Resepi Lemang Periuk Kera Masak Nasi Dalam Periuk Kera Di Hutan Sarawak



Jika anda membeli atau menemui Periuk Kera di hutan anda mungkin ingin membaca resepi lemang periuk kera versi Rosedavidline. Nama saintifik Periuk Kera ini adalah Nepenthes, yang merupakan sejenis tumbuhan karnivor kerana ia memakan serangga yang terperangkap di dalamnya. Sebenarnya ada banyak jenis periuk kera. Ada yang boleh digunakan untuk memasak tetapi ada juga yang berbisa. Jadi anda kena hati-hati ya. Jika anda melihat video ini,ini adalah jenis periuk kera yang biasa terdapat di Malaysia yang boleh digunakan untuk memasak lemang atau pulut.

Rosedavidline

Lemang periuk kera adalah makanan tradisional orang Sarawak dan orang Malaysia secara umumnya. Bagi kami orang Sarawak, memasak lemang di dalam periuk kera bukanlah dilakukan setiap hari atau selalu. Ia biasanya dilakukan pada musim perayaan seperti Hari Gawai atau hari-hari tertentu sahaja. Tetapi kami juga memasak lemang periuk kera apabila kami teringin sangat memakannya, maksudnya kami sudah terlalu lama benar tidak memakannya. Lagipun proses mencari periuk kera bukan mudah. Kita kena pergi ke hutan untuk mencarinya dan bukan semua hutan ada periuk kera. Periuk kera juga merupakan sejenis tumbuhan yang semakin pupus. Sebab itu saya hanya mengambil yang bersaiz besar sahaja dan membiarkan yang kecil untuk terus membiak banyak.

Di satu hari saya dengan ayah pergi ke hutan untuk melihat sesuatu. Hutan ini tidak jauh dari rumah, hanya tidak sampai 30 minit berjalan kaki. Tetapi agak meletihkan juga sebab ia terletak benar-benar di atas bukit yang curam. Secara kebetulan saya menemui periuk  kera dan bermulalah kisah saya memasak lemang dalam periuk kera. Tetapi saya tidak memasak lemang atau pulut di sini. Saya hanya menggunakan beras biasa.

Proses memasak dengan periuk kera tidak susah. Pada mulanya saya hanya membersih bahagian luar dan dalam, jangan lupa untuk membuang bahagian yang tajam. Apabila sudah bersih benar barulah anda mula memasukkan bahan-bahan masakan. Pada pendapat peribadi saya, rasa masakan lebih sedap menggunakan tumbuhan ini berbanding lemang biasa.

Bahan-bahan masakan Lemang Periuk Kera:
1.       Daging (apa sahaja pilihan anda)
2.       Beras yang direndam semalaman
3.       Cendawan
4.       Daun ubi kayu
5.       Garam, MSG
6.       Mixed herbs

Saya campurkan semua bahan masakan kecuali beras. Saya masukkan berasa terlebih dahulu kemudian bahan masakan lain.  Jangan lupa masukkan sedikit air supaya ia cepat masak. Jika anda lihat di sini, saya memasak menggunakan buluh. Kebiasaannya orang memasak periuk kera menggunakan steamer sebab ia cepat dan mudah. Satu lagi tips, memasak beras pulut lebih cepat masak berbanding beras biasa. Saya bukan tukang masak professional ya, saya cuma memasak secara suka-suka. Anda dibenarkan untuk menggunakan bahan-bahan dan resepi sendiri



Di dalam video saya ini, saya minta maaf banyak-banyak sebab banyak part yang terlepas, sebab telefon saya jatuh. Lagipun pada ketika itu hari hujan sepanjang hari. Kebetulan pula pokok durian besar dengan buah-buahnya sekali berada benar-benar di atas kepala saya. Sebenarnya saya hampir lupa terdapat banyak durian di situ ketika penggambaran tersebut. Sebiji buah durian nyaris-nyaris jatuh di atas kepala saya, ia jatuh selepas beberapa saat saya mengalihkan diri. Syukur saya masih selamat. Kepada pembaca jangan jadi macam saya. Selalulah berhati-hati terutamanya ketika hujan dan juga di hutan, apalagi jika ia musim durian. Namun di sebalik peristiwa itu, saya disajikan dengan rasa durian yang paling enak sekali yang pernah saya makan dari pokok tersebut. Terima kasih pokok durian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sambalserai.com/2020/04/resepi-lemang-periuk-kera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Cara Mudah Buat Lemang Guna Tin Minuman Boleh Masak Dalam Pengukus Rice Cooker Atau Periuk Noxxa

Lagi Cara Mudah Buat Lemang Guna Tin Minuman Boleh Masak Dalam Pengukus Rice Cooker Atau Periuk Noxxa

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 1113 hits
Ada cara senang buat apa ikut cara susah kan Kalau teringin makan lemang dah tak perlu keluar beli atau susah payah bakar Sekarang ada saja cara kreatif yang lagi mudah dikongsi oleh netizen untuk menyediakan makanan tradisional ini Antara ...
Resepi Mudah Simple Cara Masak Nasi Arab Mudah Cepat Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

Resepi Mudah Simple Cara Masak Nasi Arab Mudah Cepat Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 746 hits
Berjaya juga masak sendiri nasi arab ni Kalau tak asyik teringin teringin dan teringin je Nak elakkan dari terus teringin kita cuba ajelah masak sendiri kan Bukan tak boleh nak beli cuma malaslah nak ke sana Inipun buat guna beras biasa je ...
Resepi Leher Ayam Masak Butter Creamy

Resepi Leher Ayam Masak Butter Creamy

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 433 hits
Resepi Leher Ayam Masak Butter Creamy Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai reader semua Cik Fatin memang suka makan leher ayam sebab bahagian ini tak banyak isi Anda semua jangan heran This is a content summary only Visit my website for fu...
Resepi Dan Cara Masak Sambal Udang Harimau

Resepi Dan Cara Masak Sambal Udang Harimau

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 1370 hits
Resepi Dan Cara Masak Sambal Udang Harimau Kita share resepi lagi dalam blog kisahresepi com ini dan kali ini saya nak kongsi masak sambal udang harimau Biasa udang galah kini udang harimau pula Mahal jugak harga udang harimau sekarang ni T...
Jom Cuba Resepi Lemang Guna Air Fryer Ini Senang Cepat Rasa Sama Macam Lemang Bakar

Jom Cuba Resepi Lemang Guna Air Fryer Ini Senang Cepat Rasa Sama Macam Lemang Bakar

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 511 hits
Yang ada air fryer itu boleh try sendiri small Cover image via Facebook Mang Tuppy Fan Kuching small Penggunaan air fryer semakin hari semakin popular di Malaysia Rata rata rakyat kita kini memiliki peralatan itu untuk digunakan sebagai ala...
Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Rempah

Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Rempah

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 578 hits
Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Rempah Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai reader semua Hari ni Bonde nak kongsikan menu ringkas dan mudah kegemaran Kanda dan Cik Fatin Stok hati dan This is a content summary only Visit my website for ful...
Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging

Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 914 hits
Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging Sarapan apa pagi ni kekawan Cuba tengok kat peti sejuk korang apa yang ada Saya pun tak pasti nak masak apa untuk breakfast sebab dah tepu otak memikirkannya Kat bucu kabinet ada sebung...
Resepi Masak Lemak Gajus Dengan Sotong Yang Terkenal Di Pantai Timur

Resepi Masak Lemak Gajus Dengan Sotong Yang Terkenal Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 1237 hits
Resepi Masak Lemak Gajus Dan Sotong Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bila tibanya musim buah gajus pastinya resepi ini akan menjadi pilihan tambah pula untuk orang pantai timur masam Sha Tinggal di Perak agak susah nak dapat buah gajus J...
Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Ala2 Resepi Mamasab Bakery

Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Ala2 Resepi Mamasab Bakery

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 1066 hits
Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh PahangBahan Bahan1 ekor ikan patin1 senduk tempoyak1 ikat daun kesum1 batang bunga kantan7 15 biji cili api nak pedas tambah ler1 inci kunyit hidupAirGaramGulaCara Memasak Masak Ikan Patin Ikut...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru