Resepi Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit | Salam Ramadhan buat muslimin dan muslimat diseluruh dunia. Sempena bulan puasa ni, pastinya kaum ibu ligat memikirkan menu untuk berbuka. Meh Nora kongsikan, menu untuk makan bersama keluarga kecil Nora
Resepi Daging Goreng Kunyit
Siapa sini suka makan daging goreng kunyit? Mesti ramai yang gemarinya kan termasuklah Nora. Tapi selama ini, Nora hanya order sahaja bila makan di kedai. Tak pernah Nora masak sendiri daging goreng kunyit yang mudah ini
Oleh kerana, masih ada baki daging hari tu maka terhasillah resepi daging goreng kunyit dari air tangan Nora buat keluarga tercinta. Jom baca resepi dari Nora
Cuba resepi : Ikan Baung Masak Lemak Cili Padi
RESEPI DAGING GORENG KUNYIT
Bahan-bahan :
Daging lembu yang telah dihiris1 labu bawang besar. (Nora guna bawang holland)2 ulas bawang putih4-5 biji cili padiSerbuk kunyitGaramMinyakAirOptionalKacang panjang/buncisCarrotBunga kobisCapsicum
Cara-cara :
Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam. Masukkan ke dalam kuali tanpa minyak. Kacau sampai kering air, tengok daging dah empuk atau belum. Kalau belum tambah air lagi dan kacau sampai daging empuk
Bila dah pastikan daging empuk dan air dah kering, tuangkan sedikit minyak lalu goreng daging tersebut. Goreng sehingga nampak garing sedikit. Tapi jangan terlalu garing okeh sebab takut keras
Dah pastikan daging dah garing sedikit, masukkan bawang, cili, kacang dan bahan-bahan lain bersama sedikit perasa. Kacau sebati dan angkat untuk di hidangkan
Tadaaaa ni dia daging goreng kunyit. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Simple menu tapi cukup menyelerakan.
Full video Resepi Daging Goreng Kunyit
Cuba resepi : Asam Pedas Kepala Ikan Merah
Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ini penuh bermakna
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ummizarra.com/2019/09/resepi-daging-goreng-kunyit.html