Repeat Hiking Bukit Batu Sawa Dapatlah Merasa Tengok Saki Baki Awan Karpet


Tak ada idea dah nak hiking bukit mana area Negeri Sembilan ni. Nak hiking Gunung Angsi dan Gunung Datuk macam malas. Nanti ambil masa lama nak turun naik. Lagipun dua gunung tu dah 2 kali naik.

Nak naik Gunung Berembun lagi lama dan jauh perjalanan dia. Gunung Tampin macam kurang menarik pula. Bukit Bal, dah lama tutup. Bukit Kristal macam tak ada orang naik dah. Ke dah tutup juga?
Area Pilah dan Bahau, Bukit Senaling, Bukit Taisho dan Bukit Penarikan malas nak repeat sebab laluan dia banyak ladang kelapa sawit je. Dia tak berapa nak hutan sangat. Bukit Baginda macam ambil masa je nak hiking. Mencabar juga bila baca review

Jadinya, kita repeat hiking Bukit Batu Sawa di Jelebu je lah. Masuk hutan sejuk sikit dan hutan pun cantik ada red forest

Bukit Kepayang pula baru naik minggu lepas sebelumnya. Kita tukar angin naik Bukit Batu Sawa sekali lagi.Kami hiking pada 20 Julai yang lepas. Sampai di Bukit Batu Sawa jam 7.40 pagi. Dah agak lewat tapi semasa dalam perjalanan nampak masih berkabus lagi. Ada potensi nak tengok awan karpet ni kata encik suami.

Macam biasa, hari Sabtu memang ramai orang. Nampak penuh parkir di kawasan rumah orang tu. Tapi kami parkir di tempat parkir yang dekat dengan pos pengawal ni. Selepas lalu pos pengawal ada tempat parkir yang dekat sebelum homestay

Sewaktu kami sampai di pondok pos pengawal untuk daftar dan beli permit tak ada orang. Turun nanti lah baru kita bayar


Jomlah kita terus mendaki. Orang depan kemain laju lagi tinggalkan kita di belakang

jam 7.47am
Pendakian kali ni saya tak beria ambil gambar. Sebab dah beria ambil gambar masa pertama kali hiking Bukit Batu Sawa bulan Februari yang lepas

7.58am
Bila dah nak sampai puncak trail mencanak tu saya dah pewai. Tapi better daripada sebelum ni lah. Kami sampai puncak jam 8.29am. Terlihat masih ada saki baki awan karpet. Cepat-cepat ambil gambar sebelum ia berlalu pergi


Dekat puncak ni jem ye. Beratur nak ambil gambar pun. Mana yang dah datang awal, ada yang tak mahu berganjak. Terpaksalah ambil pun. 
Takkan nak halau pula. Ambil gambar pun kena cepat-cepat sebab dah ramai menunggu di belakang. Dahlah tempat sempit sikit di bahagian batu-batu ni

Tak lama di sini sebab tak ada port nak lepak pun. Terus ke hot spot seterusnya di batu ni. Masih seram dan kurang berani nak berdiri. Kita duduk je lah. Pun beratur juga nak bergambar di sini. Itu belum lagi yang nak buat bermacam-macam style bergambar sampai puas hati. Hmmm..


Bila dah ramai-ramai terus jadi tak berapa nak healing. Tapi okaylah kita boleh bersatu dengan alam seketika. Neutralkan ion negative dalam badan bak kata Dato' Dr. Haji Fadzillah Kamsah

Menariknya, dapat melihat pucuk pokok hutan merah (red forest) berwarna pink ni. Nampak menarik dan rare, terus saya potretkan. Tengok boleh, ambil jangan. Jangan sembarangan nak ambil apa-apa dalam hutan ni. Takut ada yang mengikut balik


Red Forest yang mendamaikan. Malas nak lepak lama di sini. Lepas bergambar terus turun. Sebelum turun, bergambar sekali lagi


pandangan dari bawah

Hampir 2 jam juga turun naik campur masa berhenti ambil nafas dan bergambar. Kira okaylah tu kan. Dapat jugalah tengok awan karpet walaupun sikit. Kena datang lagi agaknya ni




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/08/repeat-hiking-bukit-batu-sawa-dapatlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Di Wak Lempeng Private Kitchen Selepas Hiking Bukit Batu Sawa

Sarapan Di Wak Lempeng Private Kitchen Selepas Hiking Bukit Batu Sawa

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 167 hits
Dalam perjalanan balik selepas hiking Bukit Batu Sawa mencari tempat sarapan yang menarik di kawasan Jelebu ni Jumpalah Wak Lempeng Private Kitchen Ada bookmark tempat ni cuma belum pernah sampai lagi Alang alang dah dekat mohlah kita singg...
Hiking Bukit Kepayang Ikut Trail Pacak Sikit

Hiking Bukit Kepayang Ikut Trail Pacak Sikit

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 131 hits
3 minggu cuti hiking rasa macam tak best pula Dia bukan boleh cuti lama lama Rindu Maka jomlah kita kembali hiking di Bukit Kepayang pada 14 Julai yang lepas Kali ni ikut trail yang agak pacak sedikit Saja nak uji kaki Kami sampai sini jam ...
Muhammadiyah Akan Bahas Lokasi Tambang Dengan Jokowi Abdul Mu Ti Ada Yang Canda Jangan Batu Akik

Muhammadiyah Akan Bahas Lokasi Tambang Dengan Jokowi Abdul Mu Ti Ada Yang Canda Jangan Batu Akik

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 141 hits
Muhammadiyah telah menentukan sikap dengan menerima tawaran pemerintah untuk mengelola tambang
Arkeolog Ungkap Temuan Penting Arca Dan Batu Pion Di Ujung Kulon Ada Kaitan Peninggalan Hindu Saiwa Abad 7 Masehi

Arkeolog Ungkap Temuan Penting Arca Dan Batu Pion Di Ujung Kulon Ada Kaitan Peninggalan Hindu Saiwa Abad 7 Masehi

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 108 hits
Temuan tersebut di antaranya dua kepala arca dan batu berbentuk pion berjumlah lima serta temuan batu lulumpang
Pasar Malam Batu 4 Dijajah Peniaga Asing

Pasar Malam Batu 4 Dijajah Peniaga Asing

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 196 hits
Mohd Khidir Zakariaam hmetro com mySuasana keadaan di Tapak Pasar Malam Batu 4 ketika tinjauan media di sini lewat petang semalam FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIAPort Dickson Tular di media sosial mendakwa pasar malam Batu 4 di sini dipenuhi peniag...
Penang Bans Horseback Riding At Batu Ferringhi Beach

Penang Bans Horseback Riding At Batu Ferringhi Beach

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 88 hits
State Local Government Town and Country Development Committee chairman Jason H ng Mooi Lye said that numerous public complaints had been received regarding cleanliness and the welfare of the horses involved Bernama picGEORGE TOWN July 29 Th...
Lepak Petang Di Pantai Batu Buruk

Lepak Petang Di Pantai Batu Buruk

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 130 hits
Sepanjang perjalanan balik ke homestay dari Nizam Celup Tepung disajikan dengan permandangan pantai pantai yang menarik Meriahnya bukan main sampai jalan jem Mana mana pantai meriah dengan ramai orang dan gerai gerai jualan Ada permainan la...
Penampakan Barang Bukti Bahan Peledak Dalam Rumah Terduga Teroris Di Batu

Penampakan Barang Bukti Bahan Peledak Dalam Rumah Terduga Teroris Di Batu

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 64 hits
Tim Densus 88 Anti Teror Mabes Polri bersama Polda Jatim berhasil menyita sejumlah barang bukti bahan kimia alat pembuat bahan peledak dan casing bom
Terungkap Identitas 3 Terduga Teroris Di Batu Satu Keluarga Dikenal Tertutup Tak Pernah Terima Tamu

Terungkap Identitas 3 Terduga Teroris Di Batu Satu Keluarga Dikenal Tertutup Tak Pernah Terima Tamu

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 91 hits
Tiga terduga teroris yang ditangkap Densus 88 menempati rumah di Dusun Jeding Desa Junrejo Kota Batu selama 1 5 tahun
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal