Resepi Durian Cheesecake Mudah Dan Sedap
hi there, ni nak share kat korang resepi kek keju kegemaran mrs pip , durian cheesecake (baked) , ataupun kek keju durian (yang dibakar di dalam oven) ... nak buat cheesecake ni, tak susah sangat pun, yang penting korang cukup semua bahan dan ada mixer dan oven
tapi kan, kalau tak da oven pun still boleh buat, cuma kena modify sikit jadi durian cheesecake (chilled) ... untuk chilled cheesecake, tak perlu masuk oven, lepas mix bahan dalam mixer, terus masuk loyang dan sejukkan semalaman di dalam peti sejuk..
Resepi Durian Cheesecake (baked) mudah dan sedap
yang ni durian cheesecake (baked) , nextime mrs pip share yang chilled durian cheesecake ya T_T insya allah ... hope bekalan durian dalam peti sejuk tu tak habis dimakan oleh anak anak dan mr.Husband yer , so boleh buat durian chilled cheesecake pula next week ..
untuk buat cheesecake ni, kena buat dulu base di bawah kek tu , buat base tu senang saja guna biskut yang telah dikisar dan juga butter ... biskut tu terpulang korang suka apa, oreo boleh, biskut marie boleh, biskut cracker boleh, asalkan biskut tu tiada jem la ya ... kalau ada, buajg dulu jem/inti biskut tu ..
jom kita tengok bahan bahan untuk buat durian cheesecake (baked) ni ..
250 gram cream cheese (disejukkan pada suhu bilik)125 ml whipping cream2 biji telur (mrs pip guna Gred B)1/2 cawan gula kastor (mrs pip ganti guna 1/3 cawan susu manis) - kalau nak manis lagi, bolehlah letak extra susu ..
2 sudu besar tepung gandum1 sudu besar jus lemon (atau guna kordial lemon pun boleh)5 - 7 ulas durian saiz sederhana (dibuang biji)300 gram biskut kering (mrs pip guna deluxe cracker)250 gram butter (dicairkan)aluminum foil (kalau tiada aluminum foil, boleh guna kertas minyak)
Resepi Durian Cheesecake (baked) mudah dan sedap
cara-cara membuatnya pula:-
sebelum membuat cheesecake ni, kenalah siapkan dulu base nya ...
untuk membuat base,
1/ kisar biskut kering hingga halus
2/ di dalam pot / kuali leper , panaskan mentega di atas api sederhana hingga cair
3/ lapis loyang menggunakan aluminum foil (mrs pip guna loyang saiz 7" bulat, dan guna kertas minyak)
4/ masukkan biskut yang telah dikisar di dalam loyang dan tuang mentega cair dan gaul hingga rata, kemudian tekap padat biskut tersebut di dasar loyang
5/ masukkan loyang tersebut ke dalam freezer untuk mengeraskan bahan 'base'
untuk buat kek,
1/ di dalam blender, masukkan whipping cream, 2 biji telur, gula castor (mrs pip guna susu manis), tepung, isi durian dan kisar sehingga semua bercampur sebati2/ di dalam mixer, pukul cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan bahan bahan yang diblender ke dalam mixer dan pukul bersama cream cheese sehingga kembang dan masukkan jus lemon dan pukul seketika3/ keluarkan loyang yang telah disiapkan base nya tadi daripada freezer 4/ tuang campuran cheese ke atas loyang dan ratakan5/ guna teknik double boiling untuk membakar keju di dalam oven 6/ panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius (api atas bawah) , dan bakar kek selama 30 - 40 minit bergantung dengan oven masing masing (mrs pip bakar selama 35 minit)7/ dah siap, periksa di tengah tengah kek menggunakan lidi sama ada kek melekit atau kering, once kering kek sudah masak ok
8/ dah masak, bolehlah sejukkan kek pada suhu bilik dulu kemudian keluarkan dari loyang dan letaklah atas papan kek , kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman sebelum sedia untuk dihidang
Resepi Durian Cheesecake (baked) mudah dan sedap
selamat mencuba ..
p/s:
1/ boleh ja mau makan terus once kek sejuk pada suhu bilik, tapi rasa kek tu kureng lah sikit... better tunggu sehari dua baru makan ... mcm mrs pip, tunggu 3 hari gitulah sebelum makan kek ni T_T2/ hiaslah kek kalau suka , mengikut kreativiti masing-masing
nak try buat chilled cheesecake, boleh try >>> Chilled Chocolate Cheesecake <<< versi mrs pip
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2018/12/resepi-durian-cheesecake-baked-mudah.html