Resepi Donut Gebu Tetap Lembut Sampai Ke Malam
Sejenis makanan universal donut gebu ini. Di terima hampir seluruh dunia produk makanan ini di jual di merata ceruk tempat. Selain di gerai tepi jalan donut gebu ini juga di jual sebagai makanan segera yang ada pelbagai perisa yang di tabur atau di lekatkan di atasnya. Di sukai oleh pelbagai lapisan masyarakat dari kanak-kanak, dewasa dan juga orang berusia. Sedappp!
Resepi Donut Gebu, Tetap Lembut Sampai Ke Malam
Cara pembuatannya tak jauh beza seperti roti tapi rupa bentuk gegelangnya seperti tayar kenderaan yang bulat dan berlubang. Tapi kini sudah ada donut bulat yang berinti tapi lainlah namanya. Taklah sesusah mana membuatnya. rasa pun sedap. Apatah lagi pada penggemar roti seperti aku. Anak-anak aku pun suka makan tapi aku buat donut gebu yang mudah dan tradisional saja iaitu bersalut gula halus
Itupun anak-anak kata sedap donut gebu yang aku buat ini. Sekejap sahaja sudah licin satu dulang. Bahan-bahannya pun sangat mudah di dapati. Membuatnya pun tidaklah renyah jika mempunyai mixer. Apatah lagi kalau ada mesin bread maker. Sekejap sahaja sudah menjadi dohnya. Tapi kalau uli guna tangan pun boleh jer... hehe!
Resepi Donut Gebu, Tetap Lembut Sampai Ke Malam
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum3 sb marjerin2 sb gula 1/2 paket yis1/4 cawan susu suamSecubit garamAir secukupnya
Cara-cara membuat donut gebu:
Campurkan yis, gula dan susu cair suam dalam satu bekas. Tunggu 10 minit sehingga berbuih. Sementara itu campurkan tepung gandum, margerin dan secubut garam.
Gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Setelah itu, masukkan bahan campuran yis tadi yang sudah berbuih. Uli sehingga menjadi sebuah doh yang kental dan lembut.
Jika perlu, masukkan air secukupnya untuk mendapat doh yang elastik tetapi lembut. Rehatkan sebentar sehingga doh kembang dua kali ganda.
Donut Gebu Sedap!
Setelah itu tumbuk-timbukkan doh untuk membuang angin dari adunan. Bentukkan ikut suka masing-masing iaitu seperti gegelang tayar. Biarkan kembang sebentar dan goreng warna kuning keemasan.
Untuk di hidangkan, tabur besama dengan gula icing. Jika tiada gula icing, gula halus pun bolehlah!
*Di katakan resepi donut gebu ini masih lembut hingga ke malam. Tapi tak sampai ke malam dah habis licin di bedal anak-anak,... hahaha!
Nak lihat macam-macam resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Serius sedap resepi donut gebu ini, Resepi ini aku olah dari resepi donut express di FB jer!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/06/resepi-donut-gebu-tetap-lembut-sampai-ke-malam.html