Mesti Cuba Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai
Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai. Lauk kegemaran kami sekeluarga, asal keluar kat thai restoran mesti mintak siakap 3 rasa kaw punya. Nak tahu rasa dia ada ala Thai, korang tengok la tukang masaknya. Kalau cakap pelat tebal orang pantai timur especially Kelantan, insya Allah jadi la rasa ala Thai dia. Jika tidak, jadi macam kita masak sweet sour kat rumah. Haha.. kalau dah biasa survey makanan Thai ni, korang dapat rasa perbezaannya.
Hidangan dalam gambar tu picture yang diambil sewaktu kami makan siakap 3 rasa ala Thai. Cuba korang tengok kuah dan hiasan dia.. dah tahu dah rasanya amatlah sedap!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan
Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai
Siakap 3 rasa yang ala Thai, di mana ikannya di goreng rangup, dan sosnya memang terasa dengan sos Thai dia yang ada masam-masam sikit.
Bahan-bahan:
* 1 ekor ikan siakap
* 1 batang serai – dihiris nipis* 1 biji bawang besar – dipotong dadu* 3 ulas bawang putih – dicincang halus* 1 inci halia – dicincang halus* 1 biji cili merah* 3 biji cili api* 1/2 biji timun* 1 biji tomato* 1 potong nenas* 4 helai daun limau purut* Sedikit daun sup
Bahan sos:
* 3 sudu besar cili kering
* 3 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu sos tiram
* 2 sudu sos ikan
Cara-cara menyediakan siakap 3 rasa ala Thai:
1. Lumur ikan dengan garam dulu kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup. Goreng. Pastikan minyak panas betul-betul sebelum menggoreng
2. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah dan serai
3. Masukkan cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu. Saya letak sikit je sebab tak tahan pedas
4. Masukkan 3 sudu cili kering. Biar sekejap bagi cili kering tu masak
5. Masukkan sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak
6. Masukkan 1 cawan air dan biar sehingga kuah pekat. Kemudian masukkan sos ikan
7. Masukkan pula daun limau purut, timun, tomato dan nenas
8. Siap dan tuangkan ke atas ikan yang dah siap digoreng tadi
Selamat mencuba
Baca : DIA TAK PERNAH MENINGGALKANMU WALAUPUN SESAAT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kisahresepi.com/2022/03/mesti-cuba-resepi-siakap-3-rasa-ala-thai.html