Resepi Kuih Semperit Kastard Lahhh Senang Je Rupanya Nak Buat Pun


Kuih Semperit kastard ni bukan Fiza buat. Bagitau sesiap, nanti kang ada yang komen pandai Fiza buat kuih semperit. Kalau ada yang komen gitu nampak sangat tak membacanya pun. Haha..berhati-hati jangan sampai kantoi. Hahaha..

Boleh tak nak cakap, baru tahu ada kuih semperit kastard. Betapa noob je alahaii. Berapa tahun dah beraya baru tahu ada kuih semperit kastard? Ke selama ni pernah makan tapi tak tahu. Iyelah kan, beraya rumah orang mana ada label nama-nama kuih. 

Kalau ada, memang rare lah tuan rumah label nama kuih dekat bekas kuih raya. Melainkan dia hidang guna packaging asal siap berlabel (kalau beli). Fiza baru tahu sebab baru tahun ni lah terjebak beli kuih raya (jenis biskut) sendiri. Sumpah tak tipu

Selama ni jenis tak berapa buat kuih raya sangat. Buat kerepek pisang dan cookies mana yang mudah macam cornflakes cookies, cornflakes madu, popiah nestum tu je. Itupun kuantiti sedikit. Tak buat banyak sebab raya balik kampung dan weekend pun jarang ada rumah pergi beraya atau balik kampung

So bila orang nak datang, tak ada orang kat rumah macam tu. Kuih yang buat tu pun bawa balik kampung. Cuma tinggal sikit untuk kat rumah sendiri. Kot kot ada tetamu datang tetiba kan. 
Sesungguhnya Fiza tak pernah cuba buat kuih semperit. Kuih semperit kastard apatah lagi. Jenis orang boleh masak lauk pauk je. Kuih muih masih di tahap membimbangkan. Risau betul kalau buat nanti termasuk dalam kategori 'masak apa tak jadi harini'

Dia punya fobia nak membuat kuih dan kek-kek tu masih terasa lagi. Ajak husband pergi Mydin nak beli kuih raya. Sebenarnya nak cari tart nanas. Dia punya teringin tak boleh bawak bincang. 
Dah masuk Mydin, mata sibuk mencari kuih tart. Berakhir dengan kehampaan sebab kuih tart yang dicari satu pun tak ada! Siapalah yang memborang kuih tart entah

Takpe! Cari kuih lain. Nampak kuih semperit. Kuih favourite juga ni sebab suka jenis semperit rangup. Beli lah kuih semperit. Masa tu tak baca label lagi. Ni jenis main ambik je. Musim PKP kan, kena cepat membeli grab apa yang depan mata walaupun masuk Mydin tak ada had waktu boleh masuk berapa lama. 

Mungkin sebab kamiorang pergi masa sejam lebih lagi nak tutup. Tak ada orang sangat. Tapi Mydin nak tutup dah kot. Nak berlama-lama kenapa pulak kan

Cerita dia, balik rumah nak makan baru baca label 'Kuih Semperit Kastard'. Kastard? Sejak bila semperit ada kastard? Nasib kau lah Fiza oii tak tahu nama kuih ni dah upgrade taraf kluster kayangan kastard

Sekali rasa, sedap oiiii! Hilang terus persepsi Fiza terhadap kuih beli tunjuk-tunjuk ni. Dulu selalu fikir kuih beli-beli kat luar ni macam kurang sedap sebab buat dari kilang kan. Yang homemade lagi sedap. Itu memang tak dapat dinafikan lah

Rupanya sedap juga kuih beli ni. Mungkin tak semua lah. Kira boleh recommend lah untuk kau orang beli kuih Semperit Kastard kat Mydin tu. Kira sedap lah ikut citarasa Fiza. Kuih lain tak pasti sedap ke tidak

Boleh je nak beli kalau nak cuba rasa. Harga pun tak mahal sangat. Seingat Fiza RM14.15 untuk sebekas macam ni. Kira berbaloi jugalah. Mungkin juga sebab lepas raya dia jual murah


Dah tahu ada kuih semperit kastard, terus google resepi semperit kastard. Tengok dekat youtube buat orang lapo. Lahhh, senang je rupanya nak buat pun

Resepi Biskut Semperit | Semperit DahliaBahan-Bahan  
250gm Mentega
150gm Gula Aising
1 Telur Kuning
1 sk Esen Vanila
250gm Tepung Cookies
150gm Tepung Kastad
30gm Tepung Jagung Hiasan
Gula
Urai Coklat
Urai Ceri
Ingredients  250gm Butter 150gm Icing Sugar 1 Egg Yolk 1 tsp Vanilla Essence 250gm Cookies Flour 150gm Custard Flour 30gm Corn Flour
Decoration :
Sprinkles
Chocolate Rice
Cherry

Nak lebih mudah membuatnya, boleh tengok video resepi biskut semperit dari youtube buat orang lapo. Bila tengok resepi ni rasa macam nak cuba buat. Cari bahan-bahan dululah ye. Selamat mencuba.

Credit : Buat Orang Lapo



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/06/resepi-kuih-semperit-kastard-lahhh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seronoknya Dah Tahu Resepi Donut Simple Dan Sedap Rupanya Senang Ja Buat Sendiri

Seronoknya Dah Tahu Resepi Donut Simple Dan Sedap Rupanya Senang Ja Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 339 hits
Salam dears Salah satu hikmah PKP bagi Mama ialah daripada jarang memasak jadi terpaksa memasak setiap hari Terutama sekali masa tengah PKP dulu dan bilangan kes Covid 19 masih tinggi masa tu Mama was was nak beli makanan dari luar Dan dise...
Resepi Kuih Talam Labu Papling Senang Dan Paling Sedap

Resepi Kuih Talam Labu Papling Senang Dan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 633 hits
Sebagai seorang penggemar labu saya memang mencari cari resepi labu yang senang untuk di cuba Dari kuih muih sampai la ke lauk pauk yang menggunakan labu semuanya saya suka Yang paling saya suka ialah kuih Talam LabuFoto instagram Lydyatjah...
Tip Nak Buat Lantai Rumah Bersih Berseri Senang Je Rupanya

Tip Nak Buat Lantai Rumah Bersih Berseri Senang Je Rupanya

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 625 hits
TIP NAK BUAT LANTAI RUMAH BERSIH BERSERI SENANG JE RUPANYA Musim virus menyerang ni kerja mak jadi bertambah kan Lagi lagi dalam hal kebersihan rumah dan kawasan sekeliling Mop lantai kalau dulu 2 kali sehari sekarang mungkin dah jadi banya...
Johor Nak Bertukar Kerajaan Lagi Bubar Dun Jer Senang

Johor Nak Bertukar Kerajaan Lagi Bubar Dun Jer Senang

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 324 hits
Sumber yang dekat dengan kepemimpinan Bersatu Johor mengakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu berada dalam keadaan tidak menentu sekarang Bercakap kepada Malaysiakini sumber itu mendedahkan PN boleh kehilangan Johor jika ada...
Resepi Pencuci Mulut Dan Kek Senang Dan Mudah Untuk Beginner

Resepi Pencuci Mulut Dan Kek Senang Dan Mudah Untuk Beginner

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 812 hits
Resepi Pencuci Mulut Pemula Kek dan pencuci mulut walaupun selalu dipandang kecil namun cukup menguntungkan untuk bisnes Resepi Pencuci Mulut dan Kek Senang dan Mudah untuk BeginnerTidak perlu menghadiri kursus membuat pencuci mulut yang ma...
Nak Ke Tandas Pun Tak Sempat Anak Asyik Nak Melekat Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Rasa

Nak Ke Tandas Pun Tak Sempat Anak Asyik Nak Melekat Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Rasa

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 283 hits
Ada sesetengah ibu bapa yang gusar kerana anak mereka akan kerap meragam terutamanya jika ditinggalkan Baru saja nak bangun mulalah dia menangis macam dipukul Kadang kadang nak ke tandas pun jadi masalah Biasanya keadaan ini berlaku pada us...
Berebut Lagi Rupanya Siapa Bakal Pm Bila Engkau Orang Nak Insaf Rakyat Dah Muak

Berebut Lagi Rupanya Siapa Bakal Pm Bila Engkau Orang Nak Insaf Rakyat Dah Muak

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 251 hits
Menurut berita yang diperolehi oleh Sin Chew Daily PH Plus dalam fokus pemilihan calon Perdana Menteri memperlihatkan yang PH telah mencalonkan Pengerusi PKR DS Anwar Ibrahim tetapi mantan Perdana Menteri Tun Mahathir masih mahu mencalonkan...
Buat Cili Kering Kisar Halus Tak Berbiji Tangan Tak Pijar Nak Buat Pun Senang

Buat Cili Kering Kisar Halus Tak Berbiji Tangan Tak Pijar Nak Buat Pun Senang

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 342 hits
Para ibu lebih suka menyediakan semua bahan masakan lebih awal bagi memudahkan mereka untuk memasak kemudian Cara ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja kerja di dapur Salah satu bahan masakan yang akan dibuat sendiri adalah cili k...
Pesan Pada Pasangan Keluarga Isi Medical Id Dalam Phone Ada Kecemasan Senang Nak Cari Waris

Pesan Pada Pasangan Keluarga Isi Medical Id Dalam Phone Ada Kecemasan Senang Nak Cari Waris

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 338 hits
Di zaman teknologi yang serba canggih ini pastinya setiap isi rumah memilik telefon pintar untuk memudahkan urusan seharian Malah kini telefon pintar merupakan satu keperluan wajib bagi setiap orang Melalui telefon pintar kita dapat berhubu...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan