Resepi Homemade Pretzels
Pernah tak uolls masuk shopping mall, dari jauh dah bau roti wangiii dan menyelerakan ... Yesss..bau pretzel kan....kalau pergi mall tak beli pretzel rasa menyesal pulak bila balik rumah. Tapi tapi tapi ...harganya mahallah sikit bagi orang yang tak mampu. Lagi lagi kalau beli yang ada caramel sos tu. Mampu ambik bau je lah ...hihi :)
Okay, kalau gitu apakata try resepi Homemade Pretzels yang tak mengecewakan ni. Boleh bagi anak-anak dan seisi rumah makan-makan waktu petang sambal layan tv.
Untuk hidangan berbuka puuasa atau lepas solat terawih pun sangat-sangat sesuai.... Sure tak cukup punya ... minta dibuatkan lagi adalah....ajomm...
Uolls nak pakai manual ke, nak pakai mixer ke, nak pakai TM6 ke, mana-mana pun OK, Jangan rasa rigid sangat, Yang penting rasa sedap dan happy cooking .. Bismillah...
RESEPI HOMEMADE PRETZELS
Bahan-Bahan
2 cawan susu segar1 1/2 sudu besar yis6 sudu besar gula perang4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)4 1/2 cawan tepung gandum2 sudu kecil garam halus1/3 cawan baking soda3 cawan air suam1/4 cawan garam kasar8 sudu besar mentega (dicairkan)
Cara-CaraSuamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.Masukkan mentega dan gula.Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.Preheat oven ke 230ºC.Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.Renjis dengan garam kasar.Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.Sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya.
Kredit : SedapTube
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lamanqaseh.com/2017/09/resepi-video-homemade-pretzels.html