Resepi Gulai Daging Dengan Ubi Badak Dan Juga Tips Untuk Elakkan Ubi Badak Berlendir
Salam semua. Selamat tahun baru, ramainya buat entri khas sempena naik tahun baru 2019. Semoga baik - baik sahaja tahun ini, buat kalian semua ya. Syukur alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik, masih dikelilingi dengan ahli keluarga yang tersayang serta sahabat handai yang baik - baik.Semoga dapat bertemu insan yang baik- baik sahaja
Untuk entri pertama pada tahun baru, teruskan dengan gambar tertunggak tahun lepas ok.
Bulan musim tengkujuh lepas. seperti biasa ubi banyak dijual, dah musim hujan kan, kalau tak gali nanti buruk. Di antara ubi yang popular pada musim tengkujuh ini adalah ubi badak, errr tak tahu korang kenal ke tidak, pernah dengar tak hii. Sebab ada orang ini kali pertama dengar ubi badak. Kot korang panggil lain kan. :)
Ubi badak ni tak sure kalau nak buat jenis kuih, kuih apa, tapi biasanya sejak kecil tengok bonda masak gulai daging dengan ubi badak. Tiba musim ubi badak mulalah rindu nak makan, Lama dah tak buat. Seperti biasalah bab masakan dulu - dulu ni kena memang menuntut ilmu lah dengan bonda, paling tidak kita belajar, begitulah. Tak adalah kita terkial - kial rindu nak makan tapi tak pandai masak. Betul tak.
Bonda banyak belajar dari arwah ibu mertua gulai daging ubi badak. Kalau nak sedap lagi, arwah nenek ada masukkan kelapa bakar yang dari tempurung tu bakar sampai hangus wangi dan kemudian ditumbuk halus, masukkan ke dalam gulai lagi sedap. Kemain susah nak bagi sedap ke orang makan
Hargailah masakan warisan turun - temurun kan
Gulai ubi badak ni, elok guna daging yang bahagian urat baru sedap. Orang dulu - dulu tak mampu nak beli daging, jadi guna lah daging bahagian urat, tapi kan memang daging bahagian urat yang sedap.
Ubi badak memang sifatnya berlendir, tengah potong kiub pun berasa kat tangan berlendir, jadi ada tips la juga ya semasa nak masukkan ubi badak ke dalam gulai. Nanti baca kat bawah ya.
Cuba lah buat, entah ada lagi ke jual ubi badak, masuk lah kita orang kampung makan menu macam ini. :). Jemput tonton video di my you tube channel. Jemput subscribe juga. Terima kasih.
Resepi Gulai Daging Dengan Ubi Badak Dan Juga Tips untuk Elakkan Ubi badak Berlendir
Bahan - bahan
2 labu bawang merah besar atau 7 ulas bawang merah kecik *
1 inci kunyit *
1 inci lengkuas *
5 tangkai lada kering *
1 sudu teh ketumbar disangai dan ditumbuk halus
300 gm daging yang telah diperap dengan garam
5 cawan santan
Ubi badak 642 gm di potong dadu * baca tips di bawah
2 sudu besar kerisik ditumbuk halus
Gula melaka 1/2 keret
2 keping asam gelugur
Bahan yang bertanda * diblend halus
Cara - cara
1. Pertama sekali daging dihiris sederhana nipis dan diperap dengan garam
2. Biarkan sekejap kat luar sebelum simpan dalam peti bawah, kiranya untuk langkah ini daging macam dijeruk sekejap, biar garam masuk dalam isi daging
3.ubi badak dibuang kulit dan dibersihkan terlebih dahulu, jangan potong awal lagi ubi dalam potongan dadu takut keluar lendir
4. Sediakan periuk, masukkan bahan yang diblend halus,santan,asam keping dan daging yang telah diperap
5. Letak atas dapur, kacau selalu sampai mendidih lama sikit agak - agak daging nak hampir lembut, masukkan gula melaka dan ketumbar yang telah ditumbuk. Kacau rata dan kecilkan api
6. Kemudian, boleh potong dadu ubi badak dan masukkan terus ke dalam gulai
7. Didihkan sekejap nanti nak dekat ubi empuk boleh masukkan kerisik. Nak masukkan garam hati - hati ya daging dah masin
8. Kacau sampai kuah nampak pekat boleh tutup api
Tips untuk elakkan ubi badak berlendir
1. ubi badak buang kulit dan dibasuh bersih.
2.Semasa potong ubi badak dah rasa berlendir sikit. Potong dadu semasa nak masukkan ubi badak dalam gulai kalau potong awal nanti takut ubi lagi banyak keluar lendir
Jemput tonton di my youtube channel
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/01/resepi-gulai-daging-dengan-ubi-badak-dan--juga-tips-untuk-elakkan-ubi-badak-berlendir.html