Resepi Biskut Mazola Mudah Dengan Menggunakan Peanut Butter Creamy


 Assalamualaikum,
Salam siaran November yang indah dan barokah.heh.Kemain positif ekau ya.Awal November kami sudah tersurat apabila Encik Suamiku warded 3 hari 2 malam di Hospital Port Dickson ( HPD ).Syukur dah selesai dan dapat kembali ke rumah dengan mudah dan lancar.Allah sebaik-baik pengatur dan penolong.Bab ni saya akan share pada lain kesempatan ya.InshaAllah. 
Biskut Mazola yang ini versi Rajin dan Solehah.Masa ni saya masih guna resepi lama iaitu menggunakan Kacang tanah kisar sendiri di rumahku syurgaku. Mazola versi Peanut butter boleh tengok pic hok bawah ni ya.ehehe. Apa-apaun tunjuk yang lawa dulu.hikss.
Biskut Mazola versi hangus sikit.haha.Masa bakar Biskut Mazola ni, saya tak set semula suhu oven.gitulah mak-mak kalau buat kerja sambil-sambil kan.Kejadian lepas set suhu boleh tengok pic yang kat bawah ya.
semengah sikitlah kan rupa paras biskut Mazola ai ni.jangan tanya mana kacang tanah seketoi pun takdak sbg hiasan atas biskut tu.Asal usul saya buat biskut Mazola ni sebab nak habiskan peanut butter yang dah nak  expired.Jadi, kita memang tak plan nak guna kacang tanah.satu habuk kacang tanah memang takde kat dapo time buat ni
Wei.Kali ni saya nak kongsikan cara mudah saya buat Biskut Mazola yang super sedap dan creamy dengan hanya menggunakan Peanut Butter!.Mesti korang tak sangka kan.Biskut Mazola zaman tiktok yang serba viral ni, kita yang mak-mak ni dah tak payah susah-susah nak kisar kacang tanah kalau nak buat Biskut Mazola.yay!!
First time saya dapat resepi ini sekitar 3 tahun lepas dari facebook Azlina Ina.Mesti korang kenal kan sis Azlina Ina ni.Followers dia pun dah capai million kot.Kalau korang geng mak-mak yang suka simpan resepi berbanding buat, sesuai betul la follow rapat dia.haha.
Resepi Biskut Mazola Menggunakan Peanut Butter Creamy ( Sukatan Cawan )
Resepi asal : Azlina Ina
Resepi Adjust : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan :3 cawan tepung gandum
1 cawan peanut butter ( jenama bebas asalkan bahagia )
1 cawan minyak masak ( minyak jagung pun bagus )
1/2 cawan gula kastor ( kalau nak guna gula pasir, blend halus )-manis secukup rasa.
1 biji telur ( ambik kuning sahaja )
Esen vanila ( satu sudu kecil/ sudu teh )
Kacang tanah sebagai hiasanCara Menyediakan :
Sediakan tepung Gandum dalam bekas yang sesuai.Masukkan peanut butter,Gaul sampai sebati.Masukkan Gula kastor dan akhir sekali minyak masak.Gaul sampai doh sebati.Kalau doh terlembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit. Adjust doh sehingga boleh bentuk. Terap biskut ikut acuan kegemaran.Kalau malas, ekau bulat-bulatkan je.hiks.
rupa paras biskut mazola Cik Matahariku sebelum dibakar dalam oven.Nampak sesuatu ke ? Nampak tak kemalasan ai kat situ.haha

orait.Yang ini versi rajin dan solehah. Almaklumlah masa ni buat biskut Mazola nak hidang time raya.Yang versi malas tu sebab buat nak makan-makan sendiri kat rumah.lebih privacy.gitu.haha

Kalau nak resepi Mazola versi rajin dan solehah ni, boleh tengok kat blog ni atau search je dengan taip biskut Mazola Cik Matahariku-Ok, boleh pilih nak buat resepi yg mana :)Orait, selamat mencuba.Sesungguhnya yang terbaik dan sempurna dari Allah jua yang Maha Memiliki apa yang ada dilangit dan di bumi.Yang buruk itu, datangnya kerana kelemahan saya sebagai manusia yang serba jahil dan lemah.
Sampai jumpa lagi.Mohon Doa-doakan yg terbaik utk kami sekeluarga.aamin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2023/11/resepi-biskut-mazola-mudah-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Choco Jar Mudah Cepat Nak Buat Hanya Guna Tiga Bahan

Resepi Choco Jar Mudah Cepat Nak Buat Hanya Guna Tiga Bahan

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 216 hits
Choco jar antara manisan enak dinikmati sama ada kanak kanak mahupun dewasa Boleh dijadikan stok untuk dimakan bila bila masa Tak perlu beli sebab bila buat sendiri anak anak boleh makan berulang ulang Memang puas hati Hendak buat choco jar...
Koleksi Resepi Kerang Yang Mudah Untuk Dimasak

Koleksi Resepi Kerang Yang Mudah Untuk Dimasak

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 279 hits
Siapa peminat kerang Cikla nak kongsikan resepi menarik untuk korang yang sukakan kerang kerangan Selamat mencuba MASAK LEMAK CILI API KERANG CAMPUR PUCUK PAKU Koleksi resepi kerang yang mudah untuk dimasak BAHAN BAHAN 1 kilo kerang 3 cawan...
Laksa Mee Pangkor Original Resipi Mudah Tapi Sedap Hirup Kuah Paling Best

Laksa Mee Pangkor Original Resipi Mudah Tapi Sedap Hirup Kuah Paling Best

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 197 hits
Laksa mee Pangkor merupakan antara hidangan yang cukup popular terutama di Pangkor Lumut Pantai Remis dan sekitarnya Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor Bagi orang Perak yang rindu nak makan laksa mee Pa...
Waspadai Konten Hoaks Di Tahun Politik Jangan Mudah Terprovokasi

Waspadai Konten Hoaks Di Tahun Politik Jangan Mudah Terprovokasi

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 182 hits
Bahkan banyak negara di dunia yang mengalami kekacauan karena tidak bisa menyaring konten hoaks di dunia digital
2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum 2022 SOP Baru Bersalin di HTAR Klang dan Tips Mudah Bersalin Tengok tajuk ada tips mudah bersalin ye Kemain ye ibu nak share tips mudah bersalin huhu Apa apa pon yang ni based on pengalaman dan pembacaan sis amalkan dan alha...
Tips Dan Trik Memenangkan Slot Gacor Maxwin Dengan Mudah

Tips Dan Trik Memenangkan Slot Gacor Maxwin Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 160 hits
Tips dan Trik Memenangkan Slot Gacor Maxwin dengan Mudah Halo para pemain slot yang sedang mencari cara untuk memenangkan game favorit kalian kali ini kami akan memberikan tips dan trik untuk memenangkan slot gacor Maxwin dengan mudah Slot ...
Resipi Nasi Arab Mudah Dan Sedap Cara Orang Melayu

Resipi Nasi Arab Mudah Dan Sedap Cara Orang Melayu

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 322 hits
Dah lama betul umi nak buat Nasi Arab ni tapi tak tertunai sebabnya kalau habibi ada memang dia tak berapa gemar apalagi Nasi Arab yang menggunakan beras basmathi Jadinya kena tunggu dia outstation atau dia ada tugasan di Istana sebab bila ...
Mekanik Ini Dedah Cara Mudah Cek Tayar Botak Guna Duit Syiling Je Ini Caranya

Mekanik Ini Dedah Cara Mudah Cek Tayar Botak Guna Duit Syiling Je Ini Caranya

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 239 hits
Setiap pemilik kenderaan harus memiliki pengetahuan asas tentang penjagaan kereta termasuk keadaan tayar selepas digunakan untuk tempoh tertentu Keadaan bunga tayar juga dikenali sebagai tapak tayar adalah salah satu aspek penting yang perl...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Happy Beday Sweetie


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025