Repeat Padi House Takde Istilah Bosan Makan Kat Padi House
28 Jan 2024 Ahad. Masa makcik dlm grab nak menuju ke SINI menantu call, dia bagitau makcik , ahad kul 9.30 pagi dia nak bawak makcik jumpa lawyer kat Lotus Semenyih . Jadi untuk menyenangkan urusan berjumpa ngan lawyer hari ahad tu, makcik tak balik umah makcik. Makcik stay umah cik yuyi je .Makcik gi bangi semata2 nak makan sate baung , conform lah takde bawak pakaian . Jadi malam tu, cik yuyi bawak makcik balik klang jap , ambik pakaian . Isnin tu daus ada exam, dia ambik buku dia sekali
Pukul 9.30 pagi menantu bawa makcik gi jumpa lawyer kat Lotus Semenyih . Sok sek sok sek kat sejam setengah. Selesai urusan ngan lawyer, balik umah cik yuyi. Dalam kul 1.00 pm gerak dari umah cik yuyi. Makcik suruh dia hantar sampai KL sentral je.
Sejak dua menjak ni ,makcik ngan Daus gila naik LRT & MRT. Sampai Cik yuyi cakap,sangguplah mak, tak nak org hantar sampai umah semata2 nak naik LRT.Ha ha ha. Sebelum gi KL sentral , dia bawak kitaorg makan kat Padi House IOI conezion

Padi House IOI Conezion

Suka kat sini, tak ramai org. Makcik sejenis yg suka tempat sunyi

Dah lama tak tepek muka cik yuyi kat sini

Daus makan deep fried chicken parmigiana with pasta & salad

Menantu makan Mongolian lamb cutlet with garlic sauce ngan mouse coklat kek

Mouse coklat kek, makcik tak makan, makcik suka marble kek dia je

3 kali tepek gambar mouse coklat kek tu,sebab cantik dik .air tembikai menantu

Kitaorg minum air kosong

Marble kek dia menjadi pujaan makcik dan cucu sulung. Sedap sesangat2

Makcik makan petai fried rice

Petai fried rice sedap makan bersama hirisan cili api kampung. sedap angat2

Spaghetti bolognese tuk cucu bongsu, cucu sulung makan paata mac & cheese, lupa nak ambik gambar.

Cik yuyi makan stir fried beef horfun bersama extra hirisan cili api kampung
Padi House62502, Conezion Commercial, No 1-G-06, Persiaran IRC 3, Ioi Resort, 62502 City, Putrajaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2024/02/repeat-padi-house-takde-istilah-bosan.html