Bercuti Dan Berehat Di Pulau Mantanani Sabah
Setelah selesai mendaki Gunung Sinsing dan Gunung Kaingaran di Tambunan, saya menyertai empat orang kawan berkunjung ke pulau yang kurang popular berbanding pulau-pulau di Semporna Sabah ini pada pertengahan August 2022. Dari Kota Kinabalu kami menaiki van sewa ke Kampung Rampayan di Kota Belut dan bermalam di Homestay Rasmiah di Kampung Rampaian. Perjalanan ke Pulau Mantanani akan diteruskan keesokan paginya dengan menaiki bot di jetty Kampung Rampaian.
Keesokan paginya kami menaiki bot dari Jety Rampayan pada jam 9:00 pagi. Perjalanan menuju ke Pulau Mantanani mengambil masa sekitar 40 minit. Kami menginap di Sutera Mantanani Resort. Resort ini menyediakan berbagai kemudahan termasuk elektrik 24 jam
Kami sampai sekitar jam 10:00 pagi dan kerana belum waktu masuk ke bilik, kami cuma berehat di lobi sambil meneguk minuman selamat datang. Setiap hari jam 11:00 pagi, jadual Sutera Mantanani adalah aktivity snorkling. Kami yang baru sampai mengambil keputusan menyertai aktivity air ini.
Pada jam 12:00 tengahari aktivity snorkling selesai dan kami kembali ke resort. Setelah check in kami menjamu selera dan berehat
Sebelah petang setelah minum petang kami ditemani staf resort berkunjung ke Kampung Padang di Pulau Mantanani Besar. Terdapat dua kampung di Pulau Mantanani Besar ini iaitu Kampung Siring Bukit dan Kampung Padang. Kami berkunjung petang itu ke Kampung Padang sehingga matahari terbenam
Terdapat sekitar 1000 orang penduduk kampung di Pulau Mantanani ini. Di sini juga terdapat sekolah, masjid, kedai runcit dan berbagai kemudahan asas. Jika pengunjung ingin tinggal bersama para nelayan pulau, di kampung ini juga terdapat homestay.
Setelah menyaksikan matahari terbenam di pulau ini, kami pulang ke resort menyusuri jalan tepi pantai. Setelah makan malam, kami berehat di tepi pantai.
Keesokan paginya selepas sarapan saya berehat kerana badan kurang sehat manakala teman- teman yang lain bersedia menyertai aktivity snorkling. Setelah makan tengahari kami berehat dan di sebelah petang kami berjalan di pantai. Selain aktivity snorkling terdapat juga aktivity lain seperti scuba diving, atv, mandi laut dan kayak
Keesokkan paginya kami pulang ke kota belut menaiki bot jam 10:00 pagi dan meneruskan perjalanan ke Polumpung Melangkap
Nota: Van sewa -: Wak 019 6134256
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jalankegunung.blogspot.com/2022/09/bercuti-dan-berehat-di-pulau-mantanani.html