Resepi Lempeng Kelapa Juadah Nostalgia Kampung Halaman
Apabila memasak juadah minum petang lempeng kelapa mesti teringat juadah nostalgia kampung halaman yang di masak oleh emak waktu kecil dahulu. Lempeng kelapa inilah yang biasa di buat oleh emak waktu pagi sebelum dia pergi ke kebun menoreh getah. Berebut aku adik-beradik makan walau hanya di cicah gula.
Resepi Lempeng Kelapa, Juadah Nostalgia Kampung Halaman
Kadang-kadang apabila ada lebih sambal tumis atau kari semalam kami cicah dengan lempeng kelapa tu. Kalau tidak cukup hanya sekadar cicah gula. Masakan emak semuanya rasa sedap di tekak. Samalah seperti anak-anak aku sekarang. Semuanya sedap walau hanya masak masakan simple dan tak cukup bahan serta main campakcampak di kuali saja.
Lempeng kelapa @ tepek nyor ( panggilan orang kampung aku) ni aku buat untuk minum petang pada suatu hari pada awal-awal PKP bulan 3 hari tu. Masa tu dah buntu nak masak apa. Stok barang dapur banyak habis dan tak sempat nak pergi beli. Terbit idea nak buat lempeng apabila ada tepung dan tengok ada kelapa parut beku dalam peti ais. Maka terjadi lah lempeng kelapa.
Resepi lempeng kelapa ni ataupun tepek nyor ni aku campak-campak saja dalam bekas dan gaul sebati. Tapi nak letak di blog ini, aku hasilkan resepi yang boleh di gunapakai kalau ada yang tak berani nak campak-campak macam yang aku buat.. hehe
Resepi Lempeng Kelapa, Juadah Nostalgia Kampung Halaman
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum1/2 biji kelapa parut2 cawan air Sedikit garamSedikit gula
Cara-cara membuat lempeng kelapa:
Masukkan tepung ke dalam sebuah bekas. Masukkan kelapa parut ke dalamnya. Kelapa parut ini, kalau dapat kelapa yang muda dan bahagian yang putih sahaja lagi bagus. Tapi kelapa parut yang biasa pun boleh. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sehingga menjadi pekat dan likat. Tak terlalu cair dan sepekat buat cekodok
Panaskan pan atau kuali dan lenser dengan sedikit minyak. Masukkan sesenduk adunan dan leperkan kepada tebal atau nipis yang di kehendaki.
Apabila telah garing sebelah, terbalikkan sebelah satu lagi. Masak sehingga garing kedua-dua belah lempeng kelapa. Buatlah berulangkali sehingga mendapat beberapa keping lempeng kelapa.
Dah siap, bolehlah di hidangkan dan makan dengan pencicahnya. Iaitu samada makan lempeng kelapa bersama sambal tumis. gulai kari ataupun sekadar cicah dengan gula.
Inilah lempeng kelapa yang mengimbau nostalgia kampung halaman. Teringat mak dan bapa di kampung. Sekarang dah PKPP, boleh balik kampung tapi biar dulu, tak nak tempuh kesesakan lalu lintas. Laluan dah tenang nanti aku nak balik kampung.... haihh!
p/s: Sebenarnya pun kereta nak buat pemerikasaan menyeluruh dulu, almaklum kereta dah bertahun usia, kenalah servis dulu... huh!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/06/resepi-lempeng-kelapa-juadah-nostalgia-kampung-halaman.html