Reputasi Gary Steven Robbat Semakin Berbisa Di Sabah


Karier Gary Steven Robbat kembali bersinar selepas menyertai Sabah musim ini.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Gary Tekad Balas Jasa Pasukan Sabah Karier Gary Steven Robbat kembali bersinar selepas menyertai Sabah musim ini.

FOTO SABAH FC
Kepercayaan Datuk Ong Kim Swee telah dibalas dengan komitmen terbaik setiap kali diturunkan dalam kesebelasan pemain Sabah.

Mengalami beberapa siri kecederaan jangka panjang sebelum ini, ianya ternyata tidak mematahkan semangat pemain Sabah FC, Gary Steven Robbat untuk kembali bangkit bersama pasukan Sang Badak.

Terdahulu, Melaka United secara rasmi telah mengumumkan pemain yang berasal dari Kedah itu antara 11 pemain yang tidak dikekalkan dan kembali ke pangkuan Johor DT II sebagai pemain pinjaman.
Ketika bersama Melaka United dalam mengharungi baki saingan Liga-M musim lalu, Gary begitupun tidak dapat beraksi berikutan mengalami kecederaan buku lali.

Dia terpaksa berehat selama tiga hingga empat bulan untuk pulih sepenuhnya.

Gary jelas sekali terhutang budi dengan pihak pengurusan Sabah yang menandatangani beliau walaupun beliau sangat sinonim dengan kecederaan.

“Walaupun banyak kecederaan yang saya alami, Sabah menerima saya dan saya bertekad untuk membalas kepercayaan mereka,” kata Gary.

Gary Steven Robbat Kembali Dapat Sentuhan ‘Emas’ Di Sabah
“Saya telah diberi banyak peluang untuk bermain. Pasukan pasti boleh bergantung kepada saya. Jadi apa jua peluang yang saya dapat, saya berhasrat untuk memanfaatkannya sepenuhnya.

“Setiap perlawanan adalah perlawanan besar bagi saya. Apa yang penting bagi kami adalah berjuang sebagai satu pasukan.



Pemain tengah bertahan berusia 30 tahun ini merupakan pemain yang baru berhijrah ke Sabah pada awal musim ini dari kelab gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Gary kini beraksi dengan sangat cemerlang dan kelibat beliau sentiasa berada di segenap ruang padang untuk melakukan kerja-kerja beliau sebagai seorang pemain berposisi nombor Dua Puluh (20).

Pemain tengah bertahan berusia 30 tahun ini beraksi dengan sangat cemerlang dan kelibat beliau sentiasa berada di mana-mana tidak kira atas, bawah, tengah, kiri mahupun kanan dengan satu tujuan utama iaitu untuk mendapatkan bola.

Selain itu, hantaran-hantaran tepat dari beliau juga membolehkan Sabah menguasai perlawanan terutamanya di bahagian tengah dan kadang kala beliau juga mempamerkan kreativiti dengan melakukan hantaran lolos yang memerangkap pihak lawan.


Keputusan pemain tengah, Gary Steven Robbat untuk berhijrah ke pasukan Sabah FC ternyata merupakan satu keputusan yang sangat tepat walaupun hadir selaku pemain yang sinonim dengan masalah kecederaan.

Sabah kini berada di kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul 36 mata selepas mengharungi 17 perlawanan. Mereka dibezakan 7 mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).


Adakah faktor Datuk Ong Kim Swee yang menjadikan Gary kembali mendapat sentuhan emas? Semestinya ia menjadi salah faktor yang terpenting kerana Ong Kim Swee sendiri mengenali pemain ini semasa beliau mengendalikan skuad bawah 23 tahun negara sebelum ini.

Gary sememangnya merupakan antara pemain tengah terbaik yang Malaysia miliki dan beliau juga pernah dihantar berlatih bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund pada tahun 2015 sebelum melalui karier berliku gara-gara kecederaan yang kerap menghantui beliau.

Sehingga kini, Gary sudah mengumpul empat kaps bersama pasukan kebangsaan. Jika prestasi beliau dapat dikekalkan ataupun mungkin dipertingkatkan lagi, semestinya nama beliau bakal menjadi sasaran Kim Pan-gon untuk menyarung semula jersi keramat Harimau Malaya.

SOURCE: MB

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2022/09/reputasi-gary-steven-robbat-semakin_4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
With Warisan Going Solo Sabah Ph Seen As Biggest Loser In Ge15

With Warisan Going Solo Sabah Ph Seen As Biggest Loser In Ge15

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 136 hits
An analyst foresees Sabah Pakatan Harapan coming out as the biggest loser in the Borneo state in the coming general election now that Warisan has said it will not work with the opposition coalition Lee Kuok Tiung of Universiti Malaysia Saba...
Hiking Tumunong Hallu Peak Scca Lahad Datu Sabah

Hiking Tumunong Hallu Peak Scca Lahad Datu Sabah

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 506 hits
Hiking Tumunong Hallu Peak SCCA Lahad Datu Sabah Assalamualaikum Salam Sejahtera Hi korang Alhamdulillah setelah hampir lima bulan Murni gantung kasut tak hiking akhirnya 16 07 2022 Murni berpeluang pergi hiking di Silam Coast Conservation ...
Hyoyeon Snsd Akan Buat Persembahan Di Muzik Festival Sabah September Ini

Hyoyeon Snsd Akan Buat Persembahan Di Muzik Festival Sabah September Ini

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 120 hits
Nampaknya ada ramai selebriti Korea yang akan membuat persembahan di Malaysia pada tahun ini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Hyo yeon GIRLS GENERATION telah diumumkan akan menjadi salah seorang artis yang akan membuat persembahan di muzik festiva...
Hari Kemerdekaan Sabah 2023

Hari Kemerdekaan Sabah 2023

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 245 hits
Hari Sabah atau Hari Kemerdekaan Sabah akan disambut di seluruh negeri selepas diwartakan secara rasmi bermula tahun 2023 Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata ia sejajar kepentingan Hari Sabah yang jatuh pada 31 Og...
Bercuti Dan Berehat Di Pulau Mantanani Sabah

Bercuti Dan Berehat Di Pulau Mantanani Sabah

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 242 hits
Setelah selesai mendaki Gunung Sinsing dan Gunung Kaingaran di Tambunan saya menyertai empat orang kawan berkunjung ke pulau yang kurang popular berbanding pulau pulau di Semporna Sabah ini pada pertengahan August 2022 Dari Kota Kinabalu ka...
Hajiji Alu Alukan Parti Tempatan Sabah Sertai Grs

Hajiji Alu Alukan Parti Tempatan Sabah Sertai Grs

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 136 hits
Hajiji alu alukan parti tempatan Sabah sertai GRS Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 Sep 2022 11 29PM
Bung In Good Health Don T Spread Old Picture Says Sabah Minister

Bung In Good Health Don T Spread Old Picture Says Sabah Minister

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 149 hits
Bung waving to the cameras on arrival at the Kuala Lumpur court complex on Friday Photo BernamaKOTA KINABALU Sabah Deputy Chief Minister Datuk Seri Bung Moktar Radin is in good health says his state Cabinet colleague Datuk Jafry Ariffin Jaf...
Sabah Geared Up For Northeast Monsoon Season

Sabah Geared Up For Northeast Monsoon Season

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 209 hits
Safar with Shahminan Mohtar and Rusli after the meeting KOTA KINABALU The Sabah government is ready to face the Northeast Monsoon season which is expected to be from November to next February by mobilising
Sabah Minister Who Fainted While Delivering Speech In Stable Condition

Sabah Minister Who Fainted While Delivering Speech In Stable Condition

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 124 hits
Sabah Rural Development Minister Jahid Jahim who fainted while delivering a speech at an event in Pitas here today is now in stable condition Sabah Tourism Culture and Environment Assistant Minister Joniston Bangkuai said he was informed th...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools