Resepi Kari Udang Yang Lazat




Kari udang merupakan hidangan yang menggoda selera yang terkenal di dalam masakan Malaysia. Dengan perpaduan rasa yang kaya dan rempah-rempah yang harum, hidangan kari udang ini telah menjadi kegemaran ramai.

Keunikan Rasa Kari Udang
Udang yang lembut dan 'succulent' terendam di dalam kuah kari yang pekat, memberikan perasaan lazat yang memanjakan lidah.

Keunikan rasa dari campuran rempah seperti kunyit, cili, bawang merah, dan bawang putih menjadikannya sebagai hidangan yang memikat hati para pencinta masakan pedas dan beraroma.

Nota: "Succulent" dalam konteks ini merujuk kepada tekstur makanan yang lembut, juicy, dan berair. Dalam hidangan kari udang, udang yang "succulent" akan terasa lazat lembu, dan penuh dengan rasa.

Istilah ini biasanya digunakan untuk menggambarkan makanan yang mengandungi banyak air dan menjadikan setiap gigitan terasa sangat memuaskan di mulut

Artikel Lain:  Resepi Karipap Berintikan Kari Kentang

Jom Cuba!
Resepi Kari Udang 



Berikut ini adalah resepi ringkas untuk memasak Kari Udang yang sedap:

Bahan-bahan:

300g udang, dikupas dan dibersihkan

1 biji bawang besar, dicincang halus

2 ulas bawang putih, dicincang halus

1 inci halia, dicincang halus

2 sudu besar rempah kari (boleh menggunakan rempah kari siap atau buat sendiri)

Rempah 4 beradik (kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga)

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk cili

200ml santan pekat

1 batang serai, diketuk

Daun kari (secukupnya)

Minyak masak

Garam secukup rasa

Air secukupnya



Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali di atas api sederhana.

2. Tumis rempah empat beradik. Setelah berbau harum, masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia hingga harum dan keemasan.

3. Masukkan rempah kari, serbuk kunyit, dan serbuk cili. Kacau rata dan biarkan rempah masak hingga terbit minyak.

4. Masukkan udang ke dalam kuali. Tumis udang sehingga berubah warna menjadi merah dan separuh masak.

5. Tuang santan pekat ke dalam kuali. Kacau rata dan biarkan santan mendidih.

6. Tambahkan daun kari, serai, dan sedikit garam. Kacau perlahan dan biarkan kari masak dengan api kecil selama 5-10 minit, atau sehingga udang masak sepenuhnya dan kuah kari pekat.

7. Jika kuah terlalu pekat, anda boleh tambahkan sedikit air untuk mendapatkan konsistensi yang diinginkan.

8. Setelah udang masak dan kuah pekat, matikan api.

9. Sajikan kari udang panas dengan nasi putih atau nasi lemak.

Itulah resepi ringkas untuk memasak Kari Udang yang sedap. Korang boleh menyesuaikan bahan dan rempah mengikut selera sendiri. Selamat mencuba

Baca Juga: Resepi Lempeng Kelapa Sedap

Tips Menghasilkan Kari Udang Yang Lazat!
Berikut dikongsikan juga beberapa tips mudah untuk menghasilkan menu yang sungguh lazat ini:

Pilih Udang Berkualiti Tinggi

Pilih udang yang segar dan berkualiti tinggi. Pastikan udang masih dalam keadaan segar, bersih dan bebas dari bau yang tidak sedap.

Rempah-Rempah Berkualiti

Gunakan rempah-rempah berkualiti tinggi seperti serbuk kari dan kunyit. Korang juga boleh menggunakan rempah kari yang dibuat sendiri untuk citarasa yang lebih segar.

Tumis Rempah-Rempah dengan Sempurna

Tumis rempah-rempah seperti bawang besar, bawang putih, dan halia dengan sempurna sehingga terbit minyak dan harum. Ini akan memberikan dasar rasa yang kaya pada kuah kari


Baca Juga: Resepi Ayam Masak Merah

Jangan Terlalu Kuat dengan Cili

Jika tidak suka pedas menyengat, elakkan daripada menggunakan terlalu banyak serbuk cili. Tambahkan secukupnya untuk memberikan rasa pedas yang menyelerakan tanpa 'mengcoverpower' rasa lain.

Kepekatan Kuah

Pastikan kepekatan kuah kari adalah seimbang. Korang boleh menyesuaikan kepekatan kuah dengan menambahkan sedikit air jika perlu.

Santan Berkualiti Tinggi: Gunakan santan pekat yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan kekayaan rasa yang 'superb'. Korang juga boleh menggunakan santan dari kelapa segar untuk rasa yang lebih autentik.

Pastikan Udang Tak Terlebih Masak

Udang mudah masak, jadi pastikan untuk tidak memasaknya terlalu lama. Udang yang masak sempurna akan menjadi lembut dan juicy.

Rasa yang Seimbang

Sentiasa periksa dan tambah garam secukup rasa. Korang juga boleh menambahkan sedikit gula, kicap manis atau "Cukup Rasa" untuk menyeimbangkan rasa pedas dan rempah-rempah.

Tambahkan Daun Kari dan Serai

Daun kari dan serai memberikan aroma segar dan unik kepada hidangan kari udang. Tambahkan sedikit untuk meningkatkan cita rasa hidangan.

Biarkan Rasa Meresap

Biarkan hidangan kari udang duduk sebentar selepas dimasak. Ini akan membolehkan rasa rempah-rempah meresap ke dalam udang dan kuah, memberikan rasa yang enak lebih mendalam.

Sentiasalah menyesuaikan resepi ini mengikut selera peribadi korang . Selamat mencuba memasak kari udang yang lazat!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2023/08/resepi-kari-udang-yang-lazat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Karipap Inti Kari Kentang

Resepi Karipap Inti Kari Kentang

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 261 hits
Resepi Karipap Karipap merupakan sejenis kuih yang tak lekang oleh waktu dan salah satu variasi yang amat popular adalah karipap inti kari kentang Korang kena cuba Resepi Karipap yang sungguh lazat ini Kelazatan Karipap Inti Kari KentangDen...
Resepi Kari Ayam Pekat

Resepi Kari Ayam Pekat

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 280 hits
kari ayamBAHAN BAHAN 12 ketul ayam2 biji kentang potong 41 1 2 labu bawang besar saiz besar hiris6 ulas bawang putih hiris3 inci halia hiris1 asam keping1 kotak santan kotakAir secukupnya10 sudu besar rempah kariKayu manis bunga lawang buah...
Kari Kambing Simple Dan Sedap

Kari Kambing Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 208 hits
Salam hujung minggu Setelah beberapa minggu huru hara kehidupan berumah tangga dek kerana sibuk dengan kerja hakiki dan tambahan sebagai pejabat RO Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke 15 baru baru ini Rindu nak masak dengan sempurna ...
Enam Resepi Roti Mudah Untuk Sarapan Pagi

Enam Resepi Roti Mudah Untuk Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 388 hits
1 Resepi Roti JohnBahan bahan Roti putih 5 biji telurGaramLada putihDaging cincangSos pilihanCara cara menyediakannya 1 5 biji telur dikocak rata Perasakan dengan garam dan lada putih 2 Masukkan daging cincang Boleh ganti hotdog filet ketam...
Ketagih Maggi Kari Air Tangan Sa

Ketagih Maggi Kari Air Tangan Sa

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum Ketagih ke Yer katanya bila dia nak makan maggi kari air tangan SA bukan nak puji diri sendiri ye ni SA citer jer En Tunang suka makan maggi kari yang SA masak bertambah tambah dia makan kalau SA buat lepas tu dia bising sal...
5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam

5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 268 hits
Cara masak nasi ayam ni macam senang Tapi entahlah kadang kadang bila buat nasi ayam rasa macam nasi ayam kami tu kurang kick Erm banyak kali juga kena try and error cara masak nasi ayam sampai kena dengan selera kami sekeluarga Contents 5 ...
Restoran Kari Kambing 40 Hari Yong Peng

Restoran Kari Kambing 40 Hari Yong Peng

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 302 hits
Percutian ke Johor kali ni kami tak beria pun rancang aktiviti Plan asal nak bercuti santai santai saja dan nak pergi rumah kakak di Senai Singgah makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari ni tidak termasuk dalam senarai tempat kami nak pergi ...
Resepi Pulut Pagi Kelantan

Resepi Pulut Pagi Kelantan

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 293 hits
Assalamualaikum Lama dah rasanya Cik Nor tak kongsi resepi campak campak Cik Nor Hari terasa macam rajin pulak nak kongsi resepi mudah pasti korang teringin nak buat Resepi pulut pagi Kelantan Tak tahulah korang biasa makan ke tak Tapi tak ...
Resepi Pecel Terung

Resepi Pecel Terung

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum guysss Banyak sebenarnya kejadian di bulan Ogos yg ai dah snap sampai dah nak meletop handphone cuma malas je nak mengarang ayat Jadi hari ni ai try letopkan satu2 dengan berkongsikan resepi pecel terung ni dulu Macam biasa ...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord