Rendang Tok Untuk Anak Anak Beraya Di London




Selain rendang ayam dan rendang daging, pastinya yang dicari cari di meja hidangan ialah rendang tok. Tapi sebelum kita masuk bab resipi, jom kita kongsikan tentang Ramadhan. Sahabat baik saya pernah mengajar saya, Zie untuk malam malam akhir Ramadhan, kita kena ada strategi dalam beribadah. 
Contoh jangan hanya mengaji Al Quran pada malam itu tapi baca surah surah yang digalakkan untuk kita membacanya seperti surah Yassin, Al Fatihah, 3 Qul, Al Zalzalah, Al Mulk.  
Ini adalah kerana sebagai contoh, kita digalakkan untuk membaca surah Al Mulk setiap malam sebelum tidur kerana surah ini akan bertindak sebagai peguambela kita di dalam kubur. Jadi dengan membaca surah Al Mulk pada malam yang kalau bersamaan dengan malam Lailatul Qadr ianya seolah kita membaca surah ini selama 83 tahun.  
Haa begitulah lebih kurangnya. Ketika itu, belum ada IG, Tiktok ni semua. Tapi sejak dah ada media social, ramai juga ustaz ustaz mengajarkan seperti itu. Sejak itu, saya mengubah cara sedikit dengan mengutamakan surah yang kita digalakkan membacanya sepanjang hidup. Mengaji surah lain dibuat waktu siang hari Ramadhan. 
Hari ini saya memasak rendang Tok dalam periuk non stick Vantage saiz 36 cm. Dah bertahun saya menggunakan periuk ini untuk memasak juadah raya atau memasak apa apa dalam kuantiti yang banyak.  Saya suka kuali dan periuk Vantage kerana ianya ringan. 
Sejak mengalami masalah carpal tunnel, saya jadi phobia untuk mengangkat barang yang berat terutama periuk dan kuali dari dapur. Pergelangan tangan ini penting untuk kita bekerja di dapur. Jadi kena berhati hati dan mengelakkan terjadi nya di masa hadapan. 

Saya menyediakan lauk rendang tok ini untuk bekalkan pada Nana yang sedang berpuasa dan beraya di London bersama keluarga, juga Aween. Mereka tiba malam tadi dengan penerbangan Qatar dan Aween hari ini akan bertolak dari Wales ke London untuk sama sama menjaga Ammar dan Aliya. 
Saya retort lauk pauk untuk dibawa ke sana. Nana ke sana untuk menduduki ujian klinikal, jadi dia tidak ada masa untuk memasak juadah berbuka dan juadah raya. Semoga Nana dapat fokus kepada ujian yang akan dijalani dan lulus dengan cemerlang. Aamiin. Sama sama doakan ya. 
Saya belajar resipi dari arwah Bonda Mertua. Tapi dulu dulu semua main ingat ingat di kepala sahaja terutama sukatan bahan yang disangai. Saya pun ada ajar Sri Handayani, pembantu rumah kami ketika itu. Tapi bila dah lama tak buat, saya jadi lupa sukatannya. Tapi saya masih ingat semua bahan yang digunakan. 
Kalau Bonda mertua memasak rendang, bahan semua dihiris halus. Masa tu tak faham kenapalah nak kena hiris, kan senang kalau semua dikisar sahaja. Hahaha maklumlah bahan yang dihiris bukan sedikit tapi untuk memasak 4-5 ekor ayam. Rendang pedas Perak memang menggunakan bahan yang banyak dan bila kering, banyak serdaknya.
Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Rendang Tok Bonda Mertua
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
2 kg daging - potong kiub besar
8 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai 
2 keping gula melaka  
2 inci lengkuas - kisar
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 sudu kecil belacan 
1-2 sudu besar garam
2 sudu besar gula


Bahan disangai (goreng tanpa minyak):
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar biji ketumbar


Bahan B:
1 kg santan
4 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - carik kasar
1-2 keping asam keping


Bahan hiris halus:
30 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci  halia 
7 batang serai 


Cara cara:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk. Perap dengan daging selama dua hingga empat jam. 


Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan. Masak dalam periuk tekanan selama 30 minit. Sebab nak keringkan lagi. Keringkan dalam kuali. 





Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Kena selalu dikacau supaya tidak hangit. 


Akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.





Nota:
Jika daging belum empuk, tambah santan. Jangan tambah air. 


Resipi Bonda mertua, lengkuas dikisar dan ditapis, ambil hampasnya sahaja. Tapi saya masukkan sekali dengan air.  Serai dihiris nipis tapi saya kisar sahaja kerana serai saya jenis yang besar besar. 














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/04/rendang-tok-untuk-anak-anak-beraya-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Kali Keluar Beraya Anak Mengamuk Tak Cukup Tidur Konsultan Tidur Bayi Kongsi Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan

Setiap Kali Keluar Beraya Anak Mengamuk Tak Cukup Tidur Konsultan Tidur Bayi Kongsi Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 294 hits
Mak ayah dah excited nak pulun jalan raya dari pagi sampai ke malam Anak kecil pula kena ulang tidur beberapa kali sepanjang hari Macam mana ni Situasi ini pasti terjadi lagi lagi jika anda mempunyai anak kecil Macam mana nak uruskan tidur ...
Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik Kampung Beraya

Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik Kampung Beraya

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 216 hits
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ...
Resepi Rendang Tok

Resepi Rendang Tok

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 422 hits
Resepi Rendang Tok Rendang adalah salah satu masakan yang kerap dimasak di musim perayaan terutama bila tiba hari Raya Ada pelbagai jenis rendang dan cara memasaknya juga berbeza beza Salah satunya rendang tok Bagi sis la kan hari raya menj...
Teruja Nak Pulang Beraya Di Kampung Suami Tidak Sedar Tertinggal Anak Isteri Di Tepi Jalan

Teruja Nak Pulang Beraya Di Kampung Suami Tidak Sedar Tertinggal Anak Isteri Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 464 hits
Teruja nak pulang beraya di kampung suami tidak sedar tertinggal anak isteri di tepi jalan Kerana keterujaan bakal menyambut Aidilfitri di kampung seorang lelaki tidak menyedari dia tertinggal isterinya di sebuah pos pemantau semasa dalam p...
Diana Danielle Izinkan Farid Kamil Bawa Anak Anak Pulang Beraya Di Kampung Kedah

Diana Danielle Izinkan Farid Kamil Bawa Anak Anak Pulang Beraya Di Kampung Kedah

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 241 hits
Diana Danielle izinkan Farid Kamil bawa anak anak pulang beraya di kampung Kedah Pelakon Farid Kamil diberi kebenaran oleh isterinya Diana Danielle untuk membawa dua orang anak mereka iaitu Muhammad 10 dan Nur Aurora 8 untuk balik ke kampun...
Anak Setia Menunggu Untuk Beraya Bersama Pada Hari Pembebasan Ayah Setelah 13 Tahun Di Penjara

Anak Setia Menunggu Untuk Beraya Bersama Pada Hari Pembebasan Ayah Setelah 13 Tahun Di Penjara

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 386 hits
Di luar sana ramai bekas banduan yang dipinggirkan daripada orang terdekat terutamanya keluarga sendiri setelah bertahun tahun berada di dalam penjara Ini menjadikan mereka lebih tercabar untuk memulakan kehidupan baru kerana sudah kita sed...
Ibu Ayah Perlu Bijak Atur Pembelajaran Anak Anak

Ibu Ayah Perlu Bijak Atur Pembelajaran Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 296 hits
Ibu Ayah Perlu Bijak Atur Pembelajaran Anak AnakAssalamualaikum Hi korang Selamat petang Selamat berpuasa semua Petang ni KakYa nak sembang sikit dengan Ibu ayah mengenai pembelajaran anak anak Sebelum ni KakYa memang risau sangat bila Akif...
Cute Gaya Ootd Baby Guzel Anak Ali Syakieb Dan Margin Saat Bukber Bikin Gemas

Cute Gaya Ootd Baby Guzel Anak Ali Syakieb Dan Margin Saat Bukber Bikin Gemas

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 181 hits
Guzelim Aracelli Ali Syakieb atau Baby Guzel kini tumbuh besar Tak terasa usianya akan menginjak 1 5 tahun Potret Baby Guzel makin lucu dan menggemaskan Terbaru Margin dan Ali Syakieb mengajak Baby Guzel saat acara buka bersama Gayanya cute...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi