekaan Sampul Duit Raya Bank 2024 Mana Satu Paling Lawa

30 Rekaan Sampul Duit Raya Bank 2024 Mana Satu Paling Lawa

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 416 hits
Rekaan sampul duit raya daripada Bank 2024 Nak bagi duit raya tak akan nak bagi begitu sahaja Kenalah ada sampul raya baru cantik sikit Betul tak Nak tukar duit baru kenalah pegi tukar di bank jadi jom kita selongkar antara koleksi sampul d...
Bukan Bts Atau Blackpink Lelaki Ini Dilapor Penyanyi Paling Kaya Dalam Industri K Pop Kini

Bukan Bts Atau Blackpink Lelaki Ini Dilapor Penyanyi Paling Kaya Dalam Industri K Pop Kini

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 312 hits
Kalau cakap tentang kumpulan K Pop paling popular nama BTS BLACKPINK atau TWICE pasti akan meniti di bibir orang ramai Artikel Berkaitan Namun begitu menurut laporan dari Ten Asia Park Jin young atau juga dikenali sebagai JY Park adalah pen...
Hakim Mk Arief Hidayat Pilpres 2024 Paling Hiruk Pikuk Ada Pelanggaran Etik Hingga Isu Cawe Cawe Presiden

Hakim Mk Arief Hidayat Pilpres 2024 Paling Hiruk Pikuk Ada Pelanggaran Etik Hingga Isu Cawe Cawe Presiden

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 217 hits
hakim semula hendak memanggil Jokowi untuk meminta keterangan Namun dibatalkan demi menghargai kepala negara
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Living Intelligence The Next Frontier In Ai And Biotechnology

Sambal Ikan Bilis Lembut

Gabungan Melayu Zahid Presiden Dr Sam Timbalan Presiden

Heed Cj S Views Nazri S Criticism Illogical

Jakim Lodges Report On Offensive Fb Comment Posted During Pak Lah S Funeral

Hygr Apologises Over Personal Care Ad On Lrt Coaches