Rendang Tok Sedap




Setiap kali menjelang raya, kami akan singgah di Batu Gajah untuk membeli rendang tok yang dijual di Bazar Ramadhan dalam perjalanan balik ke kampung suami di Parit Perak. Memang sedap kerana rendang tok memang berasal dari negeri Perak.
Saya belajar memasak rendang tok dari arwah Bonda Mertua. Beberapa kali juga memasak sama sama dengan arwah sehingga saya dah boleh menghafal bahan bahannya. Balik Kelantan pun saya menyediakan rendang tok menggunakan daging Korban. 
Saya mengajar bekas pembantu rumah saya, Sri Handayani dan beliau juga boleh memasak dengan sedap. Seperti biasalah bila pembantu rumah dah pandai, semua bahan disediakan beliau. Jadi lama lama kelamaan saya menjadi lupa sukatan bahan bahannya. Walaupun saya ingat semua bahan bahan yang digunakan. 

Resipi bonda mertua lagi mudah, campakkan semua bahan ke dalam kuali bersama daging, tak perap. Kemudian masak sehingga air daging keluar dan kering, baru dimasukkan santan. Kacaulah sehingga kuah kering yang disukai. 
Itu semua tinggal kenangan, saya kini merujuk kepada kakak ipar untuk memasak rendang tok kerana beliau juga orang Perak. Sayang sebenarnya kerana resipi tradisionak macam ni, jika tak disimpan betul betul, akan hilang meriahnya. 
Bila Bonda Mertua meninggal, kami pun dah tak balik kampung lagi. Sekarang beraya hanya di rumah sendiri. Kerana kami menpunyai anak anak yang telah berkahwin yang juga bergilir beraya di rumah mertua mereka pula. 
Saya beruntung kerana berbesan dengan orang orang di sekitar lembah Klang sahaja. Sebelah tengahari baru bertolak untuk beraya rumah kawan kawan atau saudara mara. 

Haa itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana saya belajar menyediakan rendang tok kerana saya orang Kelantan. Bukan orang Perak. Tapi minat saya untuk belajar resipi masakan tradisional sangat tinggi. Bukanlah sangat kerana nak makan, kalau sekadar nak makan beli sekilo pun dah cukup. 
Jadi kalau nak cuba masak rendang tok, boleh guna resipi di bawah ini. Lebih lebih lagi orang Perak, kenalah pandai dengan resipi tradisi negeri mereka. Tak boleh nak harapkan orang tua tua lagi. Saya dulu mesti nak belajar, soal masak atau tidak, itu belakang kira. Yang penting resipi ada kat tangan. Jadi kalau nak belajar, boleh beli buku resipi Azie Kitchen, Hebat Di Dapur. Ada resipi rendang tok di dalamnya.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa menonton video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Rendang Tok Oleh: Azie Kitchen 
Bahan A:1 kilo daging - potong kiub saiz sederhana4-5 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai3 kuntum bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis, 3 inci biji buah pelaga5 biji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hiris
Bahan B kisar halus:5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas5 batang serai
Bahan C:1 sudu besar jintan kasar/jintan manis1 sudu besar jintan halus/jintan putih1 sudu besar biji ketumbar
Bahan D3 sudu besar kerisik1 keping gula melaka - 90 gram1 ½ helai daun kunyit - hiris1 kg santan segar pekat1 keping asam kepingSedikit belacan- opsyenalSedikit gula1 ½ sudu besar Knorr Pasti Sedap
Cara cara:Bahan C digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus.

Satukan bahan A, B dan C ke dalam periuk. Gaul dan perap dengan daging selama 4 jam. Nota: lebih sedap jika diperap semalaman.

Masak atas api perlahan sehingga air kering. Kemudian, masukkan santan. 
Kacau atas api perlahan selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka dan sedikit garam.
Kacau sehingga daging mula empuk dan berwarna agak hitam dan kering dan supaya tidak hangit.
Akhir sekali masukkan asam keping dan daun kunyit. Tambah garam, jika perlu Kacau rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Nota:Rendang ini lebih sedap dan mesra selepas sehari dimasak.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/04/rendang-tok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daging Ungkep Atau Rendang Jawa Yang Sedap

Daging Ungkep Atau Rendang Jawa Yang Sedap

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 508 hits
Saya memasak daging ungkep atau dipanggil Rendang Jawa ini setelah disyorkan oleh Ros pengasuh Ammar Sebelum ini saya hanya membuat Ayam Ungkep di Memang sedap kerana selain bahannya simple ianya sangat cepat disediakan Ianya adalah sejenis...
Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama Reja Ayam Dan Fish Cake Sedap

Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama Reja Ayam Dan Fish Cake Sedap

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 646 hits
Salah Satu lauk yang aku suka masak dan makan adalah sup sayur dan di campur dengan sedikit reja ayam dan fish cake aka tepung isi ikan Kami satu keluarga amat menyukai sup sayur sebegini Sedap berkhasiat dan menyihatkan Sangat sesuai untuk...
Siakap Stim Lemon Air Tangan Kak Liza Terlajak Sedap Nikmatnya Lain Macam

Siakap Stim Lemon Air Tangan Kak Liza Terlajak Sedap Nikmatnya Lain Macam

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 530 hits
Asyik masak gulai je kadang kadang tu rasa jemu juga kan Tapi bagi yang suka makan lauk yang tak menggunakan santan selain hidangan sup anda boleh cuba buat cara stim pula Tak kisahlah ikan atau ayam stim Janji menu ni suami dan anak akan p...
Iftar 4 Mee Udang Sedap

Iftar 4 Mee Udang Sedap

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 289 hits
Asalamualaikum dan Alhamdulillah cepat masa berlalu dah hari ke lima kita berpuasa hari ini semuga terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan ibadah dibulan Ramadhan yang mulia ini Aamiinmenu berbuka petang semalam kak rose...
Ikan Unga Masak Kari Tak Cukup Bahan Tetap Sedap

Ikan Unga Masak Kari Tak Cukup Bahan Tetap Sedap

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 522 hits
Ikan Unga Masak Kari Sedapnya Sejak kat rumah ada banyak stok ikan unga dan ikan kambing maka berikan ikan lah kita menu sehari hari So kita pelbagaikan menu tu dari kari asam pedas goreng berlada dan macam macam lagi Nanti saya akan kongsi...
Daging Goreng Thai Sedap Buat Lauk Bersahur

Daging Goreng Thai Sedap Buat Lauk Bersahur

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 290 hits
Untuk anda yang suka masakan daging secara ringkas dan menyukai rasa pendas masam dan manis serta aroma ketumbar Anda wajib cuba menu Daging Goreng Thai ni ia sangat mudah disediakan dan sangat sedap RESEPI DAGING GORENG THAIBAHAN BAHAN800g...
Buat Sendiri Buah Rotan Dan Jejari Keju Jimat Sedap

Buat Sendiri Buah Rotan Dan Jejari Keju Jimat Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 266 hits
Kuih buah rotan memang antara kuih raya autentik sejak dulu jadi kegemaran ramai Sementara Jejari Keju tidak kurang hebatnya sesuai dengan cita rasa semasa Kedua dua kudapan bergoreng ini mudah disediakan dan tidak perlu menunggu ketuhar Le...
Sedap Berbuka Dengan Nasi Kurma Kari Ikan Jenahak

Sedap Berbuka Dengan Nasi Kurma Kari Ikan Jenahak

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 394 hits
Sekali sekala jamu ahli keluarga dengan menghidangkan Nasi Kurma dengan Kari Ikan Jenahak memang terbaik Kalau nak makan di luar memang mahal Apa lagi di musin PKP yang mendesak ni lebih baik kita buat sendiri lebih jimat dan terjamin rasa ...
4 Ayam Goreng Paling Sedap Di Malaysia Kfc Vs Mcd Vs Texas Chicken Vs Marrybrown

4 Ayam Goreng Paling Sedap Di Malaysia Kfc Vs Mcd Vs Texas Chicken Vs Marrybrown

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 1172 hits
Kali ini kita bawakan pertarungan antara ayam goreng pula KFC vs MarryBrown vs McD vs Texas Chicken Mana paling sedap Korang geng mana cuba komen sikit
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Blog Ini Adalah Luahanku

Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania

Kisah Stoking Sekolah

Rmk13 Dewan Rakyat Kecoh Lepas Peristiwa 13 Mei Dibangkit Ketika Bahas

Reward Whistleblowers In Civil Service Says Deputy Speaker

Lake Neuron Inside The World S Largest Underground Thermal Lake Discovered Beneath Albania

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia