Report Kedai Judi Yang Kena Gerai Melayu
Mungkin ini bukan rezeki kami.
 Mungkin Allah nak aturkan yang lebih baik untuk kami.
 Ya Allah,
 Jika ini takdir kami, kami redha.
 Kami adik beradik ada 13 orang. Perkerja ada 20 orang. Kami membesar  dengan hasil Ibu Bapa kami yang berkeja keras berniaga Al-Hikmah  Printing. Sudah dekat 30 Tahun. Malangnya perniagaan ini sudah terkesan  dekat kemelesetan Ekonomi beberapa tahun lepas. 
 Jadi busines  Makan (Plonxbox) ini adalah inisiatif kami sekeluarga untuk meneruskan  keberlangsungan hidup, bayar segala hutang, tanggung makan minum adik  beradik. Kami hanya berniaga di hadapan kilang kami sahaja. Kami tidak  kacau orang lain, kami tak kacau jalan. Kami sudah mohon banyak kali  untuk dapatkan lesen, namun sampai ke harini tak dapat apa-apa.
 Ibu Ayah kami sudah semakin berusia. Kami adik beradik yang akan meneruskan legasi ini. 
 Semalam kami dapat Notis untuk robohkan dan hentikan perniagaan dan sumber rezeki kami ini dalam masa 24 jam.
 Harini mereka hancurkan kedai kami.
 Harini mungkin terakhir kami berada di sini. 
 Walaupun berat hati ini, nak menangis rasa.
 Tapi jika ini aturan Allah dan ini yang mereka mahukan.
 Insyallah kami akan cari jalan untuk bangkit semula.
 Terima kasih kepada semua yang sapot kami selama ini.
 Kami mohon maaf atas segala kekurangan.
 Teruskan sapot kami.
 Doakan kami.
 Terima kasih Warga Sungai Buluh,
 Terima Kasih MBSA
 Terima Kasih Semua.
 Yang Ikhlas,
 Plonxbox,
 Menghidangkan Rasa Kebahagiaan
#Sumber : FB    
MR :    Ni kira apa?
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/report-kedai-judi-yang-kena-gerai-melayu.html