Resepi Kurus Dan Sakit Kaki
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua... Bonde ada terbaca di FB Page Habibah Badar Bajrai tentangResepi Kurus Dan Sakit Kaki, Jadinya Bonde nak kongsikan di sini untuk pembaca blog Bonde.
Dalam masa yang sama, Bonde juga mengamalkannya. Untuk kurangkan berat badan dan masalah sakit kaki. Sebab itulah Bonde tertarik nak cuba resepi yang dikongsikan... yang menariknya anda boleh ...
Hilang berat badanHilang lemak berlebihanHilang buncit macam mengandung 4 bulanHilang sakit kaki yang berlarutanHilang sakit lutut yang selalu ragut keselesaan
Yang turun 10 ke 15 kilo tu memang senang sesangat. Tapi lagi luar biasa, bila ada beberapa orang yang berat lebih 3 angka, boleh turun lebih 40 kilo tau
Yang sakit kaki pun gitu
Dari duduk masa sembahyang, dah boleh sembahyang diri (seperti biasa)Dari yang jalan sikit kaki dah sakit, dah boleh jalan jauh sedikitDari lutut bisa bisa, dah boleh naik tanga
Keyword dia, kena minum air rebusan ni secara KONSISTEN. Sebab ni seme bahan natural jek. Ambik masa sikit baru nampak hasil
Yang penting, jangan pandai pandai ubah resepi. Wajib guna Kayu Manis Ceylon, kayu manis asli
Kayu manis biasa tu tak sesuai untuk minum hari hari. Nanti boleh tingkatkan risiko rosak hati
Madu pula, make sure madu asli. Madu tak asli tu campur gula. Nanti badan tak kurus, sakit kaki tak hilang, diabetes menjelma, penyakit lain yang datang
Resepi Kurus Dan Sakit Kaki
Bahan-bahan yang diperlukan
1 Liter air2 Batang serai7 Biji cengkih1 Batang Kayu Manis Ceylon3 Hiris halia di ketuk1 Biji lemon1 Sudu Madu
Cara-caranya :
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu
Minum ketika masih suam sebelum makan
Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok
Hasilnya
Power Rangers!! Dah la kurus, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi detox gak
Dekat bawah ni pulak khasiat bahan-bahan yang digunakan
KAYU MANIS CEYLON (KMC)- kayu manis sebenar (true cinanmon)- mengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)- mengurangkan kolesterol- membantu melambatkan proses penuaan- merawat nafas berbau- kurangkan kadar gula dalam darah- mampu kuruskan badan
SERAI- turunkan berat badan- kurangkan kolesterol dan gula dalam darah- turunkan tekanan darah tinggi- buang toksin dari badan- bantu pencernaan- ada citral yg boleh merawat kanser
HALIA- buang angin dalam badan- kurangkan bau hamis darah ketika haid- buang angin dalam badan- tingkatkan tenaga batin- rawat pengaliran darah yang ada masalah- panaskan tubuh
CENGKIH- rawat masalah pernafasan- bantu sistem pencernaan- panaskan tubuh- ada euganol yang berfungsi untuk cegah darah beku dan cegah sakit jantung dan stroke- sumber antioksidan yang jaga kesihatan kulit dan wajah
MADU ASLI- tingkatkan antibodi badan- tambah stamina- cantik kan kulit- perangi bakteria dalam badan- cegah penuaan- tingkatkan penyerapan nutrisi dalam badan
LEMON- lancarkan pencernaan- bersihkan darah- pecahkan lemak di badan- bantu tingkatkan stamina
Akhir kata dari penaja, cuba, jangan tak cuba. Kalau tak cuba, takkan berjaya
Kredit : casadiab.casadiab
Selamat Mencuba semua
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bondezaidalifah.com/2023/02/resepi-kurus-dan-sakit-kaki.html