Sarapan Di Wak Lempeng Private Kitchen Selepas Hiking Bukit Batu Sawa


Dalam perjalanan balik selepas hiking Bukit Batu Sawa, mencari tempat sarapan yang menarik di kawasan Jelebu ni. Jumpalah Wak Lempeng Private Kitchen. Ada bookmark tempat ni, cuma belum pernah sampai lagi.
Alang-alang dah dekat, mohlah kita singgah bersarapan di sini. 

Konsep kedai Wak Lempeng Private Kitchen ni macam kedai makan/ warung lama. Dekorasi pun banyak barang-barang lama.


Bidai kedai Wak Lempeng Private Kitchen di atas bidai buluh. Kami pilih duduk di kawasan terbuka. Malas nak buka kasut duduk di kawasan dalam. Dari pintu masuk tu ada kawasan dalam kiri dan kanan. 

Beberapa minit menunggu baru ada adik tu ambil pesanan. Terkejut tengok adik tu bawa buku menu macam papan pemotong. Tak lenguh ke tangan nak membawanya. Berat boleh tahan. Kalau kertas laminate tu kan senang

Tapi apa nak buat. Dah itu konsep dia. Lain dari yang lain


Saya pesan air kopi O kurang manis dan kopi o panas kurang manis. Encik suami pula pilih lempeng set dengan kari kambing dan air teh tarik. Eh eh, masing-masing pesan air manis pula tiba-tiba. Bukan selalu kan.

Sementara menunggu pesanan tiba, kita potretkan lah sudut-sudut yang menarik di sini. Di bidai buluh ni juga ditampal senarai menu berserta harga. Harga masih berpatutan lagi


Di pintu masuk tadi ada kuih-muih disediakan. Kena ambil sendiri (self service) ye. Disini juga banyak barang-barang lama dijadikan perhiasan. Cantik pula tengok partition rotan tu. Ada juga radio lama di rak


Suis lama ni memang rarelah. Di kampung encik suami masih menggunakan jenis suis lama di bahagian rumah papan. Masih elok berfungsi


Boleh tahan lama juga menunggu pesanan tiba. Almaklumlah pelanggan ramai. Kena faham dan sabar menanti. 
Tak lama kemudian, barulah lempeng sampai bersama kari kambing. Saya cuma rasa lempeng dan cicah kuah sikit. Lempeng mini ada 5. Sedap rasa lempeng dia, lembut dan gebu walaupun tak crispy di luar. 
Kuah kari kambing pula agak pekat juga dengan sepotong daging kambing bersaiz kecil. Lepas tu lupa tak boleh makan kambing sebab nak derma darah esoknya. Nanti sangkut lagi Hb encik suami. Haiiyaa..

Kami ni bukan pemakan daging. Daging lembu dan kerbau boleh kira setahun berapa kali makan. Daging kambing lagilah, setahun sekali belum tentu. Tapi dah di pesan, encik suami makan je lah.


Lepas tu baru lontong lodeh sampai. Barulah kami dapat makan bersama-sama. Lotong lodeh dihidangkan bersama sambal kuah kacang. Lupa pula saya nak bertanya sebelum pesan, sambal tumis ke sambal kacang sebab saya suka sambal tumis lagi


Malas nak tanya, kita bedal je lah. Bukan tak makan sambal kuah kacang. Cuma bila dah pakai braces ni banyak pantang larangnya. Tak boleh makan keras-keras sangat. Mujur boleh gigit lagi.

Alhamdulillah...sedap betul rasa lontong lodeh ni. Kuah cair pun sodap! Saya fikir semua makanan di sini sedap kot sebab semua hidangan kampung dan cara masakan kampung. Memang sedaplah kan. Itu yang sentiasa ramai orang agaknya.


Bolehlah kalau nak ulang datang makan di sini. Makanan sedap dan harga berpatutan. Tempat pun menarik. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/08/sarapan-di-wak-lempeng-private-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Repeat Hiking Bukit Batu Sawa Dapatlah Merasa Tengok Saki Baki Awan Karpet

Repeat Hiking Bukit Batu Sawa Dapatlah Merasa Tengok Saki Baki Awan Karpet

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 563 hits
Tak ada idea dah nak hiking bukit mana area Negeri Sembilan ni Nak hiking Gunung Angsi dan Gunung Datuk macam malas Nanti ambil masa lama nak turun naik Lagipun dua gunung tu dah 2 kali naik Nak naik Gunung Berembun lagi lama dan jauh perja...
Sarapan Lempeng Kelapa Di Warung Wanchu

Sarapan Lempeng Kelapa Di Warung Wanchu

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 297 hits
Assalamualaikum WBT PAGI ini Sk dah buat temu janji untuk servis kereta Dah serah ke Iman untuk bawa kereta ke pusat servis sebab Sk bekerja Jadi pagi pagi lepas clock in kita bawa Iman pergi sarapan dulu di Warung Wanchu Larkin yang berhad...
Hiking Bukit Kepayang Ikut Trail Pacak Sikit

Hiking Bukit Kepayang Ikut Trail Pacak Sikit

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 216 hits
3 minggu cuti hiking rasa macam tak best pula Dia bukan boleh cuti lama lama Rindu Maka jomlah kita kembali hiking di Bukit Kepayang pada 14 Julai yang lepas Kali ni ikut trail yang agak pacak sedikit Saja nak uji kaki Kami sampai sini jam ...
Ada Ke Nenggiri Batu Nisan Ku Li

Ada Ke Nenggiri Batu Nisan Ku Li

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 211 hits
Ada ke Nenggiri batu nisan Ku Li ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be oJo DmJLew0 src in org https www youtube com embed oJo DmJLew0 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed oJo Dm...
Kronologi Remaja Di Batu Terpapar Paham Radikal Isis Hingga Jadi Pengantin Bom Bunuh Diri

Kronologi Remaja Di Batu Terpapar Paham Radikal Isis Hingga Jadi Pengantin Bom Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 237 hits
Densus 88 mengungkapkan awal mula terduga teroris remaja berinisial HOK terpapar ideologi ISIS hingga berujung keinginan melakukan bom bunuh diri
Nasi Ayam Yunan Batu Buruk Di Antara Nasi Ayam Terbaik Di Terengganu Cubalah

Nasi Ayam Yunan Batu Buruk Di Antara Nasi Ayam Terbaik Di Terengganu Cubalah

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 253 hits
Makan tengahari di Kuala Terengganu Nasi Ayam Yunan di Medan Selera Batu Buruk antara nasi ayam terbaik di Terengganu Ayam dan sos kicap serta sambalnya cukup memikat selera Ditambah dengan Baby Kailan dan sayur taugeh memang jaddi dan palu...
Orangtua Pelajar Di Batu Tahu Anaknya Merakit Bom Beli Bahan Peledak Dari Tabungan Uang Jajan

Orangtua Pelajar Di Batu Tahu Anaknya Merakit Bom Beli Bahan Peledak Dari Tabungan Uang Jajan

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 132 hits
Pelaku merupakan anggota kelompok Daulah Islamiyah yang masih terafiliasi dengan Islamic State of Iraq and Syria
Densus 88 Ungkap Remaja Tersangka Terorisme Di Batu Malang Belajar Rakit Bom Dari Internet

Densus 88 Ungkap Remaja Tersangka Terorisme Di Batu Malang Belajar Rakit Bom Dari Internet

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 133 hits
Tersangka membeli bahan peledak menggunakan tabungan uang jajan yang didapat dari orang tuanya
Moga Jadi Penyambung Legasi Anak Sharifah Khasif Muncul Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

La T Te D Or Restaurant At One Madison By Rockwell Group

Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid

Tradisi Mencandat Sotong Antara Warisan Ekologi Dan Sains Cahaya

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

Hold Tight 5 Motorcycle Phone Mounts To Keep You Connected


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Starbucks Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah

Why My Me Time Starts When The Whole House Is Finally Asleep

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Asian Pop Stars 2025 Bakal Cipta Fenomena Lahirkan Bintang Bertaraf Dunia

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025