Repack Body Mist Bath Body Works
Bahaya betul kalau Bath & Body Works asyik buat sale. Mujur tak terjebak berkali kali. Sebabnya jenuh fikir macamana nak habiskan stok yang sedia ada ni. Macam lambat je nak habiskan walaupun setiap kali disembur.
Sembur pun bukan sikit sikit je sebab baunya tak nak kalah. Semerbak! Itu yang lambat habis tu. Nampak ada seller kat Shopee jual body mist Bath & Body Works yang repack tu. Maka timbullah idea nak repack body mist Bath & Body Works dalam botol kaca mini perfume yang biasa orang jual tu.
Saya beli mini glass perfume spray bottle bersaiz 10ml. Sesuai sangatlah untuk diletakkan dalam hand beg. Saiz yang tak makan ruang sebab dia jenis panjang dan slim. Stand by perfume dalam hand beg daripada kena beli perfume mini baru, lebih baik kita berjimat dengan cara begini.
Sekurang-kurangnya ada langkah penyusutan stok daripada membazir tak guna. Itu yang malas nak beli baru tu selagi yang lama tak habis.
baca juga : a thousand wishes bath & body works | winter candy apple, warm vanilla sugar
Ikutkan nafsu membeli nak je beli lagi dan lagi. Baru-baru ni ada keluar baru eh " Gingham love" Collection dengan Poppy. Ahhh sudahh..dia goda kita pulak bagi email. Sabajap! Bagi habis yang sedia ada dulu.
Ehhh..bukan itu je, sekarang buy 2 free 1! Tapi itu biasa je BBW buat kan.
Kalau kau orang tak tahu macamana nak habiskan perfume body mist ni bolehlah buat cara macam ni. Repack je dalam mini glass bottle perfume. 1 botol comel kosong harga dia RM0.65 sen sahaja. Boleh beli banyak dan repack banyak-banyak. Boleh dijadikan sebagai gift juga
Nak bawa travel pun senang. Takpayah lah nak bawa gedabak botol besar tu kan. Lepas ni kalau nak beli body mist kena beli yang travel size tu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/09/repack-body-mist-bath-body-works.html