Resepi Bihun Goreng Singapore Masak Cara Fiza
Semalam tak sempat nak update dan blogwalking. Sibuk dengan kerja rumah sebab husband baru keluar beli stok barang dapur selepas seminggu lebih. Faham-faham lah nak membersihkan barang basah tu ambil masa nak menyiang tu. Paling lama part ayam sebab nak kena buang segala kulit dia lagi.
Sakit pinggang dibuatnya berdiri kat sinki tu. Sudahnya bila rehat tu terlelap bagai disorongkan bantal. Plan nak keluar 4 Mei tu macam seram bila mana PKPB dah bermula. Confirmlah ramai umat manusia keluar beramai-ramai. Demi keselamatan diri, hold dulu keluar beli barang dapur. Jadinya berbuka sebelum beli barang dapur tu kita masak apa yang ada je lah.
Menu bihun goreng singapore yang paling ringkas sebab itu je yang ada. Nama je Singapore tapi masak di Malaysia. Okay, tak kelakar kan. Kita di Malaysia ni dah biasa sangat dengan bihun bihun jenis yang merah tu. Makan bihun goreng ni kalau ada sambal tumis nasi lemak tu lagi sedap rasa dia. Teringat pulak bihun kantin sekolah dulu.
Bihun kantin pun sedap wei walaupun rencahnya tak berapa nak banyak. Bihun 'goreng bodoh' orang panggil. Kesian bihun tak pasal-pasal diperbodohkan. Nasib kau lah bihun. Kalau masak sendiri, boleh lah banyakkan rencah yang ada. Itupun kalau stok rencahnya ada. Kalau takde, bihun goreng bodoh jugak jadinya nanti.
Bihun goreng Singapore ni masak dia paling mudah sebab tak perlu nak ada cili kisar dan tak guna bahan sangat. Bihun Singapore lah paling mudah kot kan? Agak-agak stok cili kisar takde atau malas nak buat cili kisar, kau goreng je lah bihun goreng Singapore. Nampak je warna tak menarik, pucat lesu. Tapi rasa dia sedap
Bahan-bahan Bihun Goreng SingaporeBihun (1/4 bungkus bihun)3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cili Api ( Ikut tahap kepedasan masing-masing ye)1 sk black pepper
Udang
sawi
Sayur kobis
Carrot
garam
minyak masak
Cara Masak Bihun GorengUntuk lembutkan bihun tu, Fiza akan rendam dengan air panas sekejap dan toskan. Tumbuk bawang putih, bawang kecil, cili api dan juga black pepper. Nak sedap tumbuk kasar-kasar je. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dah siap tumbuk tu. Macam biasa tumis sampai naik bau dan sedikit garing barulah masukkan udang
Tunggu masak kejap, masukkan sayur sawi dan kobis. Kemudian masukkan bihun dan kacau rata. Taburkan garam dan juga carrot. Fiza suka masukkan carrot akhir sekali sebab tak nak carrot tu layu sangat. Biar rangup sikit baru sedap. Kacau sampai mesra semua bahan-bahan tu. Dah siap! Sayur-sayur semua pilihan, boleh nak masukkan atau ganti sayur lain
Udang tak ada pun takpe, boleh guna udang kering tumbuk sekali dalam bahan tumis tu pun sedap. Nak makan berdua masak sikit je lah bihun. Bihun ni nampak je sikit tapi bila dah masak banyak jadinya. Selalu jugaklah terlebih masak sebab susah nak agak banyak mana. Nak selamat, ingat siap-siap masak suku je daripada 1 bungkus tu kalau makan untuk 2 hidangan.
Ingat lagi, dulu-dulu mak kalau nak masak bihun goreng untuk sarapan esoknya. Mak akan rendam siap-siap bihun kering tu. Esoknya bila goreng, bihun tu dah lembut dah terus goreng je. Fiza tak guna kaedah mak tu, rendam je air panas terus nak cepat lembut. Derhaka sungguh la dengan kaedah masak orang zaman dulu. Zaman pun dah berubah, cara masak pun dah banyak berubah.
Ada juga yang goreng bihun tak rendam dulu. Masa masak tu lebihkan air dan biarkan bihun kembang dalam kuali je. Ikut cara masing-masing gitu. Janji sedap ikut tekak masing-masing bukan ikut rasa orang lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/05/resepi-bihun-goreng-singapore-masak.html