Resepi Mee Bandung Muar Yang Bikin Menitik Airliur
Resepi Mee Bandung Muar Yang Bikin Menitik Airliur | Mee Bandung amat terkenal di Muar. Bila terbayang menu resepi mee bandung, terus terasa kemanisan udang dan bahan lain bersama kuah yang agak pekat. Mee Bandung ni juga boleh dianggap sebagai salah satu makanan yang sedap dengan pengemar yang ramai.
Hinggakan kalau ke Johor memang tak sah kalau tak pekena mee bandung Muar ni. Terkenal mee bandung sampaikan sana sini menjual mee yang seakan sama. Cuma bila makan di luar agak kuranglah sikit bahannya tu. Nak best, buat sendiri kat rumah dan letak udang,sotong dan bahan lain sebanyak mungkin.
sekadar gambar hiasan dari Google
Nak dapatkan keenakan mee bandung muar asli memang agak sukar. Agaknya sebab tu ramai yang suka masak pakai mee bandung muar ni guna pes perencah je. Ish, mana boleh macam tu. Tak best. Mujurlah bila di Google masih ada pihak yang sudi berkongsi resepi mee bandung seakan original asli dari Muar Johor untuk diikut. Bolehlah masak sendiri kat rumah.
Dalam banyak-banyak resepi, saya rasa terliur dengan menu Mee Bandung Muar dari Kak Azie Kitchen. Mee Bandung hasil dari resepi Kak Azie kita ni nampak terangkat habis! Bila lihat sekali imbas, seakan mee bandung jawa dan mee rebus pun ada.
Menurut Kak Azie, Mee Bandung ni lebih kurang sahaja dengan Mee Hailam. Cuma Mee Hailam perlu ditambah sos sos dan kicap yang pelbagai tu yang menjadikan warnanya gelap serta penggunaan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Bahan bahan dan rencah yang digunakan hampir sama sahaja.
Sedap sangat Mee Bandung ini terutama dengan penggunaan udang kering yang menjadikan kuahnya amat menyelerakan. Dengan bahan bahan yang dicampak ke dalamnya menjadikan hidangannya sangat mewah.
Resepi Mee Bandung Muar | Bahan Dan Cara Untuk Masak
Bahan bahan:
1 bungkus mee kuning4-6 ekor udang basah1-2 ekor sotong - potong bulat50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
Sawi
Hirisan daging (tak letak)
Air rebusan daging (guna kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur
Bahan Kisar:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih5 tangkai cili kering
Bahan hiasan:
3 keping tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/limau nipis
Cara- cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.
Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.
Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.
Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.
Nota:kalau tak nak letak kacang pun tak apa, tapi lebihkan udang kering untuk memekatkan kuah
Rasa kuah mee bandung manis manis pedas.
Jika dilihat pada bahan dan cara-cara untuk masak Resepi Mee Bandung Muar ni tak adalah rumit sangat. Nampaknya nak kena beli daging dan udang pastu minta cik puan isteri tolong masakkan Mee Bandung Muar ni untuk makan kat rumah. Rasanya menu ni kalau untuk hari raya pun okay juga.
credits : aziekitchen.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.abangrock.com/2020/02/resepi-mee-bandung-muar-yang-bikin.html