Resepi Mee Kari Kuah Meletop




Kali ini Adajew Dot Net nak berkongsi Resepi Kuah Mee Kari Meletop. Bukan meletup bom yew, ibarat pedas betul-betul punya. Peminat mee kari boleh lah cuba masak. Harap mee kari saja meletup, jangan lain yang meletup.
Bukan saja bahan-bahan yang admin kongsikan, cara masak pun admin kongsi, boleh lihat di bawah.


Bahan-Bahan:3-4 labu bawang merah besar5-6 ulas bawang putih1 inci halia1 ekor ayam atau 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil, lepas tu lumur dengan serbuk kunyit)40-80g kerisek (peket kecil)Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga2batang serai (diketuk)1/2 cawan air asam jawa1 senduk cili kisar (wajib letak)2-3 peket kecil serbuk kari daging (adabi/maksiti)100ml santan pekat (kara atau ayam brand 200ml)Kiub ikan bilis, kiub ayam , garam.Air secukupnyaKentang/lobak merah (optional)
Bahan Lain:Sayur sawiTaugehMee kuningFish ballFish cakeTauhu popDaun sup, bawang gorengTelur rebus
Cara Masak:1. Kisar bawang merah, putih, halia. Tumis bahan kisar tadi bersama serai, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga. Agak kekuningan dan naik minyak, masukkan cili kisar 1 senduk kuah sahaja ye.

2. Tumis sehingga pecah minyak, seterusnya masukkan rempah kari daging, bila kering tambah sedikit sahaja air, perlahankan api, biarkan dia mendidih dan pecah minyak dengan sempurna.

3. Masukkan kentang, lobak merah, beserta ayam yang dilumur dengan kunyit tadi. Biarkan sehingga mesra. Bila dah kering tambah sedikit lagi air, api masih perlahan ye jangan kuatkan api dapur, kalau nak kuahnye masak dengan cantik dan sempurna.

4. Bila kentang, lobak merah, dan ayam dah masak, kuah mendidih elok, kacau perlahan masukkan air asam, masukkan sebungkus kerisek, dan juga santan. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Jangan letak berlebihan nanti kuah agak pucat. Kuah pekat, tambah air agak-agak sahaja. Jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat.

5. Masukkan kiub ikan bilis, ayam, dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu pop, fish ball, fish cake, sayur sawi dan didihkan dia dalam 5 minit lagi baru tutup api.

Nota:Cume mekza nak pesan lagi sekali, masak kari ni jangan pasang api kuat-kuat. Masa menumis pun api sederhana aje, bila dah masuk ayam, air, santan semua tu terus perlahankan api. Biar lambat pun takpe, sebab dia akan masak dengan elokSantan tu pulak jangan tuang sekotak tu, masukkan sikit-sikit lepas tu kacau, tengok warna dia cantik merah tak payah letak dah. Jangan letak santan banyak-banyak sampai kuah tu jadi macam masak lemak cili api, pucat aje. Cili kisar tu wajib letak, takde cili kisar guna serbuk cili pun boleh.

Nanti jangan lupa komen dan share artikel ini, ilmu kita kena kongsi kerana semua ilmu ini adalah ilmu Allah S.W.T dan wajib kita kongsi antara satu sama lain, tidak mengira usia dan bangsa.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/07/resepi-mee-kari-kuah-meletop.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Kari Sedap Di Warung Kuyoe

Mee Kari Sedap Di Warung Kuyoe

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 709 hits
Selepas beriadah di Tasik Pelindung Kami sambung makan makan di Warung Kuyoe yang terletak di belakang Stesen Minyak Petron Beserah Sampai kat warung sini menu utama akan dicari adalah Mee Kari Jika ingin sampai ke warung Kuyoe ini korang k...
8 Cara Kurangkan Rasa Masin Kuah Kari Tanpa Perlu Tambah Air

8 Cara Kurangkan Rasa Masin Kuah Kari Tanpa Perlu Tambah Air

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 585 hits
Pernah tak tiba tiba lauk kari anda terasa masin Ini mesti gara gara terlebih garam Tapi jangan panik Anda masih boleh kurangkan rasa masin kari tersebut tanpa perlu tambah air Bagi anda yang baru belajar memasak garam seeloknya ditaburkan ...
Resepi Pulut Kuah Durian Padu

Resepi Pulut Kuah Durian Padu

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 761 hits
Kali ini admin ingin berkongsi dengan anda resipi pencuci mulut di mana bahan nya dari buah durian kebetulan sekarang musim durian di Malaysia Banyak resipi yang boleh dibuat dari buah ini Ada resipi tradisional dan ada juga resipi moden ya...
Udang Harlok Resepi Mak Hani

Udang Harlok Resepi Mak Hani

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 540 hits
Sebabkan menu Udang Harlok tadi tak ada resepi Disini Mak Hani sediakan resepinya
Kerabu Kerang Betul Ke Bohong Jom Intai Resepi

Kerabu Kerang Betul Ke Bohong Jom Intai Resepi

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 556 hits
Kerabu Kerang Betul Ke Bohong Jom Intai ResepiKadang2 sesuatu yang diviralkan tak semesti tak elok Macam kerabu kerang ni
Sarapan Khamis Mee Goreng Telur Mata

Sarapan Khamis Mee Goreng Telur Mata

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 414 hits
Hi korang Dah Khamis dh hari ni kan esok last day kerja then weekend lagi Boss SA cuti tapi secretary cuti dah abis so jangan banyak bunyi sila datang kerja tak bermakna boss cuti SA xde kerja kerja masih ada no relaks nak relaks pi shoppin...
Mee Bandung Udang Restoran Sri Saujana Bertam Putra Kepala Batas

Mee Bandung Udang Restoran Sri Saujana Bertam Putra Kepala Batas

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 351 hits
Restoran Sri SaujanaRestoran Sri Saujana Bertam Putra Kepala Batas ni special sikit sebab selain makanan ala thai nasi goreng di restoran ni juga ada menu mee bandung Segala jenis mee bandung ada Tapi yang ditonjolkan oleh owner restoran ni...
Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Viral Mudah Dan Sedap Untuk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Viral Mudah Dan Sedap Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 586 hits
Bukan sahaja orang dewasa malah kanak kanak juga menggemari masakan ayam goreng kunyit rangup macam yang dijual di kedai makan Sesuai untuk dimakan bersama nasi panas atau dimakan dengan begitu sahaja sajian ini mendapat tempat di hati rama...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scammer Dari Kalangan Mangsa Kemalangan Jalanraya

Gubernur Indonesia Malu Karena Ketergantungan Besar Pada Malaysia Untuk Kebutuhannya

Video Mawar Rashid Make A Wish Sebelum Tiup Lilin Dikritik Netizen

Saiful Apek Saya Ditahan Berpunca Isu Pergaduhan

Nak Tengok Muka Saja Pemandu E Hailing Didakwa Cuba Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan

Dia Tenung Saya Lama Wanita Kongsi Pengalaman Seram Check In Hotel Di Jepun Temui Lelaki Sembunyi Di Bawah Katil Hotel