Rendang Nenek Yang Terpaling Sedap




Assalamualaikum, sebelum membaca seterusnya, jangan lupa klik iklan di blog saya dulu ya. Terima kasih atas kerjasama semua. Mungkin ada antara pembaca blog saya ada terbaca yang saya ada membuat pengambilan jemaah untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Insya Allah. Doakan semoga semua urusan kami dan jemaah kami berjalan dengan lancar dan mereka kembali dengan mendapat Haji yang mabrur. 
Sementara saya dalam topik ini, saya ingin kongsikan sedikit catatan yang saya buat dari kuliah Ustaz Jafri Mahmood berkenaan dengan amalan yang dibuat semasa di Tanah Suci, tak kira lah untuk mengerjakan umrah atau pun mengerjakan Haji. Telah bertahun tahun catatan ini menjadi rujukan saya terutama setiap kali saya ke tanah suci. 
Jadual Ibadah harian ketika di Tanah Suci yang disyorkan oleh Ustaz Jafri memandangkan 1 rakaat solat di Masjidil Haram sama dengan 100,000 kali ganda. Rugi kalau tak tidak maksimunkan ibadah semasa di sana.
Persediaan:1. Fizikal. Akan banyak guna tenaga untuk melakukan tawaf dan saie. Sebelum pergi, mulalah melakukan sedikit exercise seperti jogging. Takut sakit bila sampai di sana, terutama kekejangan

2. Amalan. Hendaklah maksimunkan amalan di sana. Amalan yang dah lekat. Kena mula dari sekarang supaya ianya lekat di sana seperti mula membaca Al Quran dan solat tahajjud

3. Ekonomi. Tujuan adalah untuk bersedekah pada jemaah di sana. Boleh beri pada Jemaah miskin yang duduk di tepi tepi masjid. Niat bawa duit untuk bersedekah. Satu satu yang Allah jamin pahala segera adalah sedekah. Di dunia lagi kita dah dapat. Bayangkan satu sedekah, kita boleh dapat sehingga 70 juta pahala, iaitu 1x700x100,000

4. Ilmu. Supaya bila sampai sana, dah siap sedia dengan apa amalan yang kita nak buat. Amalan harian apa yang nak dibuat

• Sunat tahajjud minima 2 rakaat. Mereka yang melakukan solat tahajjud, wajahnya diberi nur. Ianya adalah amalan para Nabi dan orang orang Soleh. Nak jadi orang baik, lakukan tahajjud. Apa sahaja kita nak dari dunia hingga akhirat, penyelesaiannya adalah dengan solat tahajjud. Bangun waktu ⅓ akhir malam iaitu waktu itu Allah sangat dekat, Allah nak dengar segala permintaan, Allah nak perkenan segala hajat, Allah nak ampun semua dosa. Kita ada banyak masalah. Masalah dengan anak yang tak nak solat, tak dengar cakap dsb. Perbanyakkan berdoa, Ya Allah, lindungi keluarga kami dari fitnah Ya Allah. Masalah duit tak cukup, masalah rumahtangga tak berkat. Anak sekarang tak suka tengok muka kita. Kenapa anak jadi macam tu? Mungkin kesilapan yang kita buat waktu kita jahil ketika kita sakitkan hati ibubapa kita dulu. Apa doa paling afdhal? Jawapannya ialah minta ampun. Dosa yang menyebabkan masalah menjadi banyak. Jadi kena minta ampun untuk padam dosa. Nak masuk syurga tanpa hisab, semua kena tahajjud. Setiap hari, mesti buat

• Solat sunat taubat 2 rakaat sebab hendak Allah ampun dosa kita. Bayangkan semua dosa dosa yang telah kita lakukan dulu. Menangis dan menyesal. Tanda dosa masih ada pada kita, ialah bila kita susah nak melakukan perkara yang senang seperti membaca Al Quran atau melakukan solat sunat. Perbanyakkan baca doa Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallaahuakbar untuk padamkan dosa. Ianya akan menanggalkan dosa seperti tertanggal daun daun kering dari pokok. Baca sekurangnya 100x setiap hari. Allah tanam satu pohon dalam syurga.
• Lepas tu buat solat hajat. Sujud lama lama sikit. Dalam hati, niat segala apa yang dihajati. Lepas solat angkat tangan dan berdoa panjang panjang. Bila berdoa, buat seperti kita sedang sembang dengan Allah. Minta ampun dengan Allah. Kemudian minta ampun untuk kedua ibubapa, minta ampun untuk suami dan anak anak kita, rakan rakan serta guru guru

• Solat sunat sebelum Subuh dan solat Subuh secara berjemaah. Baca La ilaha illah wahdahu la syarikalah. Lahul-Mulk walahul-Hamdu yuhyi wa yumiit. Wa huwa 'ala kulli syain Qadir sebanyak 10x untuk solat maghrib dan Subuh. Syarat tak bercakap apa apa lagi. Kaki masih dalam kedudukan dalam tahiyyat akhir. Ramai yang tak tahu bab ini. Selepas salam, ada yang bangun pindah tempat dsb. Selepas Subuh dan Maghrib, baca juga zikir Allahumma ajirna minannaar sebanyak 7x. Baca ayat Kursi selepas setiap solat fardhu, fadilat sangat besar kerana tiada yang halang masuk syurga, kecuali belum mati. Baca Al Quran pagi pagi. Waktu yang lebih berkat yang didoakan oleh Nabi. Selawat pada waktu pagi selepas Subuh 10x dan petang 10x selepas Asar.
• Solat Dhuha minima 2 rakaat. Siapa solat Dhuha 4 rakaat dan solat qabliah Zohor 4 rakaat, Allah akan bina rumah padanya di syurga

• Solat sunat sebelum dan selepas Zohor. Sebelum 4 rakaat dan selepas 4 rakaat. Allah mengharam jasadnya masuk neraka

• Solat sunat sebelum Asar kalau boleh 4 rakaat. Solat Asar berjemaah kerana waktu tukar shift Malaikat. Lepas solat Asar baca selawat 10x dan baca penghulu Istighfar. Siapa baca pagi, mati petang, untuknya syurga

• Solat sunat sebelum Maghrib 2 rakaat

• Solat Maghrib. Lepas solat baca zikir La ilaha illah wahdahu la syarikalah. Lahul-Mulk walahul-Hamdu yuhyi wa yumiit. Wa huwa 'ala kulli syain Qadir sebanyak 10 kali dan Allahumma ajirni 7 kali serta baca ayat Kursi. Pastikan kaki masih dalam kedudukan tahiyyat akhir. 
• Solat selepas Maghrib solat sunat awwabin 2 rakaat
• Solat sebelum Isyak, solat Isyak berjemaah dan solat 4 rakaat selepas Isyak

• Solat witir 3 rakaat. Buat ringkas. Baca Fatihah sahaja kerana selepas solat Isyak, kita akan solat 7 rakaat iaitu 4 rakaat solat Badiah dan 3 rakaat solat witir. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Sekarang kita masuk pula bab resipi. 

Dari dulu masa mula mula ber blog, saya suka belajar resipi orang tua tua yang telah menjadi resipi turun temurun. Resipi begini yang susah dicari. Pertama kerana zaman dulu tak ada socia media dan resipi hanya diperturunkan pada anak anak. Hanya anak anak dia jer yang pandai. 
Kedua, ramai orang tua yang dah tak ada dan anak anak tak sempat belajar sebab masa muda tak belajar. Haa saya banyak jatuh dalam kategori kedua. 
Arwah bonda memang hebat dalam bab masakan dan kuih muih tradisional Kelantan. Semua tak sempat belajar. Zaman dulu, kita hanya tolong kisar beras jer. Habis tu, terus tinggal dan pergi bermain. Tak tengok proses memasak seterusnya. 
Hari ini saya belajar resipi seorang nenek tua yang rasa dari Pahang kot kalau tengok loghat yang digunakan. Biasa lah resipi orang tua dulu tak guna blender. Bahan digunakan hanya ditumbuk kasar. 
Masa sedang dimasak memang terbau aroma rendang yang wangi. Dia beritahu biasanya rendang seperti ini dimasak pada hari raya jer. Rendang ini lebih sedap menggunakan daging. Tapi kalau guna daging, lama lah sikit nak bagi daging empuk. Santan menggunakan santan segar tapi saya ganti dengan santan kotak. 
Rasanya? Masya Allah first bite, saya dah rasa sedap sangat sehingga tak habis habis memuji sedap nyer rendang ni. Hahaha kan dah kata rendang orang tua tua dulu, memang sedap. Lagi lagi kalau guna bahan segar semuanya. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...... 

Rendang Nenek Yang Terlajak SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan Tumbuk:1-2 inci halia2 inci lengkuas5 batang serai2 biji bawang besar2 sudu besar biji ketumbar
Bahan A:Rempah 3 sekawan4 sudu besar cili kering kisar¾ ekor ayam1 kotak santan kotak + air secukupnya
Bahan B:2 keping asam keping¼ keping gula Melaka/gula kabung½ sudu besar garam kasar atau secukupnya1-2 sudu besar kerisikSerbuk perasa aji/serbuk pati ayam
Bahan C:1 helai daun kunyit kunyit - hiris
Cara cara:Panaskan minyak masak dan tumis rempah 3 sekawan dan bahan tumbuk sehingga naik bau.


Masukkan cili kisar. Kacau rata.

Masukkan ayam. Kacau rata. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.

Masukkan semua bahan B. Masak sehingga kuah kering yang disukai.
Akhir sekali, masukkan daun kunyit. Kacau rata dan boleh tutup api.



Nota:Boleh juga guna daging untuk jadikan Rendang Daging.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/01/rendang-nenek-yang-terpaling-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips Untuk Hasilkan Nasi Ayam Yang Lembut Dan Wangi

Himpunan Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips Untuk Hasilkan Nasi Ayam Yang Lembut Dan Wangi

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 230 hits
hidangan yang telah mengukuhkan kedudukannya sebagai kegemaran rakyat Malaysia ia menawarkan cara penyediaan yang mudah dan cepat turut menjadikannya pilihan utama di Asia Tenggara Panduan nasi yang wangi dengan daging ayam yang lembut menc...
Masak Lemak Udang Mudah Dan Sedap

Masak Lemak Udang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 278 hits
Assalamualaikum semua Hari ini kita bersiaran lagi Semoga anda semua sihat walafiat di hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari Kalau belum membaca surah Al Kahfi malam tadi jangan lupa untuk membacanya hari ini Jangan lupa juga klik...
Kedai Makan Legend Village Kg Raja Uda Tak Pernah Tak Sedap

Kedai Makan Legend Village Kg Raja Uda Tak Pernah Tak Sedap

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 214 hits
3 malam berturut2 makcik ngan daus makan kat kedai makan Legend Village Kg Raja uda kedai makan ni berdekatan dengan jambatan motor kampung Raja Uda Port Klang Lokasi kedai betul2 kat tepi jalan Saper yg gi jambatan motor KRU mesti jumpa ke...
Kambing Perap Yang Sedap Dan Juicy

Kambing Perap Yang Sedap Dan Juicy

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 238 hits
Korang penggemar daging kambing Jika ya sudah pasti korang akan rasa teruja dengan keunikan dan kelazatan hidangan kambing perap Bagi yang tidak mahir memasaknya jangan risau Korang boleh cuba Resepi Kambing Perap yang mudah untuk dicuba di...
Nasi Padang Sedap Di Klang

Nasi Padang Sedap Di Klang

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 288 hits
Alhamdulillah kita dah hampir ke penghujung Januari 2024 Bagaimana dengan 22hari di bulan Jan ni Alhamdulillah kita semua masih sihat bahagia semoga rezeki sihat ni sampai bila biula kita dapatkan Bila sihat semua benda boleh buat dengan ge...
Resipi Phad Kra Phao Yang Paling Mudah Sedap Tak Banyak Bahan

Resipi Phad Kra Phao Yang Paling Mudah Sedap Tak Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 217 hits
Phad Kra Phao adalah makanan popular di Thailand yang menggunakan daging ayam atau daging lembu B oleh juga gunakan makanan laut dengan menggoreng beberapa bahan yang diperlukan Anda boleh makan bersama nasi dan telur goreng bersama phad kr...
Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di Ikea Malaysia

Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di Ikea Malaysia

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 127 hits
Mungkin anda yang tinggal sekitar Kuala Lumpur akan setuju kalau aku kata menu di Restoran IKEA Malaysia memang terbaik Bukan hanya sekadar menu yang pelbagai punyai garapan citarasa Malaysia dan harga yang murah untuk semua Sebab itu aku b...
Pastri Dan Kopi Paling Sedap Di Simpol Cafe Alor Setar

Pastri Dan Kopi Paling Sedap Di Simpol Cafe Alor Setar

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 231 hits
Hai Petang semalam aku singgah beli pastri dan kopi di Simpol Cafe Alor Setar Lokasi cafe ni kurang startegik sikit disebabkan kedudukannya betul betul tepi dan simpang jalan Al maklum lah kalau pekan cina lama memang kedainya agak kecil da...
Sedap Ke Makanan Dekat Kafe Kleptokrat Yang Tengah Viral Tu

Sedap Ke Makanan Dekat Kafe Kleptokrat Yang Tengah Viral Tu

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 174 hits
Assalammualaikum Allah Lama betul Eyza tak menulis Rindu sebenarnya nak pot pet pot pet kat sini tapi apakan daya busy nau nau Ni pun Eyza curi curi update masa anak tengah tido Kang kalau dia bangun dia pun nak tulis jugak Jumaat lepas Eyz...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa