Resepi Makanan Thai Miang Pla Pao
Resepi Masakan Thai Miang Pla Pao. Yang ini versi melayu sikit kut sebab saya share resepi dari Puan Zila di FB. So, kita ikut je lah step by step dia nak hasilkan Miang Pla Pao yang selama ni pernah dengar dan tengok tapi tak pernah makan.
Sejarah Miang Pla Pao ni asalnya masakan negara Thai dari kawasan selatan, kalau tak silap. Khabarnya, di Kelantan, ada restoran yang menyajikan sajian ini. Sangat sedap. Selain ikan talapia, boleh juga menggunakan ikan siakap, aneka makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan bermacam-macam lagi. Paling penting, sosnya harus sedap.
Kalau dah namanya Miang Pla Pao, tak aci kalau makan dengan nasi tau, kena makan dengan suhun @ bihun tu jugak. Okay 👍👍
Gambar hiasan
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan
Resepi Makanan Thai Miang Pla Pao
Miang Pla Pao zilazzz version.. 🤪sy share resepi kat bawah 👇kot rajin cubalah buat, sedapppp.. 🤣 - kata owner resepi ni
Gambar hiasan
Resepi sos hijau :
bawang putih 4 ulasdaun ketumbarcili padi hijau 10biji + cili besar hijau 2 biji (klu nak pedas lg boleh lebihkan)gula melakaair limau nipis agk² sendirisos ikan 3 sudu (klu tawar boleh tambah)air masakblend lumat semua bahan di atas
Resepi sos merah :
sos cili thai 1 sendukcili padi merah 4 biji (potong kecik)bawang putih 3 ulas (cincang halus)daun ketumbar (cincang)air limau nipis agak² sendiri1sudu gulacampurkan semua gaul sebati
Resepi ikan:
ikan Talapia merah / siakap kelar serong sampai ke tulang.
gaul kunyit, garam, cukup rasa n tepung jagunggoreng garing.
Sayur-sayuran / ulam:
Salad, timun jepun, tomato ceri (td nak beli xde, so guna jela tomato biasa), nak bubuh sayur lain pon boleh asalkan hampa makan, jgn utk ambik gambor sajerrr.. 😏bihun/suhun
Nak hias mcm mana, boleh dapatkan idea dari gambar tu.
p/s : bg kak zila mkn miang pla ni campur dua² sos ni memang sedap sangat.. ikut pandai hampa, nak makan guna sos mna klu tak rajin nak buat dua² buat la mna yg hampa suka.
Kredit : Zila Nur Aril Baca : DIA TAK PERNAH MENINGGALKANMU WALAUPUN SESAAT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kisahresepi.com/2022/03/resepi-makanan-thai-miang-pla-pao.html