Resepi Dan Cara Cara Buat Sambal Belacan Yang Umphh Meletup


Kenapa bibir merah-merah ni, pedas ekk

Hai semua. Sebut je sambal belacan mesti dah terbayang ishhh cicah dengan ikan bakar sedap ni, cicah ulam-ulaman pun sedap. Arghhhh lapar plak.

Kalau makan dikedai ada yang masin, ada yang terlebih belacan atau sebagainya. Ada je yang tak kena dengan tekak anda sendiri.

So, apa kata anda buat sendiri sambal belacan. Kalau buat banyak tahan 2,3 hari ataupun buat je nasi goreng sambal belacan, selesai...

Ok kali ni saya nak kongsikan resepi sambal belacan yang umphhh meletup baq hang. Sekali rasa mesti nak lagi.


Bahan-Bahan Untuk Buat Sambal Belacan

1. 15 biji cili padi
2. 3 biji cili merah besar
3. 1 atau 2 sudu makan gula
4. Air perahan limau kasturi atau perahan air asam jawa
5. 2 inci belacan
6. Sedikit perasa


Cara Buat Sambal Belacan Yang Umphhh

Kat sini saya tidak menggunakan blender, saya lebih suka gunakan batu tumbuk. Jika gunakan blender ia akan jadi sedikit halus. Perghhh agak tradisional kan, hihihi.

Ok mula-mula masukkan cili padi dan cili besar, tumbuk slow-slow ye, kang nanti mercik kena mata pedih tau.

Kemudian masukkan gula 1 atau 2 sudu makan gula, sedikit perasa dan sedikit belacan. Nak lagi best belacan tu dibakar hingga keperangan. Tumbuk sehingga agak lumat ye.

Last masukkan air perahan asam jawa, dalam 3 atau 4 sudu besar camtu, terpulanglah ye. Gaul sehingga rata, ok dah siap.


Sambal belacan sesuai dimakan dengan ulam-ulaman kampung, kari, ikan bakar, pelengkap rasa pada nasi goreng dan sebagainya.

Aduh saya kalau tak ada sambal belacan memang agak kurang berselera nak makan. Korang pula macam mana?

Ok la jangan tak cuba resepi dari saya ni ye. Adioss..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maurelaxjer.com/2019/02/resepi-dan-cara-cara-buat-sambal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Hitam Resepi 9184

Sambal Hitam Resepi 9184

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 730 hits
RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG MARVALESDiterbitkan pada 16 Okt 2017Siapa pernah makan sambal hitam pahang ni confirm air liur meleleh kan Hihihi Haa lupa nak bagitahu Lain orang lain cara buat sambal hitam tau Yang ni resepi nenek aying so jadi...
Aneka Resepi Sambal Istimewa Dari Indonesia Pastinya Tidak Mengecewakan

Aneka Resepi Sambal Istimewa Dari Indonesia Pastinya Tidak Mengecewakan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 557 hits
Aneka Resepi Sambal Istimewa Dari Indonesia Pastinya Tidak MengecewakanSambal terasi
Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan Lazat Tak Terbayangkan Tau

Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan Lazat Tak Terbayangkan Tau

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 826 hits
Antara sayur kampung yang paling di sukai kami sekeluarga adalah pucu paku Sayur ini macam macam cara boleh di masak dan kesemuanya sedap dan lazat belaka Masak lemak cili api kerabu tumis air dan resepi yang ini iaitu pucuk paku goreng bel...
Cara Masak Sambal Bilis Tumbuk Yang Ringkas Tapi Sedap

Cara Masak Sambal Bilis Tumbuk Yang Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 523 hits
Sedapnya lauk Sambal Bilis Tumbuk ni Lauk yang ringkas je tapi boleh membuatkan kita jadi berselera Nak buat bukan susah mana pun Hanya beberapa bahan ringkas yang dicampur dan ditumbuk sekata Paling penting kena guna lesung batu Barulah po...
Sambal Belacan Buah Kemang Binjai

Sambal Belacan Buah Kemang Binjai

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1693 hits
Entri pertama untuk tahun 2018 dengan azam nak hasilkan sekurang kurangnya satu entri setiap minggu Banyak perkara boleh ditulis dan perlu ditulis untuk rujukan kenangan di masa hadapan Cuma rasa malas bukak blog dan konon konon sibuk denga...
Cara Menukar User Profile Dari Google Kepada Blogger

Cara Menukar User Profile Dari Google Kepada Blogger

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 485 hits
Rata rata pemilik akaun Google Plus telah sedia di maklumkan bahawa kesemua akaun akan di tutup pada April 2019 akan datang Perkara ini pastinya akan memberi sedikit sebanyak kesan kepada blogger macam ana ni di mana sedikit sebanyak terdap...
Menkeu Cari Cara Agar Penikmat Fasilitas Kepabeanan Meluas Ke Sumatera

Menkeu Cari Cara Agar Penikmat Fasilitas Kepabeanan Meluas Ke Sumatera

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 399 hits
Menteri Sri Mulyani mengaku sedih usai mengetahui fasilitas KB dan KITE ternyata paling banyak terkonsentrasi di Jawa terutama Jawa Barat Hasil survei menunjukkan 96 89 persen fasilitas tersebut dinikmati perusahaan di Jawa
Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Bihun Goreng Kampung

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar

Use Foreign Drivers Lose Your Lorry Jpj Warns Companies Under Strict New Rule

How To Put Your Kids On The Fast Track To Academic Success Through Memo Plus Gold

Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keputusan Piala Sumbangsih Jdt Vs Sfc 8 Ogos 2025

Panduan Lengkap Design Printing Flyers Cara Tarik Perhatian Pelanggan

Netanyahu Sanggup Korbankan Tebusan Demi Kepentingan Sendiri Hamas Utusan Malaysia

Tindakan Israel Duduki Bandar Raya Gaza Dianggap Jenayah Perang Pembersihan Etnik Harian Metro

Kompilasi Lagu Patriotik Malaysia Perpaduan Patriotisme

Empat Lelaki Bangladesh Dicekup Emas Rm160 000 Dirampas