Resepi Biskut Florentine Crunchy Caramel Almond Cookies
Resepi Biskut Florentine | Crunchy Caramel Almond Cookies | Assalamualaikum. Alhamdulillah, biskut raya pertama, Biskut Florentine atau nama lain dia Crunchy Caramel Almond Cookies dah siap buat sebekas. Lol baru sebekas dah kecoh kan? Hahahaha. Sebenarnya itu pon sebab kakak aku pesan suruh buatkan untuk dia. Kira ni sesi warm up sebelum meneruskan kehidupan buat biskut raya untuk tahun 2019. Biskut Florentine adalah antara biskut mahal yang dijual dan paling cepat habis dimakan. Oleh sebab serik beli dan habis maka mari lah sama-sama belajar buat. Tak susah pun. Dalam 15 minit dah siap
Resepi Biskut Florentine | Crunchy Caramel Almond Cookies
Cara Buat Biskut Florentine
Bahan utama adalah Tepung florenta yang memang dah banyak kedai bakery jual dan juga pelbagai jenis kekacang pilihan yang korang suka. Terpulang pada kesukaan masing-masing. Semakin banyak kekacang semakin mahal la harga biskut Florentine korang. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat.
Resepi Biskut Florentine ii
Bahan-Bahan:
100gm Kuaci
100gm Kuaci Biji Labu
100gm Badam Keping
100gm Tepung Florenta
10gm Bijan Hitam (aku tak letak sebab malas)
Resepi Biskut Florentine iii
Cara-cara:
Sangai di dalam kuali semua bahan-bahan kecuali bijan hitam, atau masukan ke dalam oven selama 5 minit pada suhu 160c.
Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali Bijan hitam dan gaulkan. Ratakan bahan-bahan yang digaul ke dalam dulang pembakar. Sila lapik dulang dengan kertas pelapik. Ratakan bahan-bahan sehingga sekata dan sama tebal.
Bakar biskut pada suhu 160c selama 10 minit atau sehingga keperangan. Potong biskut sebaik sahaja keluar dari oven. Potong semasa biskut masih panas.
Siap! Selamat mencuba.
Resepi Biskut Florentine iv
*Aku ada terbaca versi Resepi Biskut Florentine yang dicelup dengan coklat. Belum pernah cuba, tapi mesti bertambah manis sebab resepi yang aku cuba ni pun memang dah sedia manis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/05/resepi-biskut-florentine-crunchy.html