Resepi Masakan Untuk Kebahagiaan
السلام عليكم peace be upon you
Dah cukup lama tak update blog.haih.
nak kata ada kekangan masa, mungkin ya. tapi bak kata yang sama maksud dari che' ben, kalau niat dah betul, usaha tak kena tempat
pun tak boleh juga. mohon faham.hehe..
Entri ni ditujukan buat kenalan & sahabat yang dah
membina baitulmuslim seperti cik puan sunah dan khasnya yang baru nak membina; sebagai peringatan bersama. bukan mudah. awalnya manis, jangan hujungnya masin pula. ok?
eh. Bab masak, kalau takde resepi, main belasah je kadang tak menjadi. mesti ada asbab yg membolehkan resepi tu layak dimakan. mengadun, menguli, menggoreng. semua ni proses yang kita gunakan bagi menggabungkan semua intipati bahan mentah tu untuk menjadiakn ia satu bentuk sebatian baru. MAKANAN.
Begitu juga baitulmuslim. ada resepinya yang boleh kita rujuk.
supaya output kepada semua ni, adalah barokah. redha-Nya. cakap banyak tak guna. ni resepinya. selamat memasak dalam kehidupan~
Bahan-bahan:
3Kg penuh pegangan sebagai seorang muslim kepada Allah.
2Kg Rasa cinta & sayang kepada Allah dahulu. dan kemudian, Nabi.
2Kg sebuku kitab al-Quran & ilmu di dalam hati sebagai panduan.
1Kg rasa cinta & sayang kepada makhluk kerana Allah.
1Kg rasa kesyukuran dan ketaqwaan.
4 cawan rasa tanggungjawab sebagai khalifah-Nya dan suami.
3 cawan daya penambat hati buat isteri.
2 cawan kemesraan & gurau senda yang benar yang berasaskan iman.
2 cawan keyakinan, dorongan & sokongan dalam diri.
2 cawan berbudi bahasa
2 cawan bertolak ansur/ toleransi antara kelebihan & kekurangan pasangan.
2 gelas ucapan terima kasih.
1 sukatan peruntukan kewangan yang menjauhi pembaziran.
4 cawan pengucapan meminta maaf walau dipihak yang benar.
secubit rasa perkongsian pendapat & teguran dengan insan yang arif perihal ilmu kekeluargaan dalam Islam.
Cara Penyediaan:
1. adunkan bahan pertama, kedua & ketiga dan yang terakhir
sekali dalam mangkuk iman hingga sebati.
2. bahan yang selain darinya, diadunkan secukup rasa dalam
mangkuk amal.
3. ketika mengadunkan semua bahan ni, akan timbul rasa cemburu,
curiga, sikap pemarah, mengkritik yang negatif, dan dendam
pada permukaan adunan. asingkan dan buang.
4. campurkan bahan dari setiap mangkuk yang telah bersebati tu
dalam 1 mangkuk yang besar. mangkuk ASWJ. adunkan kesemuanya
dengan istiqamah.
5. siap diadunkan dengan sebati, masukkan mangkuk tadi dan
panaskan dalam ketuhar takut akan larangan & peringatan
Allah.
6. apabila isinya cukup mengembang, keluarkan dan sejukkan dalam
peti sejuk kisah2 nikmat syurga-Nya.
7. setelah dipastikan isinya lembut dan anjal, hiaskan dengan
anak-anak yang kecil yang diajarkan Apa itu Allah dan agama
Islam. Bagaimana nak cantikkan, ikutlah selera dan kemampuan
masing-masing berasaskan quran, hadith & sunnah.
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi Muhammad SAW Bersabda
yang bermaksud:
" Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi."
(HR al-Bukhari dan Muslim)
semoga Allah redha dan.. selamat memasak ! ;)
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://fadzli-rt.blogspot.com/2014/01/resepi-masakan-untuk-kebahagiaan.html