Resepi Daging Bakar Dengan Sos Pencicah Ala Danok
Resepi Daging Bakar Dengan Sos Pencicah Ala Danok | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila banyak masa duduk rumah, asyik pusing resepi berasaskan ayam jadi marilah kita tukar resepi daging pula. Hari ini Sha masak apa yang Sha rancangkan semalam kerana perlu perap daging semalaman. Agak lama Sha tak makan daging bakar, jadi kali ini Sha mencuba satu resepi yang telah dikongsikan oleh seorang saudara Sha di media sosial facebook. Pada Sha resepi ini memang sedap dan terbaik setakat ini, selepas ini memang ulang resepi ini sahajalah untuk daging bakar sedap nanti. Sha memang suka jenis resepi berasaskan dari thailand ini kerana memang kena dengan tekak Sha. Paling puas hati bila dapat buat dengan warna yang sama dengan resepi yang Sha dapat. Bahan-bahan untuk resepi kali ini tak adalah banyak, tetapi banyak menumbuk dengan lesung
Selain daging bakar Sha lampirkan bersama dengan resepi sos pencicah ala thai yang memang terbaik rasanya cukup dengan rasa masam, manis dan pedasnya
RESEPI DAGING BAKAR DANOK VIRAL
Bahan perapan daging :
1 kilo Daging (potong tebal 2 atau 3cm)1sk sos ikan2 sb Sos tiram2@3 sb Brown sugarSekeping gula melaka1 sk lada hitamSedikit minyakGaram secukup rasa
Supaya daging lembu dan rasa lebih sedap cukup rasa, kita perlu perap daging dengan bahan-bahan perap semalaman. Contohnya Sha rancang nak makan daging bakar ini pada untuk tenghari esok, jadi Sha perap daging dari waktu malam
Sha bakar daging menggunakan pemanggang ajaib sahaja dalam tempoh 20 hingga 30 minit dan bergantung pada kekeringan daging, pendek kata sampai air perapan kering
Resepi Pencicah Daging Bakar Ala Danok
Bahan sos :
Akar daun ketumbarDaun ketumbar1sb Beras (sangai & tumbuk)2 ulas bawang putih2 sb Sos ikan(ikut tahap masin masing-masing)2 biji limau nipis (diperah)1 sk brown sugar1/2 keping gula melaka (tumbuk hingga hancur dan campur sedikit air)Chili flakes ( Sha tak ada stok jadi tukar guna cili padi )1 sb sos cili1 sb sos tiram1 biji bawang besar (hiris nipis)
Cara-cara membuat Sos Ala Thai
Tumbuk akar daun ketumbar & bawang putih hingga lumatMasukkan sos ikan, gula melaka, brown sugar, beras yang disangai & ditumbuk tadi, perahan limau nipisKemudian masukkan sos cili,sos tiram.Masukkan daun ketumbar yg dipotongMasukkan chili flakes( Sha letak 1 biji cili padi)Masukkan hirisan bawang besar.Akhir sekali gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati. Rasa dan cukupkan rasa jika perlu.
Jika korang nak resepi ayam, korang boleh cuba resepi ayam rebus dengan sos halia bawang pun sedap.
Alhamdulillah suami suka dengan resepi ini dan suruh simpan betul-betul nanti nak buat balik senang, jadi rasa pun sama. Sha pun ada buat ayam bakar simple untuk anak-anak sebabnya anak-anak Sha tak makan daging. Jadi kalau korang nak merasa daging bakar danok viral ini boleh cuba sendiri resepi ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2020/04/resepi-daging-bakar-danok-viral.html